Comrades

Sunday, 6 November 2011

Semester 3. Pengakhiran untuk permulaan sebenar.

Assalamualaikum,

Tup tap tup tap. Tak sedar-sedar, aku dah di penghujung dunia, eh, semester 3. Yah. Akan menghadapi official exam, ceh macam official map dota saja, selepas 2 tahun meninggalkan SPM.

Sepanjang semester 3 ini, aku boleh katakan peringkat pematangan. Hehe. Semester 1 freshie, semester 2 peningkatan peribadi, semester 3 pematangan peribadi.

Banyak event berlaku, sepertimana dalam entri terdahulu, apapun feel free to check it yourself.

Kita mulakan dari hari pertama semester 3. Masih ku ingat MPPB junior, heh, seolah-olah ceritakan balik saja. First time senior, dan aku jadi jahat seketika, membuli junior. Kah kah kah.

Dari situ, kami semakin rapat, yup. Dari situ aku jatuh cinta. Korang tahu dah. Dari situ, KERAM ditubuhkan khas untuk junior. Untung mereka, sebab batch kami pun tak sespecial mereka.

Masih ku ingat, fresh in memori, July 4th, reflection for everyone of us. Ada dalam entri juga, tegur sana sini, tembak sana sini, inilah ku mahukan. Sesi tegur menegur.

Dan status ku mula berubah, dari status memberi nasihat, kepada status boy-girl. Agak popular, tapi aku musykil, adakah mereka pandai melihat maksud disebaliknya? Apapun, dari status tu mengajar aku dan anda semua.

Hepy bestday to me. Bila? 21 July. Alam maya, ramai wish. Alam realiti, sikit ja. Tapi aku bersyukur, sebab masih mampu bernafas. Dan paling aku tak jangka, mendapat wish 4 orang sekaligus, tak terjangka pun. Macam mau nangis ja. Hadiah? Ada kawan-kawan bermakna. Hehe.

Gotong royong 1.0. How can I miss this? First time conduct. Nervous talking in front of people. Hehehe. Alhamdulillah, selesai dengan lancar. Hehe.

Dan paling ku suka, aku kini mula rapat dengan rakan-rakan di kelas, jadi agak gila sikit. Hehehe. Bukan itu saja, dengan junior (laki-laki) dan ahli JKM yang mantap, ukhwah semakin power. Oh yeah.

Bulan Ogos, hmmm. Oh ya. Puasa. Paling seronok, dan mantap. Hehe. Ukhwah makin mantap, di antara kitorang semua, terutamanya ahli JKM. Kalau dulu, bisu. Sekarang, boleh tersenyum. Hehe.

Buka puasa perdana, ihya ramadhan. Masih ingat ihya ramadhan, sesi refleksi dan aku ditembak terus. Oh. Tapi tetap sabar dan terima teguran itu sebagai cara untuk memperbaiki diri.

Makan dalam talam, kenangan terindah. Tadarus Quran, walaupun tersekat-sekat membaca, tidak selancar yang lain, juga dalam ingatan. Terawih, paling siok. Kalau hujung minggu, selalu di pekan. Saja je tukar angin. Hehe.

Penutup Ramadhan, sedih sebab mungkin belum tentu jumpa lagi next year, dan tidak terikut khatam Quran di masjid IPG. Macam mau nangis ja. Apapun, terikut juga khatam sehari, hoh. Punya lama. Tapi itu semua pembelajaran. Hehe.

Selamat hari raya. Ini, tak ada siok sangat, hehehe. Yang penting, seronok beraya di kampung, tapi kecewa sebab ada orang beraya di rumah kawan baik tapi aku tidak terjoin! Huh!

Assignment, heh. Jangan bilang, semua last minit. Entah macam mana boleh siap last minit tu, dan aku rasa boleh tahan qualitynya. Sebab aku tak mainla copy paste, heheh. Allah yang permudahkan. Hehe.

Ups! Aku lupa! Lawatan keluarga mualaf. Haaa. Paling siok, sebab beramai-ramai membangunkan surau semula. Hehe. Di sini, kenakalan yang amat bahaya. Maaf ya saudari, sebab tidak mampu kawal diri. Alhamdulillah, di kampung Ansip ini, siap juga kerja. Hehe.

Okay, back to September. Rasanya tak banyak, cuma, err, tak ada apa-apa kot. Assignment sajalah jawapannya. Oh, bukan. Masalah besar melanda, alhamdulillah diselesaikan dengan sempurna. Dan kalau aku tak silap ada gotong royong. Inilah masalahnya ini kalau senang lupa. Astaghfirullah.

KCI!!!!!!! I LOVE IT!! Sampai bila-bila. Dan aku bersyukur, sebab banyak aku belajar dalam program ini. Mungkin ada yang tak perasan, status ku. Demikianlah, cerita boy-girl telah pun tamat, dengan kedua-dua watak memperbaiki diri, insya Allah, ada jodoh kahwinlah boy-girl itu.

Oktober, the month of revision, the month of truth, the month of pain, the month of lesson. All in a month. Bulan belajar, yup belajar. Habis dah syllabus. Trial pun datang macam tak pandai habis. Hehehe.

Bulan kebenaran, Allah bagi teguran halus melalui hambaNya yang baik. Terima kasih atas peringatan itu, dan terima kasih sebab hadir dengan izinNya. Bulan kesakitan, aku demam. Okay? Hehe. Month of lesson, bahana terlalu rebel, akibatnya? Di bom. Terima kasih kerana membom, sebab aku tahu kesalahan yang dilakukan, cuma ego dorang terlalu tinggi.

Gotong royong, entah versi berapa. Oh menyakitkan, tapi alhamdulillah masalah selesai. Pastinya ramai terkejut dengan tindakan aku, itulah first time aku melampiaskan marah indirectly. Maaf ya. Di situ juga, aku berubah, tapi insya Allah, aku tetap percaya mereka.

November, please be good to me. Bulan exam, kini, tinggal 3 hari sebelum exam. Sebelum cuti hujung minggu, seorang hamba Allah bawa kami untuk bermaaf-maafan. Sebelum itu juga, kami ada dinner pada 2 hari sebelumnya. Siok, walaupun........astaghfirullah al azim. Allah saja tau perasaan time tu. Macam mau pecah saja jantung.

Bermaaf-maafan, pertama kali bercakap dengan seorang rakan, di mana tak pernah pun bertegur selama ini. Dua-dua malu. Pergh, Faiz malu? <-- suara-suara sumbang menafikan malu aku. Haha. Dan banyaklah, ramai nangis. Aku tahan. Sebab? Tak perlu. Titisan air mata seorang lelaki khas untuk yang dia sayang.

Sudah cek, mungkin dah semua kot. Tak apa. Ada satu lagi perkara belum aku buat, memohon dan meminta maaf daripada rakan JKM. Aku mohon dari sini, baru FBnya. Maaf sebab pernah menyakiti hati kamu semua, tiada mungkin, memang ada tu. Maaf ya rakan-rakanku. Serta, buat terbaik untuk exam ini, khasnya rakan sebatchku. Insya Allah, kita akan buat permulaan yang baru next year.

Demikian refleksi semester 3, keh keh keh. Aku tak tahu, adakah aku dah berubah time ini. Allah saja tahu. Kalau semester 1, perkenalan kepada dota dan cinta. 2, stop dota dan faham terhadap cinta. 3, dota balik dan kini tahu apa itu cinta. Kesimpulannya, aku tak akan sentuh hati seorang perempuan lagi, insya Allah. Cuma aku hanya mengharap ukhwah tetap kuat dan mantap, sampai bila-bila.

Kesimpulannya, doakan aku berjaya dalam final exam, serta rakan-rakanku juga.

AvA - Program terakhir sebelum cuti, tamrin. EXAM, YOU'LL BE OWNED. Maaf sebab menyakitkan kamu semua.

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    sesi refleksi yang amat baik..
    satu konklusi sepanjang semester 3 berada d sini..segala manis dan pahit dilalui dengan bermacam-macam rasa..
    segalanya dari hati, perasaan gembira, sedih, cinta, suka, duka, sayang dll.. apapun, moga semua pegalaman tersebut mematangkan lagi diri anda..
    mohon maaf dipinta andai terlajak kata, terkasar bahasa, perbuatan yang tak kena pada kamu, walau siapapun diri ini, mohon di maafkn..
    akhir kata, buat yang terbaik selebihnya kembalikan pada Allah.. kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.. All the best,
    chaiyok2^-^

    ReplyDelete