Comrades

Tuesday 4 January 2011

Kejayaan yang menarik perhatian.

Hah! Kejayaan apa pula ni?Hehe. Aku ingin bercerita sikit tentang penjaga gol nombor satu negara kita. Siapakah?Khairul Fahmi. Dilaporkan bahawa, kelab popular, besar dan hebat telah pun cuba mendapatkan dia untuk menggantikan penjaga gol mereka yang akan bersara musim ini. Kelab tersebut ialah The Red Devils, Manchester United. Sumber laporan ini boleh didapati di laman web ini. - man-united.co.nr


Aku mula2 nampak pun terkejutlah. Yalah apa tidak, sudahlah kelab M.U ni aku minat, tambah pula orang yang mereka cuba 'pancing' tu dari negara kita. Naaa. Banggalah sikit.
Namun yang demikian, laporan itu sebenarnya TIDAK BENAR. Website tersebut bukannya web rasmi kelab tersebut. Mungkin itu hanya kelab peminat fanatik M.U dari Malaysia atau luar negara. Dari mana sumber ini? Aku dapat dari utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my)


Satu lagi sumber yang menyokong kepalsuan laporan tersebut ialah tiada satu berita pun yang berkaitan dengan Khairul Fahmi di laman web rasmi Man Utd. Kunjung ke laman web Man Utd melalui www.barclayspremierleague.com dan anda akan mendapat bahawa laporan tersebut tidak pernah wujud langsung.


Walaubagaimanapun, Khairul Fahmi tetap teruja mendengar laporan tersebut. Ini menaikkan semangat dia untuk gigih berlatih untuk menggantikan penjaga gol di kelab tersebut. Dia mengatakan bahawa perjalanannya masih jauh untuk menggantikan Van der sar jadi dia amat menghargai sekiranya peluang tersebut diberikan.

Sayang sekali, laporan tersebut tidak benar. Aku kecewa jugalah dan hairan. Kenapalah ada orang buat laporan tidak benar a.k.a palsu ni. Kecewalah juga. Namun ura2 mengatakan kemungkinan besar Man Utd memang minat. Cuma dirahsiakan buat seketika.


So, para peminat bola sepak terutamanya peminat Man Utd, janganlah sedih. Harap laporan tidak benar tadi tu akan menjadi fakta. Hehe. Apa pun, sokonglah Man Utd yang kini berhempas pulas untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Dan berita hebat, setakat ini mereka belum dikalahkan dan mempunyai kelebihan dua perlawanan terhadap pencabar2 mereka. Sokonglah juga bola sepak Malaysia agar akan mencapai peringkat yang lebih tinggi. Siapa tahu, beberapa tahun dari sekarang, negara kita masuk Piala Dunia Fifa. Hebat tu..


Jadi cukup setakat ini, jumpa lain entri. ;)


P/S - Apa pnya laman web tidak rasmi buat2 laporan begitu. Menyebarkan fakta palsu. Bikin panas!! Tapi banggalah, sebab walaupun palsu, ini bermaksud Khairul Fahmi diakui kehebatannya menjaga gawang. ;)

No comments:

Post a Comment