Comrades

Monday, 25 July 2011

D.U.I.T dalam bercinta.

Assalamualaikum,

Oh, hari Isnin. Assignment semakin menggila. Eceh. Bombastik tidak sepatutnya. Ternyata aku ini ada2 saja.

Kali ini kita cerita pasal cinta lagi. Eheh. Tapi ini khas untuk individu yang jatuh cinta, yang ingin mencari pasangan, bukan dilamun cinta.

Apa maksudnya? Jatuh cinta dengan seseorang tapi tidak meluahkan perasaannya. Hanya sekadar disimpan dalam hati saja.

Bukan satu perkara mudah. Percayalah. Bukan perkara mudah. Memang susah. Tapi tak mustahil.

Tiap orang pernah jatuh cinta, hatta Saidatina Fatimah - anak Rasululullah S.A.W - jatuh cinta pada Ali, tapi endingnya? Alhamdulillah. Dia berkahwin dengan Ali.

Jadi salahkah untuk jatuh cinta? Semestinya tidak. Sebab ianya fitrah.

Kalau dah jatuh cinta, mestilah nak tengok orang yang disayangi tu senantiasa saja kan? Tapi kalau terserempak depan-depan? Tak ke haru? Mesti gelisah kan? Seolah-olah macam mau lari saja walaupun hati gembira ada dia di depan mata kita. Hehehe.

Jadi apakah cara terbaik untuk kita menguruskan perasaan cinta kita ni? Banyak cara. Paling utama ialah solat.

Solat haram ditinggalkan. Wajib ditunaikan. Subuh ialah waktu paling susah. Tapi mudah-mudahan kita dapat melaksanakannya. Amin. Dengan solat sajalah, kita mampu untuk menenangkan hati kita. Serta merehatkan minda kita. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Hanya dengan solat, kita pasti tenang. Tapi kita zaman sekarang, asal ada masalah, lain cara kita buat. Afdhalnya kita memohon kepada-Nya dulu sebelum berikhtiar untuk mencari penyelesaian. Kan?

Kedua ialah doa. Doa ialah senjata bagi orang mukmin dan muslim. Tapi kita, pernahkah kita berdoa untuk memohon kepada-Nya? Ini tidak. Minta tolong orang lain, bomohlah, dukunlah, cikulah entahlah. Segala-galalah. Kalau ada masalah seperti aku bagitau, minta pada Allah. Berdoa kepada-Nya.

Contoh, kita jatuh cinta dengan seseorang. Tapi kita tak mau rosakkan diri dengan cuba menjalinkan percintaan dengan cara yang tidak halal, jadi apa kita buat? Doa. Doa. Doa. Selepas solat, doa. Sebab Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 186 - 

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 

Dan macam mana doa ini? Minta supaya Allah ampunkan dosa2 kita, dosa ibubapa kita, keluarga, guru dan muslimin serta muslimat. Minta kepada Allah supaya memberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan. Minta jauh dari seksa kubur dan neraka. Dan kalau pasal cinta, minta supaya dikurniakan jodoh baik. Sekiranya kita minat seseorang, mengadulah pada-Nya. Sebab kenapa? Allah Maha Mengetahui perasaan, hati, pemikiran kita berbanding makhluk yang ada dalam bumi ini. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 115

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

Lepas doa? Usaha. Kalau kita suka seseorang, berusahalah untuk mengenal dia. Tapi dengan cara baik. Jumpa ibubapa. Ustaz ku ada cerita time usrah semalam.
"Kalau suka, jumpa ibu bapa. Baik-baik dengan mereka. Bagitau, 'pakcik, saya sebenarnya ada hajat. Dari dulu lagi saya dan si polan ni macam berngam. Dua-dua ahli masjid. Kalau dalam syukbah, saya ketua, dia setiausaha. Rasanya saya berkenanlah dengan anak pakcik ni. Jadi saya ni nak masuk minanglah."

Macam ni laa. Jumpa ibu bapa. Apa barang bagitau dengan tu perempuan. Kan? Hehehe. Tapi ingat, bukan sembarang tau kalau ibu bapa nak 'nilai' bakal-bakal. Kita mesti ada ilmu agama. Kan? Kalau tak pass Al-Fatihah, baik baiki diri dulu ya.

Tapi macam mana pula kalau kami masih bawah umur? Maksud bawah umur ini ialah time masih belajarlah. Alaaa. Rileks. Bagi contohlah, dalam IPG sendiri (sebab aku tak tahu kes IPT hahaha), kan 5 tahun belajar sini. Kalau jumpa berkenan, tahan-tahan dulu. Heh heh. Dalam tahan, usahalah untuk kenal sikit-sikit. Kita kena berusaha mencari pasangan, bukan tunggu macam tunggu durian jatuh. Alamat kahwin tualah. Tanya-tanya kawannya, dah tunang ke belum, dah ada yang punya ke belum. Paling penting tanya ini benda.
"Eh awak, kawan awak tu, ORANG MASJID KE?"

Tanyalah benda ini. Ambilah kira pasal masjid. Laki ka, perempuan ka sama saja. Walaupun hakikat perempuan tidak perlu solat jemaah di masjid, tapi pergilah. Dengan masjid, pasti hati tenang. Amin.

Lepas usaha apa? Kalau ikut formula D.U.I.T, istiqamah kan? Tapi aku ada kes spesel sikit. Ada solat di depan doa. (Sama saja tu) Berterusanlah berdoa, dan berusaha. Korang ingat ayat ini. Allah memandang ke arah usaha kita, bukan hasilnya. Jodoh kita telah ditentukan sejak azali lagi, tapi kita kena usaha untuk mencarinya. Susah tapi tak mustahil. Sebab jodoh itu ada di mana-mana. Maybe, korang akan kahwin dua, korang akan jadi madu, korang akan janda, korang akan duda, korang akau bujang hingga ke tua, korang akan dara hingga kedut. Haraplah tidak bujang sampai tua.

Lepas istiqamah? Tawakal. Ini ialah kita berserah sepenuhnya. Tapi ini peringkat tinggi dahlah. Kes mo kahwin. Haha. Kita dah masuk minang, tunggu kata putus saja dari pasangan anda.Ini kita terus berserah kepada Allah saja. Kalau suda kita doa, usaha, istiqamah, palingl last tunggu keputusan dan tawakal. Kita berserahlah kepada Allah. Ada dua kita boleh minta. Pertama minta supaya terbuka hati si dia, kedua minta supaya hati kita tabah menghadapi segala kemungkinan. Ini pendapat akulah. Banyak kita boleh minta.

Kan? Begitulah kalau mahu menguruskan cinta ni, terutamanya kalau mencari pasangan. Allah Maha Menyayang dan Maha Memberi. Kalau tak dapat, tak pa, mungkin ada lebih baik lagi.

Dalam Islam, tiada istilah 'kenapa tak dapat', yang dipersoalkan 'kenapa tak cuba'. Kenapa tak cuba? Siapa tahu kita dapat?

Jadi dalam percintaan, kita kena pandai manage. Sebab kebanyakan orang manage dengan cara yang macam mana? Menjalinkan percintaan tak halal. No need to comment. Jadi, insya Allah tips-tips yang aku bagi ni mampu mengurus masalah cinta tu. Terutamanya yang tak sabar mau kahwin, yang down sebab rasa diri ini tak sesuai dengan si dia. Eleh, belum try belum tahu bro. Dah try memang alhamdulillah.

Kesimpulannya, mudah-mudahan Allah memberi rahmat serta memudahkan segala urusan kita. Amin.

AvA - Huis. Panjang geng.

No comments:

Post a Comment