Comrades

Monday, 27 June 2011

2 in 1. Kegemaran dan gotong-royong.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, subuh dah dilaksanakan. Yeah. Minggu kedua semester baru. Hmm. Kali ini, aku plan mau update 2-3 kali seminggu saja. Sebab aku mahu fokus pada study. Eceh. Konon.

Baiklah. Baiklah. Baiklah. Kali ini aku mahu cerita pasal sesuatu yang lain. Tengok tajuk pun mesti ada bingung kan?

Pernah anda menjadi special/favourite/kegemaran/kesukaan orang lain? Kalau ya, apakah yang anda sumbangkan? Itu dia. Itu dia. Itu dia. Haha.

Mejadi kesayangan, favourite orang lain tak semestinya ada kebaikan. Kenapa? Sebab, makin kita disayang, POTENSI UNTUK MEMBERONTAK, MELAWAN MENJADI TINGGI. Betul atau tidak?

Kita makin dimanja, makin dibelai (untuk kes suami isteri tu lain la), dan apabila kita minta sesuatu tidak diberi - disebabkan terbiasa kena bagi time kita minta - mesti kita terus mengamuk. Kan3?

Itulah kelemahan keluarga sekarang, terutamanyalah. Ibu bapa menyayangi anak mereka, tapi last2 anak dia jadi kurang ajar. Macam? Anakku Sazali. Contoh yang paling ketara.

Itu kes keluarga. Kes guru pilih kasih? Kalau korang kata tiada, korang salah. Kalau pernah baca HLOVATE, watak utama sering diserang oleh guru disiplin sebab LATAR BELAKANG watak utama kononnya taraf orang miskin. Manakala antagonisnya sentiasa dapat perhatian guru-gurunya.

Kan? Hehe. Banyak lagi kes. Cukup ini saja. Tapi percayalah, kalau menjadi favourite, tapi perangai jadi kurang ajar, memang teruklah. Kalau kes jadi favourite, tapi tetap humble down to earth, itu memang mantaplah.

Kesannya apa? Orang disayangi sentiasa dimanja, murid 'kaya' atau 'kuat ampu' sentiasa disayang, padahal ada lebih baik dan perangai lebih mantap daripada mereka.

Jadi kalau kita 'tidak' jadi favourite orang lain, tidak mengapalah. Biarkan saja. Kita buat cara kita, untuk menjadi TERBAIK PADA PANDANGAN ALLAH DAN IBU BAPA KITA. Ini yang aku belajar sepanjang aku hidup.

Tidak menjadi favourite banyak kelebihan, kita jarang menjadi perhatian - perkara bagus. Kita tak perlu risau apa orang lain kata - tiada orang ambil kisah. Kan3? Jadi biarlah kalau orang lain jadi favourite, tapi yang jadi favourite tu bagus ke? Fikir-fikirkanlah.

Jadi apa lagi cerita? Banyak. Tapi biarlah aku simpan. Lain kali keluar. Nanti tak pasal-pasal ada orang mengamuk pula. Miahaha.

Aha. Junior dan gotong royong. Yeah. Semalam pagi (ahad pagi) aku dan JKM serta junior-junior baharu bergotong-royong di masjid. Kasi bersih la ba. Hehe. Meriah geng. Dan itulah tugas aku pertama selaku JKM - menjadi ketua, dan bercakap memberi tugas. Secara jujurnya, aku malas mau suruh-suruh orang, sebab aku malu. Heh heh. Nasib ada jadual.

Tugas banyak, ada membersihkan tempat solat, bilik Imam, bilik gerakan, tandas, dapur, tempat wudhu, cat pagar, dan banyak lagi lah. Tugasku cuci tandas. Haha. Hairan aku. Di rumah kena suruh cuci tandas, di sini pun kena suruh. Kali memang kemahiran ku cuci tandas. Wakaka.

Junior2 macamana? Alhamdulillah. Walaupun dah habis MPPB, dorang tetap datang ke masjid. Wuu. Bukan senang tau. Aku haraplah akan berterusan dan insyaAllah aku juga akan berusaha memperbaiki diri.

Dalam kesempatan tu, dapat jugalaha aku tengok beberapa junior perempuan. Bukan sebab menggatal, hehe. Yalah, tak sempat nak kenal-kenal time MPPB kan. Ramai cute. Tapi itulah, mereka masih dalam proses pembelajaran dan ke dunia alam dewasa kan. Masih ramai lagi kebudak-budakan. Terbawa-bawa dari sekolah menengah.

Apapun, memang semalam hari seronoklah walaupun penat. Hehehe. Siok dapat buat kerja, tolong orang, kacau orang. Haha.

Kesimpulannya, kepada yang tidak menjadi kegemaran orang lain, tak payah susah hati. Yang penting kita cuba untuk menjadi orang baik demi Allah. Kepada semua ahli JKM, junior2 dan orang yang menjayakan gotong-royong, terima kasih sebab sudi untuk tolong. Seperti kata popular, KALAU BUKAN MUSLIMIN dan MUSLIMAT yang hadir ke masjid, SIAPA LAGI?

AvA - 2 in 1. Yeah!!

No comments:

Post a Comment