Comrades

Showing posts with label Alkisah Yeah. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Yeah. Show all posts

Friday, 17 June 2011

Ingin keluar dari hometown.

Assalamualaikum,

Haa. Mau balik IPG suda. Tapi sama seperti tidak balik pun. Sebab? Well, aku tetap di hometown sendiri. Bersyukurlah sebab Allah bagi tempat yang mana tidak perlu aku keluar duit banyak. (Tapi elaun tetap habis.)
Tadi aku bershopping membeli barang keperluan. Sengaja awal2 supaya senang angkat, tak payah kelam kabut mau cari itu ini. Ceh shopping konon. Time beratur untuk membayar, terdengar perbualan orang belakang ku.

Makcik 1 - aii. Lama dah tak jumpa ni.
Makcik 2 - Itulah. Sibok je memanjang.
Makcik 1 - Yalah. Shopping sakan nampak?
Makcik 2 - Taulah. Ni sorang ni, dah nak jalan dah besok.
Makcik 1 - Iya? Ke mana? Ilmu Khas ke?
Makcik 2 - Iya. Di KL.
Makcik 1 - Ikut jejak ler tu.
Makcik 2 - Yalah. Dah rezeki namanya.
Makcik 1 - Baik2 ya 'dayang'.
Si gadis - Yalah. Hehe.

Pergh. Comel gila gadis tu. Ahah. Mau dilastik mataku ni. Tapi part yang bikin rasa diri ini kecik sikit, part Ilmu Khas tu. Waaa. Jauh geng. Aku terus berfikir, apasal aku di Keningau saja. Namun, aku cepat2 istighfar, Allah telah tentukan takdir ku, hidupku, jadi aku bersyukur. Cuma aku harap, kalau posting di bandar lainlah. Takkan Keningau kan? Hehe. Itu saja harapan ku.

Dulu time abang dan kakakku, mereka pergi asrama time sekolah menengah. Abangku 6 tahun di SMAKK, kakakku, huh. Pindah sana sini. Memang anak perantau. Dari Gunsanad, ke Ranau, ke Limauan, ke Gunsanad balik. Patut ramai kawannya. Dan sekarang di KK. Abangku sekarang di Beluran. Aku? Memecahkan tradisi dengan tidak ke asrama. Tadika - Keningau, sekolah rendah - Keningau, sekolah menengah - Keningau, institut pengajian/pendidikan - Keningau. Haha. Rekod stay di Keningau saja ni.

Tak bermakna aku tak ada kehidupan di asrama, aku tak boleh berdikari. Woohoo. Aku mungkin lebih okay daripada sesetengah orang yang pernah tinggal di asrama time sekolah dulu. Bukan nak bangga tapi yalah, sebab pernah ada orang kata begini padaku "Tula tidak pernah sekolah asrama. Tidak tau kehidupan asrama." PErggh. Sabar sajalah. Aku tahan hati saja tu. Hah hah.

Semuanya bergantung pada orang. Ada orang memang kaki asrama, tapi tengok bilik bersepah. Ada orang sesekali di asrama tapi bilik memang kemas. Ada orang bukan asrama, tapi bilik sangat mantap. Ini aku nampak kawanku punya bilik. Heh. Cantik geng. Mantap bro. Hebat bos. Sampai menang anugerah bilik terbersih/kemas/mantap/hebat time pertandingan bilik mantap. Haha. 

Nah melarat suda aku bercerita pasal asrama ni. Tak pa. Berkaitan juga ni. Manatau nanti diposting pi Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, atau yang power, Pensiangan, Pegalungan, Nabawan. Haaa. Start aku masuk IPG tulah, ilmu yang ku dapat, aku bawa pergi tempat aku posting. Bukan dari IPG ja, dari sejak kecil ilmu yang aku dapat, aku bawa, praktikkan dan amalkan. Insya Allah.

Cukuplah. Aku mahu fokus semester 3 saja ni. Penentu kemasukan degree. Insya Allah, aku akan buat yang terbaik. Kepada komrad2ku, let's fight during this semester. Yeah!

Kesimpulan, aku tak sabar menunggu junior. Hahaha.

AvA - 2 hari lagi sebelum ke asrama. 


Thursday, 16 June 2011

Junior. MPPB. Senior. Semester 3. Happy Bestday.

Assalamualaikum.

Waaa. Pejam celik pejam celik, cuti semester dah nak habis. Alaaa. Tak siokla. (Padahal kepingin mau jumpa kawan.)

Apapun, memang siok sebab kali ni, kami menerima junior baru. Yeah, agak ramai, 3 kelas kesemuanya. Macam batch kami juga tapi, kami mungkin antara batch tersikit. Konon. Ahah.

Junior, BM,BI dan Prasekolah. Heee. Ni yang mantap. Tadi aku baru cek senarai, dan aku nampak ada juga schoolmate masuk, ada junior di sekolah masuk. Wah. Hebat2. Apapun, bersedialah untuk menghadapi MPPB.

MPPB kali ni, xtau la pula apa rancangan si YDP dan member dia nak buat. Tapi part aku mau tunggu, minta sain kalau ada. Hehe. Bukan apa, boleh juga tengok muka freshie ni. Kalau yang pompuan lagi.....nasib aku jenis tak suka hangout di mana2 selain asrama (melainkan kelas dan masjid)

Dan aku dan batch ku menjadi senior. Kalau ada junior terbaca, ingat pesan abang baik2. Senior2 semua baik, kalau ada sesuatu tak kena, muhasabah diri. Sebab aku pernah rasa. Dan jangan kita buli junior, kecuali time MPPB. Keh keh keh.

Secara rasminya 20HB aku masuk semester 3. Woooo. Penentu kemasukan degree. Ini takda lagi rilek2. Kena study mantap. Hehe. Apapun, ramai2 kita berdoa agar kehidupan kita, urusan kita dipermudahkan. Amin.

Lastly, selamat ulangtahun hari kelahiran kepada orang2 yang sambut pada bulan Jun, serta abahku, ex-classmateku, serta classmate ku. Happy Bestday. Moga murah rezeki, panjang umur dan bahagia selalu.

Jadi apa lagi? Well, cukuplah. Pelan2 kio. Aku mau cari informasi lagi ni. Banyak nak share, tapi kena simpan. Jangan dulu keluar semua. Hehehe.

Kesimpulannya, jom main dota. Yaahaa!!

AvA - Kerja Pae sepanjang cuti ialah DotA. Bagus lagi doa.