Comrades

Monday, 3 January 2011

Permulaan Semester Baru 2011.

Mungkin masih belum lewat untuk aku katakan Selamat Tahun Baru 2011. 2 hari je terlebih. Tidak apalah kan?hehe. Jadi tahun baru, azam pun mesti barulah kan?Ramai orang mempunyai azam baru tapi satu persoalan, azam lama dah settle ke?Tapi belakang kira tu. Yang penting azam baru korang semuanya positif ya. Aku pun ada azam juga. Azam apa?Aku mau turunkan berat badan. Dan juga, selamat menjalani semester baru untuk semua rakan2 ku di IPG, mana2 U dan KML serta junior di sekolah. Well aku mau cerita tentang hari pertama semester baru.

Aku check in asrama kemarin bersama pakcik ku serta dua orang rakan ku. Siapa kawan ku tu tidak payahlah disebut namanya. Aku dapat bilik baru. wow. Nombor pun ok jugak. Dan yang seronoknya berdekatan dengan rakan2 lain, tidak seperti semester lepas, jauh sangat daripada rakanku seorang. Yang tidak sioknya.. aku duduk sorang dalam bilik ni. Maksud? Tiada roomate la. Adesh. Alone pula kan. Memang rasa janggal tapi maybe mungkin ini baik untuk aku (walaupun aku tidak suka) sebab aku yakin, setiap benda yang kita benci mempunyai hikmah yang baik pada belakang hari. Jadi mungkin aku bolehlah focus study seorang2. Ex-roomate ku sebilik dengan rakanku sekelas. Jadi harap mereka okeyla.

Well, sorang2 pun tidak siok kalau bilik besar. Percaya atau tak, bilik aku besar eh. Boleh muat lima katil rasanya. Macam ruang tamu rumah cuma lebar tidak berapa lebar. Aku ada sent request dengan penyelia asrama untuk minta tukar bilik tapi kena berunding dengan rakan ku dulu. Ditambah pula disuruh aku cuba dulu stay di bilik tu. Aku pun berfikiran positif, aku try je la. Yaalah. Mungkin, seorang2 ada kelebihan, senang kemas, banyak ruang. Cuma kalau berdua okey sikit la. Bukan aku takut hantu, aku cuma rasa tidak selesa kalau berseorang di bilik besar. Semalam aku cuba tidur. Lampu tutup, kipas kurang sikit lajunya sebab aku tahu, paginya mesti sejuk gila. Atas bukit kan memang power sejuknya. Hehe. Masalahnya aku langsung tidak mampu tidur. Aku rimas ni. Entah kenapa. Aku sempat lagi jalan2 ke tempat rakanku. 10 minit sebelum pukul 12 baru aku balik bilik. Aku on laptop ku untuk bagi cahaya sikit bilikku. Maklumlah, bilikku ataupun katilku tu..jauh dari pintu. Jadi lampu luar pun tidak mampu menerangi bilikku. Baru aku sedar, aku memang tidak dapat tidur kalau gelap habis. Kalau ada lampu sikit baru boleh. Lagi satu aku takut ialah aku tidak terbangun nanti subuh. Yalah. Sejuk2 ni kalau dah tidur, memang liat mau bangun. Tapi aku pasang niat dalam hati, aku mau bangun subuh. Alhamdulillah dapat juga bangun, sebab kawan ku masuk bilikku sembahyang subuh. Terima kasih kepada kau kawanku.

Jadi lepas sembahyang tu, aku tidaklah tidur balik sebab dosa tu begitu. Aku dengar2 lagu la. Lepas tu bersiap semua. Dan semestinya tahun baru membawa maksud semua baru. Aku perhatikan ramai senior2, rakan2 sekelas (yang perempuan) semua serba baru. Pakaian, kasut, aksesori, rambut, mekap semualah baru! Uisehmen. Aku tengok yg lain2 pun baru juga. Wow. Dalam hati ni ada juga terselit cemburu sebab aku ja yang macam 'masih lama'. Tapi aku nafikan semua tu sebab buat pa juga banyak baru2, sedangkan yang lama masih berfungsi. Jadi aku bersyukur seadanya.

Dalam tahun baru juga, kelas aku pun bukan lagi di macam dulu, di asrama perempuan. Sekarang di blok kuliah dah. Siok jugalah. Tapi masalahnya, kelas di tingkat teratas. Palinglah bikin penat. Kelas TESL 1 (aku TESL 2) di bawah sekali. Wuinaa. Untungnya. Mereka dekat dengan cafeteria. Sioklah. Aku pun tidak mampu mau turun makan. Yalah. Sudahlah jauh, lepas makan naik balik tentu penat. Adei tapi aku cuba biasakan dirilah. Hehehe.

Jadi sekarang ni, kelas ku dan rakan2 lain sedang berileks2. Bukannya apa. Pensyarah tiada. Jadi tidak salah relax kejap, mungkin gara2 first day kan, ada pensyarah masih mau bercuti. Hehe. Aku pun mau juga cuti lebih2 tapi apalah kita boleh buat. Hehehe. Guru mesti bersedia untuk semua ni. Aku akui diriku meragui mampukah aku jadi guru yang baik, tapi aku buang tu prasangka. Sebab masa depan masih jauh untuk dipertikaikan. Sekarang aku harus fokus pelajaran serta KESIHATAN BADANKU! Ahaha.

Jadi setakat ini sajalah post aku untuk 2011, eh bukan, untuk kali ni. Aku akan cari lagi info/fakta atau menjana idea untuk next post aku. Ohya, kali ni aku tidak akan guna B.I sepenuhnya. Memang betul pelajar TESL harus guna B.I tapi aku berfikiran, TESL tidak semestinya B.I sepenuhnya dan seharusnya mengikut keadaan. Yalah. Tidak semua orang mampu memahami B.I dengan baik bukan? ;)

Jadi sekali lagi aku mengucapkan, Selamat Menjalani Semester Baru serta Selamat Tahun Baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Barulah mantap peribadi. Aha!

-faizava-

No comments:

Post a Comment