Assalamualaikum!
HD menguasai. Miahaha. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang bernafas kali ini. Syukur kepadaNya sebab memberi peluang untuk kita memperbanyakkan amalan.
Hah! Buka FB, rata-rata cerita 2012 yang bakal datang beberapa minit saja lagi (entri ini harus siap sebelum pukul 12)
Aku baca dan baca, memang ramai cerita pasal 2012. Tengok newspaper tadi pagi dan petang pun cerita pasal memori 2011.
Masih ingat lagi status FB pada 31 Disember 2010 "Perbezaan 2010 dan 2011 hanyalah 0001." Dan ya! Memang betul pun. Apa salahnya?
Cerita pasal pembukaan 2012 ni, confirm artis-artis berkumpul bersama peminat di konsert untuk meraikannya, tak kurang juga buat party di rumah-rumah ataupun hotel, ataupun kelab malam (ces!), seriously, jiranku berkumpul di rumah mereka. Ah, sekejap lagi aku memekakkan telinga. Hehe.
Apapun, 2012 memang sesuatu yang baru, aku akui. Tapi fakta sebenar, setiap hari merupakan hari yang baru, tiap hari umur kita meningkat, tiap hari kita buka bab baru, selagi mana kita masih bernafas, selagi itulah bab baru sentiasa ada.
Refresh balik 2011, memang banyak kenangan indah yang aku lalui juga, bersama teman-teman seperjuangan TESL II dan TESL I. Hehehe. Drama Macbeth, ELC, KCI, MPPB, pergh banyak geng. Untuk fasa baru dan tahun baru, termasuklah sesi pembelajaran baru, dah peringkat degree, alhamdulillah, BIG F1, exam, assignment, ouch, baru belaka.
Aku yakin, para sahabat-sahabat IPG ku juga berwajah baru, termasuklah diriku, adeh. Wajah baru apa, makin.......tak apa. Tapi apapun, semua pasti cerita azam baru. Nak tanya, azam tahun lalu dah settle? Hehehe. Aku akui, azam 2011 tak settle. Apa boleh buat.
Namun perkara paling tak best kalau sambut tahun baru berlebihan, sampai lalai, maksiat dan segala mendatangkan dosa. Apapun, aku harap korang semua jangan teruk-teruk sambut tahun baru.
2012. Pergh, ingat ramalan puak Maya mengenai 21122012? Hehe. Korang percaya tak hari itu?
Ustaz Azhar Idrus ada kata, "boleh jadi hari itu terjadinya kiamat (21122012 ialah hari Jumaat), namun tidak boleh beriktikad dalam hati bahawa tarikh tersebut tarikh kiamat. Allah merahsiakannya dari seluruh makhluk termasuklah nabi Muhammad S.A.W.
Tapi itulah, orang kuat meramal, bilang beginilah, begitulah. Daripada meramal, baik tambah amal. Kerja bodoh sebenarnya tu, buang masa. Siapa tahu, Jumaat akan datang berlaku kiamat kan?
Ada cerita lagi, kalau anda baca Mastika Jan 2012, ada pasal orang kaji surah Ar-Rahman kan? Aku kagum dengan orang itu sebab suka megkaji kalam Allah, dan juga meramal peristiwa bakal berlaku pada tarikh-tarikh tertentu (sila baca Mastika Jan 2012), dan paling dekat tarikhnya kalau tak silap 7 Jan. Apapun, itu hanya possibility, sebab ilmu Allah itu luas, dan Dia hanya kurniakan sikit saja kepada kita. Paling penting, jangan iktikad/mahupun yakin dengan ramalan-ramalan tersebut berlaku pada tarikh yang dinyatakan. Okay? Possibility saja, dan tidak mustahil berlaku, apa yang pasti, ia pasti berlaku, tapi bila, kita tak tahu.
Hmm, tutup cerita pasal ramalan dan kajian, azam baru pula. Azam baru? Jadi orang baru. Simple kan? Hehe. Tapi cabangnya banyak. Hehe.
Okaylah, mungkin setakat ini saja, aku habiskan di sini, sebab 3 minit lagi menuju ke 12. Deadline dah hampir dekat. Mudah-mudahan tahun baru ini, menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya, sepertimana, hari besok lebih baik daripada hari ini. Insya Allah.
New year, new year juga. Solat jangan lupa. Jangan sambut sampai lalai solat subuh okay? Hehe.
AvA - Ahhh...fireworks has started.~~~~