Comrades

Friday, 18 November 2011

Khas untuk awak.

"Assalamualaikum awak...

Alhamdulillah, kini dah cuti. Awak jaga diri baik-baik ya. Jangan jajal, jangan nakal, jangan buat hal.

Awak, apabila tau cuti dah tiba, saya rasa gembira berbaur sedih, sebabnya cuti, susah nak nampak awak, gembiranya, awak dah bergembira, disamping keluarga tercinta.

Pergh, awak tentu tak faham apa yang saya mengarut ini.

Awak, tahu tak, selama ini, saya dah mula minat terhadap awak, hanya, saya tak ingin menyentuh hati awak.

Saya tahu awak mungkin dah ada lelaki pilihan, mungkin dah minat seseorang, tapi seriously awak, saya memang ada simpan perasaan pada awak.

Saya hanya mampu berdoa, agar awak ditemukan dengan terbaik. Awak, saya juga nak minta maaf sebab jarang sangat nak menegur, sebabnya saya malu berdepan dengan perempuan terutamanya awak. Pergh, ayat saya ini tak kena langsung dengan personaliti. Hehehe.

Awak mesti hairan, kenapa saya minat awak. Well, firstly awak memang seorang muslimah, bukan seorang perempuan. Jangan salah faham, ada beza muslimah dengan perempuan, sepertimana mukminah dengan muslimah.

Awak jaga diri, jaga akhlak, jaga amal ibadah, terharu saya, dan saya rasa saya memang tak layak untuk awak. Sebabnya, awak jauh lebih baik dari saya. Macam mana nak bimbing awak nanti? Sudah tentu yang terbaik saja dapat bimbing awak.

Awak tahu, ironinya pasal kita dua, saya tak kenal awak, begitu juga sebaliknya. Tapi insya Allah jangan risau, sebab apabila saya meluahkan perasaan saya pada awak satu hari nanti, saya akan jumpa wali awak, bukan awak. Sebabnya, itulah cara yang paling afdhal.

Awak, time cuti ni jaga diri ya. Kalau diizinkanNya, bertemulah kita pada masa akan datang. Tahun depan, bulan depan, entah bila, entah iya, entah tidak.

Awak, sekiranya saya pergi dulu, saya nak awak janji kerana Allah, awak akan sentiasa jaga diri, akhlak, amalan dan agama. Awak, terima kasih sebab hadir memberi semangat, sekalipun, ironinya tetap ada.

Awak, simpan senyuman awak, khas untuk si dia yang terbaik ya. Sampaikan salam kepada ayah ibu awak, adik-beradik awak. Terima kasih awak."

P/S - Awak, entri ini memang khas untuk awak. :)

1 comment:

  1. heheh...watde?? . ..eheh tidak bhaa... sweet ..ngeee pandai juga dia heheh :p

    ReplyDelete