Comrades

Showing posts with label Alkisah Isnin. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Isnin. Show all posts

Monday, 21 March 2011

Selamat berpraktikum dan PBS!

Assalamualaikum,

Memandangkan 21 ialah fav aku, jadi aku update blog untuk 21 haribulan. Heheehehehe. Syukur dapat membangunkan diri untuk solat subuh walaupun tidur lewat tapi tak macam time cuti. Gilalah kalau aku buat macam time cuti, confirm mata ini kelihatan seperti memakai celak.

Okay, hari ini dan start hari ini ialah praktikum dan PBS untuk para PISMP Sem 5 dan Sem 1, tidak dilupakan juga KPLI Januari 2011. Jadi aku ambil kesempatan untuk ucap selamat berpraktikum dan berPBS kepada anda semua. Bukan di IPG Keningau ja. IPG lain begitu juga. Heeee. Harap korang buat yang okay dan okay serta okay.
Okay, ketika memasuki fasa inilah yang memainkan peranan. Peranan apa? Ketika datang perkara begini, PBS dan praktikum, ramai orang bangun awal. Yup, awal dari aku. Perasan awal bangun aku ini. Kalau tiada benda ini, jangan nak kata awal, mau dekat pukul 7 baru bangun.

Baguslah kalau bangun awal, tapi kalau awal bangun jangan lupa solat subuh yer. Yalah, manatau ada yang bangun awal bersedia untuk praktikum/PBS tapi solat subuh ditinggalkan. Bukan apa, berubahlah. Kalau boleh bangun awal untuk dua benda ini, kenapa tak boleh bangun awal untuk panggilan akhirat, panggilan akhirat, panggilan akhirat yang sudah ditetapkan sejak dari dulu lagi?

Aku bukan nak berhujah pasal ini. Tadi bangun melihat jam, aku sudah terlewat untuk ke masjid, sekali aku keluar dari bilik, wah, ramai bangun awal. Semangat hebat sungguh ini. Kan bagus kalau hari-hari awal walaupun tiada PBS/praktikum. Solat subuh awal-awal, kalau boleh pergi masjid lagi. Memang susah untuk solat subuh di masjid, sebab itulah special kalau time subuh ini.

Aku harap keadaan sebegini, akan berterusan, awal bangun supaya dapat solat subuh. Kalau boleh subuh yang bukan subuh terkejut. Seperti kata ustaz aku, sepatutnya kita bangun untuk tahajjud, bukan subuh terkejut. Subuh terkejut ini yang selalu buat solat subuh lewat-lewat, tahajjud maksudnya kita sempat qiamullail sebelum solat fardhu subuh.

Heee. Aku tak mahu ulas panjang-panjang. Apapun, semoga para guru pelatih sekalian akan buat yang terbaik dalam PBS/praktikum. Ohya, hari ini kami urus perhimpunan untuk bulan Mac. Oh tidak, tapi yang menggembirakan, tidak ramai hadir. Hanya tujuh kelas saja. Yalah, Sem 1 dan KPLI Jan pergi PBS, Sem 5 pergi berpraktikum. Hanya Sem 3 serta PPISMP Sem 2 (batch kami) saja yang ada time ini. Memang sunyilah blok kuliah tu. Dan aku harap pensyarah malas masuk. Sem 3 dah PBS sebelum cuti.

Kepada yang tak tahu apa itu PBS, maksudnya Pengalaman Berasaskan Sekolah, eh betulkah? Sebab inggerisnya bunyi School Based Experience. Haaa. Hentamlah. Yang penting korang tahu apakah maksudnya.

Sebenarnya, kalau boleh aku mahu PBS awal-awal atau praktikum awal-awal. Tapi aku belum cukup ilmu di dada, macam mana mau tunjuk ajar budak-budak? Sedangkan mau ajar diri sendiri pun belum tentu boleh buat. Hehe.

PBS berjalan seminggu, manakala praktikum berjalan selama 3 minggu. Kalau salah tunjukkan. Yalah, aku masih junior, manalah aku tahu semua benda itu. Hehehe.

Sudah cukup aku rasa untuk kali ini. Aku kena bersiap sedia untuk perhimpunan karang, kami disuruh oleh ketua opsyen untuk berkumpul di dewan pada pukul 6.30, kalau yang terlibat secara teknikal atau lebih tepat, hanya sekadar pemantau atau membantu kalau ada yang perlu, lambat-lambat datang takpelah. Aku kena hadir awal. Ada tugas khas kan. Walaupun hakikatnya, aku rasa aku kurang layak memikul tugas ini. MEMBACA DOA.

Kesimpulannya, jom kita bersiap-siap. Kepada guru pelatih perempuan yang berPBS/praktikum, jangan tebal mekap, nanti murid lari. Kepada guru pelatih lelaki, jangan terlalu hensem, tidak pasal-pasal guru-guru di sekolah yang anda pergi jatuh cinta dengan anda, terus kekasih anda marah. Tidakkah terharu. HAHAHA.

AvA - Kepada Kak Nija dan Ema, selamat berpraktikum dan PBS kepada anda berdua. Kehkeh.

Monday, 14 February 2011

Demam?

Assalamualaikum.

Oh aku sungguh tidak bermaya hari ini. Ingin saja aku menarik selimut dan tidur kembali lepas maghrib ini dan kemudian bangun pada waktu Isyak untuk solat sebelum sambung balik tidur. Tapi banyak perkara yang ingin di'update' ni. Hehehe.

Well, kita semua tahu, hari ini hari VD. Hmm, aku memang AVD punya orang. Tup-tup, eh? Ada coklat dua batang ni. Siapa bagi? Ooo kawanku bagi. Aku tanya pasal apa bagi ini? Dia jawab dia tidak mau cakap sebab dia tau geng2 ku AVD. Tau pun, pesal plak bagi coklat? Bazir je. Apa pa pun makasi makasi. Hehehe.

Lepas tu, apalagi, aku bantai la. Aku dah bagi amaran. Hahaha. Lepas bantai tu, aku bantai sarapan pagi yang aku tapau dari kafe. Siap makan aku tengok kejap di laptop. Nampak blog orang lain di satu blogspot terkenal, WASABERS, ada blog cerita VD. Aku pun sinis (kuat suara ku) cakap VD, menyesatkan remaja. tup tup datang suara sumbang..."Well, not all of them do that. VD is the day where you express your LOVE towards your LOVER." Ingin ja aku balas dengan kasar tapi memandangkan dia tu classmate, maka aku jawab yang simple ja. Aku konon2 sinis mengatakan, dorang salahguna VD tapi dia tak mau mengalah. Last2 aku diam. Bukan mengalah. Tapi sabar. Mau juga aku cakap..."kenapa time VD ja dorang express? Hari lain tu apa bezanya? Sama ja kan? VD ni apa juga specialnya? Time VD mesra habis, lepas VD gaduh habis! Atau time VD semua janji akan ditunaikan, lepas VD cari kekasih lain memuaskan nafsu diorang." Sikit aku jawab begitu, kalau tak memang dah lebam kot biji mataku/dia tu. Heheh.

Jadi, itu pasal VD. Tadi juga, lepas kitorang rehat, kitorang disuruh hantar draft KKP. Pensyarah kami check la. Sampai giliran sorang ni, pensyarah tu marah dia sebab KKP dia tu seolah-olah sekadar ada ja. Aku pun kena tegur juga sebab lampiran kurang cukup. Aku akui kesalahan ku tu.

Yang bikin tidak sedap hati, kawanku ni..disebarkannya satu kelas pasal pensyarah kami tu. Dikutuknya lah, dicacinya lah. Tidak puas hati. Kawanku yang sorang pun kena marah tapi alaa..dia buat dek ja. Dia pun tidak puas hati tapi dia diam. Kawanku sorang ni lah..sekelas kot dia sebarkan.."polan, apalah pensyarah komen tentang KKP kau?" Dia jawab "hmm..entah apa yang si <censored> mau tu..kin panas..orang sudah buat tidak pandai bersyukur. Ini nasib aku buat. Kalau tidak buat langsung padan muka. Kurang ajar kan sial betul dia." Ups, siapa2 baca ni terutamanya orang IPG, maafkanlah dia. Tabiat dia begitu. Aku pun tak tahan juga.

Aku, kalau ada orang mula cakap buruk pasal orang lain, lebih-lebih lagi pasal pensyarah tu..aku terus lari dari tempat tu atau pun dalam hati "kurang ajar juga ni anak menghina ja tau. Buat kerja tidak pandai." Hahaha. Memaki dalam hati tu. Korang suruh aku cakap "Lek la, demi kebaikan kau juga tu" pada dia? Dia ni JENIS TAK MAU MENGALAH. Eh, aku ni mula suda cerita buruk pasal orang lain. Bukan apa, sekadar mengingatkan. Manatau ada orang jenis begitu di tempat korang. Jadi hati-hatilah. Siapa orang tu tak payahlah nak sebut. Tapi perangai dia tu aku berfikir macammana nak selesaikan.

Sebenarnya kalau terdengar cerita gosip lah, kontro lah, skandal lah konfom aku pekakkan telinga. Bukannya baik dengar cerita begini. Pensyarah kami tu bagus sebenarnya! Dia 'menggerakkan' kami dari malas supaya buat kerja. Tapi entahlah, sesetengah orang kurang ngam dengan caranya. Hmm..

Apa lagi mau cerita? Entah. Kalau aku keep on going cerita pasal si polan tu, memang macam mengumpat sudah ni. Tapi yang di atas tu aku cerita sebagai pengajaran. Jangan buat begitu. Ni kalau dia terbaca baguslah. Baru padan muka dia. Siapa suruh suka sangat menghina orang lain.

Aku paham juga, tidak semua orang tu macam aku, cewah kononlah. Tapi mau tegur dorang tu susah. Entahlah. Jadi aku diam je lah. Hmm...

Lagi satu part aku paling malas dan paling tidak suka, penangguhan kerja. Hah ni bagaimana ni? Let's say korang dan member korang seramai 3/4 orang disuruh buat kerja kumpulan. Part korang dah siap. 2 orang lagi belum. Due date dia besok. Korang suruh dorang buat (ni yang simple ni) tapi dorang cakap dorang fokus dulu yang susah ni. Palinglah aku malas. Bukan apa, kalau siap awal siap print continue la buat kerja yang susah tu. Senang sikit. Kesannya apa? Hah. Kerja korang yang paling lewat kena submit. Sudah tu time nak submit, orang yang lewat buat tu suruh korang hantar. Sudahlah lambat buat kerja, suka2 je suruh orang hantar. Nasib ada sorang tu rajin. Huh.

Jadi itulah alkisah. Wow panjang juga oo. Hohoh. Sekarang ni aku dilanda demam dah. Besok tak ikutlah berarak ni. Tak pe lah. Bukan ada dalam sunnah nabi pun. Kalau hujan malam ni, aduhai sejuk habislah aku ni. Jacket pun tinggal kat rumah. Huihuhuhhu.

So, kesimpulannya, ambil iktibar dari entri ini. Jangan pula korang terikut mcam ni. Tidak ke haru korang kena umpat orang lain. Aku bukan mengumpat ya. :P

So, see you in the next entry. Harap korang semua sihat je. Aku ni nak makan benda panas ni supaya tidak teruk demam. Chow!