Assalamualaikum,
Jom kita sama-sama bersyukur, sebab aku masih mampu menaip, dan korang masih boleh baca entri ini. Hehe. Alhamdulillah.
Be cool as cucumber. Pepatah inggeris, sejuk seperti timun. Padahal refrigerator lagi sejuk.
Bercakap pasal racist ini, erm, aku semalam 'membelek' FB, ternampak page. Page bersifat racist terhadap orang Sabah.
Lagi? Kalau dulu, orang dari Johor kutuk Sabah, terus, orang KL kutuk Sabah, sehingga aku fikir si pengutuk itu rakanku. Nama pun sama sungguh!
Lepas tu? Banyak lagi page kutuk mengutuk ini. Yang menghairankan, kenapa tiada page kutuk Yahudi? Ada. Memang ada, tapi tak banyak.
Ini kutuk bangsa. Admin page tersebut seorang perempuan, jika tak silaplah. Aku melihat komen-ngomennya, aduhai. Kesian. Ramai kata kurang kasih sayang, ada yang panas, ada yang memaki hamun, ada yang menyumpah. Mahu bagi screenshot, tapi tu page macam dah bubar. Heh, takut?
Apa gunalah kamu mengutuk Sabah ini? Aku orang Sabah, tapi tidak pernah kutuk korang pun. Korang search di FB, page kutuk semenanjung, ada? Kalau ada, itu dia cari pasal, sepertimana orang yang mencari pasal dengan kami.
Datanglah ke Sabah, tengok sendiri cara hidup masyarakat di sini, masya Allah, sendiri lihat. Kalau aku taip sini, nanti kena bilang tambirang pula. Kamu tau apa itu tambirang? Minta puji, kepala besar. Hehe.
Sabah punya orang jarang gaduh-gaduh, yang gaduh-gaduh tu semua PTI. Kamu tau apa itu PTI? Pendatang Tanpa Izin. Orang asinglah katakan. Faham? Hehe.
Okay, bahasa aku diatas janggal sikit, tapi sebenarnya nada orang sabah. Kalau tak paham, try speak the points in Sabah accent. Aww.
Tiada guna kita kutuk-kutuk orang. Allah tak suka kita mengutuk orang. Kepada pengutuk, tanggunglah dosa anda di akhirat kelak, tapi bersedialah, sebab bila-bila saja Allah boleh bagi pembalasan terhadap anda. Kepada yang kena kutuk, a.k.a rakyat Sabah, sabar saja. Be cool, sebab kalau kita marah, kita termakan provokasi. Itulah tujuan dorang, membawa kita berdebat. Tak payah, cool saja. Doa saja supaya dia insaf.
Sama seperti mereka yang menghina agama Islam, mengata buruk pasal Islam, zalimlah, ganaslah, jahatlah, segalanya dilempar. Apa harus kita buat? Bersabar, banyakkan bersabar. Yakinlah Allah itu Maha Kuasa, bukan Dia tidak tolong, tapi Dia ingin lihat hamba-Nya, beriman atau tidak. Memang patut marah, tapi lebih afdhal kita marah berjemaah, melalui solat fardhu berjemaah di masjid, terutama Subuh. Pernah terdengar, Yahudi ini takut satu saja, iaitu apabila umat Islam mula bersatu dalam masjid, bersolat jemaah, terutamanya waktu Subuh, kalau jemaah waktu Subuh menyamai bilangan jemaah solat Jumaat, mesti bergegar para pembenci Islam itu.
Itulah cara sebetulnya, memang patut marah, tapi adakah bakar bendera boleh selesaikan masalah? Adakah membuat demonstrasi boleh mengatasinya? Tidak. Solat berjemaah saja, yang mampu menghancurkan mereka semua.
Kita kena ingat, ketika nabi Muhammad S.A.W pada zaman dahulu, kena hina teruk oleh qaum kafir Quraisy, Yahudi tak ketinggalan, ketika permulaan awal Islam, sehingga ditawarkan oleh malaikat untuk menghempap sebuah bukit ke atas satu qaum* (lupa nama qaum itu), tapi nabi buat? Beliau tolak, malahan berbanyak doa supaya terbuka hati mereka. Kenapa? Sebab mereka tak tahu keindahan Islam. Andai kata nabi setuju, sudah tentu Islam dianggap ganas. Kan?
Kes lain, Umar Al-Khattab. Sahabat nabi yang tegas, garang, ditakuti oleh semua qaum kafir Quraisy ketika dia masuk Islam, sehingga nabi kata syaitan sendiri tidak akan melalui jalan yang dilalui oleh dia. Lihat pada awalnya, dia kuat menentang Islam, malah tidak suka dengar sesuatu berkaitan dengan Islam, tetapi setelah dibaca satu ayat Quran, hati beliau terus lembut, dan masuk dalam Islam.
Ketiga, kes Zarqhanus. Siapa kenal? Beliau merupakan ketua paderi bagi Kota Konstantinopel, penasihat Maharaja Konstantine. Beliau membenci kerajaan Turki Uthmaniyah, dan cuba untuk memperdayakan para ulama Turki berkaitan dengan hadis nabi. Sultan Muhammad Al-Fateh meminta bantuan Syeikh Bayram, untuk melawan dan membuktikan kebenaran hadis Rasulullah. Dengan izinNya, beliau berjaya menghidupkan orang mati, membuka pintu hati Zarqhanus.
Mereka yang suka membenci, menentang, mengutuk ini, sebenarnya pasti akan menyukai sesuatu. Melainkan Yahudi, yang tidak pernah redha dengan Islam, sehinggalah Islam ikut telunjuk mereka, walaupun hingga ke lubang biawak. Itu mustahil, sebab selagi mana ada pejuang Islam, selagi itulah Islam dipertahankan, sehinggalah hari kiamat. Tunggu saja Imam Mahdi, dan nabi Isa, baru kecut perut Yahudi.
Berbalik ke racist, jadi racist pasal bangsa ini, yang mengutuk orang Sabah itu, insaflah. Tiada guna kau mengutuk-ngutuk sana. Tambah dosa saja. Allah Maha Adil, kalau ditakdirkan kau mati hari ini, sempatkah kau bertaubat? Kepada yang kena kutuk, bersabarlah. Marah itu patut, tapi dengan hikmah. Tiada guna kita lawan provokasi dengan provokasi. Kau kena maki hamun, kau maki hamun balik, lebih kurang saja kamu.
Apapun, jom hidup aman damai. Kan kita SATU MALAYSIA. Apalah korang ni. Keh keh.
Kesimpulan, siapapun kita, kalau kena kutuk, be cool. Kalau Islam dikutuk, pertahan dengan kalimah "Laaillahaillallah", solat berjemaah. Kekuatan ukhwah, ada dalam solat berjemaah. Insya Allah, selagi mana kita beriman terhadapNya.
AvA - Okay, satu tugasan, sebelum exam, Idul Adha. Tumbang sapi, tumbang sapi. ^_^
No comments:
Post a Comment