"Cakap tak serupa bikin."
"Cerita pasal agama, tapi sekali tengok, alahai... suka tendang kucing."
"Huh, di luar nampak baik, sekali tengok merokok. Puii."
Aww. Umpatan-umpatan yang sering orang kata-kata jika ternampak orang yang disangka baik, tetapi buat dosa.
Seolah-olah dosa dia buat tu besar sangat, sehingga memandang rendah kepada dia, benci sebenci-bencinya.
Namun demikian, siapalah kita, siapalah kita.
Jika ditanya diri ini, adakah aku pernah mengalaminya?
Ya, pernah dan sedang. Namun, sudah immune terhadap kata-kata buruk, aku respek orang yang bertanya sebelum membuat penilaian, dan orang yang tegur dengan hikmah.
Tapi, jangan risau, kata-kata buruk itu aku tak persia-siakan. Insya Allah, bukan kerana pasal mahu jaga imej diri, tapi supaya tiada orang buat dosa mengumpat.
Tapi ingat, di kala orang yang selalu berkata tentang kebaikan, walaupun dia buat dosa, janganlah dilihat siapa orang itu, tapi ambillah pengajaran daripada dia.
Hanya orang beramal yang beruntung. Selain daripada itu, yang lain rugi.
Ada sebab kenapa orang buat dosa.
Disebakan kejahilan, betul.
Disebabkan kebodohan, betul.
Disebabkan kealpaan, betul.
Disebabkan kelalaian, betul.
Janganlah tambah dosa kita sebab mengumpat orang yang buat dosa. Tiadakah jalan lain untuk bagitau kesilapan yang dia buat?
Aku bersyukur, sahabatku jenis berterus-terang pasal kesilapan yang ku buat, dan aku tidak melawan. Sebab aku tahu, ianya salahku. Terima kasih sahabat.
Cuma, aku kurang senang mereka yang suka buruk-burukkan orang lain kerana kesilapannya, ya aku pernah buat benda tu. Korang pun pernah buat. Semua pernah buat dosa, kecuali nabi yang maksum.
Alangkah baiknya, jika berani untuk menegur kesilapan seseorang itu kerana sayang saudaranya sendiri. Bukan mencaci dibelakang dan memakan daging saudaranya sendiri!
Sengaja aku buat entri ini, bukan sebab membela diri - sebab aku akui, tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri juga kepada orang lain.
Tapi seperti ku katakan, aku telan semua tu, dan insya Allah berubah, sebab aku tak mahu tambah dosa as well as menambah dosa mereka yang suka mengumpat.
Dosa, walaupun masing-masing, tapi jika sayang saudara, kita akan berusaha membawanya ke syurga. Bukan terus kata "kau pergi neraka."
Terima kasih atas semua teguran tersebut. Apapun, aku berdoa kita semua diberi petunjuk olehNya. Ingat, tiada manusia terlepas daripada dosa, melainkan nabi-nabi. Apapun, kalau kita berubah bersama-sama ke arah kebaikan, itulah yang lebih baik.
^_^ ceria saja. Tidak payah stress sekalipun assignment banyak, pelajaran membebankan, masalah lain. Insya Allah semua itu mampu ditangani dengan berharap kepadaNya.
No comments:
Post a Comment