Comrades

Thursday, 6 January 2011

Tips mengurat, berkawan dalam laman web sosial part II

Ohaiyo! Kita bertemu lagi dalam entri part II tentang tips2 ini. Aku berasa lega apabila perhimpunan rasmi 2011 yg pertama diadakan tadi. Memang tidak jangka. Tapi oklah. Cumanya, aku bukan mau crita tentang perhimpunan di mana aku ditipu oleh Kak Nija kononnya dia mau berkaraoke. Cis, dah siap dengan pasu bunga kedai RM2 tapi bukan dia nyanyi. Ok cukup2lah tu. Jom kita sambung entri kita berkaitan macamana ingin berkawan dan mengurat dalam laman web sosial. (part mengurat, aku tidak galakkan. haaha)

Sebelum aku ingin mulakan entri ini, haruslah kamu lihat foto ini.
Ini aku perhatikan rakanku punya wall (kajian)



 Dapat baca?Hahaha. Aku lihat kan...si pemuda itu tidak mempunyai cara yang bagus untuk mengurat perempuan. Terus terang pula tu. Beginilah kes aku dulu ketika cuba menyelamatkan seorang gadis yg kini sudah menjadi ex-gf ku. Aiks?hahaha. Jangan korang buat begini. Awal2 lagi suda kena reject. Time mau masuk pinang anak orang pun jangan. 200% kamu terus di'reject'. Aisehmen. Hahaa. Ini terlalu direct ini. Sesungguhnya sesebuah hubungan dimulakan dengan berkawan dulu. Macam itu juga time mau cari isteri/laki. Maksud bertunang itu, berdasarkan bro aku Aretikz, membawa maksud satu tempoh masa untuk berkenal-kenalan sebelum bernikah. Kalau dah sesuai barulah hantar mas kahwin. Hehehe. Berbalik kepada kes di atas ini, jangan korang buat. Kalau kena reject  baik tidak apa. Tapi di atas ini degil. Lama2 kena kutuk baru padan muka. Kena caci baru rasa. Tapi dosa sendiri tanggunglah yer. Hohhoho.

Tips pertama iaitu memulakan satu persahabatan. Kita mulakan dengan kata aluan, hai,hello,yo (aik hip hop?). Apa2 sajalah yang penting sopan dan baik. Lepas tu tanya khabar. Ok ke tak. Ini dibolehkan. Mengapa?Sebab dalam laman web sosial, manalah kita tau dia tu ok ke tak..sihat ke sakit. Lainlah kalau dia update status dia yang dia sakit. Itu boleh tanyalah berapa lama sudah atau pun wish dia..'semoga cepat sembuh', 'makan ubat' dan macam2 lagilah. Lepas tanya khabar, rileks2 dulu. Kalau di info kita tidak jumpa tentang asal usulnya baru kita tanya. Paling baik, tanya belajar di mana sebab jarang kita jumpa orang yang menyatakan tempat dia belajar sekarang. Ditekankan KEBANYAKAN, ulang KEBANYAKAN. Jadi mungkin bolehlah kongsi sikit kan tentang gaya belajar mereka. ;)

Tips kedua iaitu meneruskan persahabatan. Kalau sampai dah birthday dia, janganlah malas mau wish mereka. Terutama sekali dengan orang yang korang betul2 ingin kenal. Ini kes menguratlah ni. Aha. Dengan ini mungkin korang boleh berbicara lebih lagi berbanding mula2 kenal dulu. Hehehehe....

Tips ketiga ialah sentiasa mengambil tahu tentang status mereka. Kadang2 ada orang post status ingin ambik perhatian kan? Ada pelik, ada yang merungut tapi itu belakang cerita. Nanti kita cerita tu. Tentang pengambil tahuan tentang status mereka sangat penting tapi ikut keadaanlah. Kalau status itu pelik atau tidak sesuai, tidak payahlah layan. (Ikut koranglah. Aku sentiasa begitu. Haha.) Kalau status tu pelik tapi sesuai, layan. Kalau pelik dan lucu, layan juga. Dan sehinggalah korang boleh jadi kawan dengan mereka. Senangkan? Hahaha.

Tips keempat ialah PM/Chat dengan dorang. Ini mungkin peringkat advanced yang di mana aku telah mengalaminya. haha. Cuma langkah keempat ini sukar sikit, memerlukan masa terutama sekali kalau dia dan diri anda BUKAN TINGGAL SATU DAERAH. Faham ka? Maksudnya, dia duduk tenom, anda duduk australia. Susah sikit. Kalau kebetulan yang satu daerah ada advantage. Boleh jumpa. Aisehmen. Peringkat dating sudah ini. (sekali lagi, aku tidak galakkan. haha)

Tips terakhir? Fikir sendiri! Samada couple atau kahwin. Aku tidak galakkan korang berkapel. Kahwin pun jgn cari melalui laman web sosial melainkan kalau dah jumpa FACE TO FACE. Hahaha. :P

P/S - tips yg diberi ini khas untuk kes mengurat berlainan jantina yer. Maksudnya laki2 try tackle pompuan/kawan dgn pompuan atau sebaliknya. Kalau yg ehem2 tu, aku doa korang dapat taufik dan hidayah je. Tips ini khas untuk laman web sosial seperti Facebook dan sewaktu dengannya. :)

paling penting..jgn korang buat gini!!! - google.com

1 comment: