Comrades

Sunday, 10 July 2011

Dimanakah kita ketika 5 waktu utama? Part I

Situasi A

(Azan subuh berkumandang)
الصلاة خير من النوم

Manusia - Subuh dah rupanya. Aduh.
Syaitan - Alaaa. Rilek la. Lama lagi subuh. 5.30 pun boleh masih. Tidurlah dulu. Sejuk ni. Siok

Maka si manusia tidur balik.

Pukul 7 pagi

Kawan - Geng. Bangun.
Manusia - Astaga. Pukul 7. Alaaa mau kuliah sudah. Mandi mandi!

Inilah namanya subuh terkejut. Yakah? Rasanya subuh tak tersahut. (Tak solat subuh)

(Kuliah)

(Azan Zuhur)
(Habis kuliah)

Manusia - Lapar pula. Ai makan la dulu.
Kawan - Geng, jom pi masjid.
Manusia - Aku kat bilik je la. Mau makan. Mana boleh solat kalau lapar kan. Tak khusyuk.

(Lepas beli dan lepas makan)

Manusia - Wah. Kenyang! Ahh! Lega pas makan. Nak bersms la dulu ngan sayangku ni. Lepas tu tidurlah.
Kawan - Geng. Dah solat ke?
Manusia - Lek la. Lama lagi asar.

Dan dia lena hingga asar. Inilah namanya tak pandai bersyukur atas sesuatu nikmat dan lalai.
(Azan Asar)

Pukul 5 petang

Manusia - Ya ampun! Jam 5! Alah latihan sukan! Aiya!
Kawan - Geng. Dah asar ke?
Manusia - Lek la geng. Nanti aku buat. Latihan sukan ni. Nanti coach marah.

Inilah namanya lalai dan tidak takutkan Allah. Takut coach marah sebab lambat, tapi tidak gentarkan kemurkaan Allah sebab tak solat. Wajarkah?

(Azan Maghrib)

Manusia - Penatnya. Siok la sukan tadi. Ai lapar pula. Ambik duit dulu la kat hostel.
Kawan - Geng. Jom pi masjid bro. Maghrib.
Manusia - Kau pergilah dulu. Aku mau pi beli makanan. Lapar ni.

(Lepas beli dan makan)

Manusia - Kenyang! Mandi dulu. Eh sayangku mesej la.
"Jumpa kat kafe karang yer."
Manusia - huh. Kena cepat ni. Karang sayangku marah pula. Mandi!

Ini lagi satu kelalaian. Sanggup luangkan masa dengan kekasih tapi dengan Allah langsung tak dipedulikan.

(Azan Isyak)
Manusia - Yang. Sayang sayang sayang.
Manusia - Sayang pun sayang sayang juga.
Kawan - Geng. Isyak. Jom pi masjid.
Manusia - Pergilah dulu.

Dating tak ingat dunia.

(Di bilik)

Manusia - Siok dating tadi. Adei. hmm. On FB dulu la.

(Jam 2 pagi)

Manusia - Ngantuknya. Tidurlah. Kroih. Kroih.

Ini tahap alpa lalai yang tinggi. Patutkah?

Demikianlah situasi A tadi. Kita boleh lihat situasi yang si manusia langsung tak peka terhadap 5 waktu utama dalam hidup kita semua yakni Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib serta Isyak. Wajarkah kita mencontohi si manusia itu? Kita menggunakan ilmu agama tapi pada tempat yang salah. Contohnya, solat time lapar. Memang betul makruh. Tapi lepas makan adakah kita solat? Tidak kan? Jadi rasional kah?

Terlajak tidur petang. Kita sanggup kelam kabut untuk sedia untuk sukan. Tapi solat petang (Asar) ditinggalkan. Wajarkah? Memang betul waktu asar ialah waktu selalu orang lalai.
Main sampai maghrib. Lepas tu bukan nak bersedia untuk maghrib. Tapi melencong nak makan. Tak pa kalau memang lapar. Tak salah. Tapi kalau lalai sampai terlepas maghrib, wajarkah?

Time Isyak. Sanggupnya kita korban masa untuk dating dengan kekasih kita. Sanggupnya kita dating berjam-jam tapi ketika solat, amat berat untuk kita lakukannya. Padahal dating dengan Allah hanya sekadar 5-10 minit saja. Tapi kenapa kita tak buat?
Benarlah ayat-ayat Quran dalam surah Al-Baqarah iaitu:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah)
Memang susah. Tapi kita boleh berusaha. Kalau kita mampu untuk menghadap FB berjam-jam, kenapa kita tak mampu menghadap Allah untuk 10 minit?
Fikir-fikirkanlah. Aku sekadar berkongsi dan ini semua untuk aku serta saudara-saudara seagama ku juga iaitu para pembaca. Kita semua memang tak lepas dari lalai. Tapi ingatlah Allah, insya Allah kita tak akan lalai.
Kesimpulannya, saling nasihat menasihati itu penting supaya kita tahu kesilapan kita. Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan urusan kita. Amin. 
AvA - Bersambung....

1 comment:

  1. betul2. .suka entri ni. .ingat mengingatkan amalan mulia. .:)

    ReplyDelete