Comrades

Saturday 9 April 2011

Tiada hak anda wahai COUPLE!

Hoooo. Isu couple, hmmm.

Aku mahu ulas tentang budi bicara antara kekasih heteroseksual. Sila buka mata dan buka minda.

Situasi 1
Boy : Sayang apa khabar?
Girl : Baik saja. Hehehe.
Boy : Apa cerita sayang?
Girl : Abang tahu, tadi ada sorang mamat dari *******. Namanya ***********. Siok juga bercerita dengan dia tu. 
Boy : SIAPA BENARKAN SAYANG BERCERITA DENGAN LELAKI LAIN HAH?!
Girl : Kenapa abang ni? Kami bercerita je lah.
Boy : Abang tak benarkan. Mamat tak guna tu mungkin nak mengurat sayang!
Girl : Takkanlah? First time jumpa nak suka-suka?
Boy : Abang kata tak boleh tak boleh!
Girl : Apa pula hak abang buat begitu?
Boy : Ek eleh minah ni. Aku boyfriend kaulah!

Situasi 2
Suami - Hai sayang.
Isteri - Abang! Bang, tadi ada seorang customer call, namanya ******. Dia nak jumpa sayang.
Suami - Untuk apa?
Isteri - Untuk bincang tentang tender kafe di IPG ***************.
Suami - Siapa-siapa terlibat?
Isteri - Kami dua je bang. Boleh yer?
Suami - Tak boleh. Berdua-dua dengan lelaki lain selain suami haram.
Isteri - Abang ni. Pentinglah projek ini.
Suami - Bawa kawan yang lain. Mana boleh seorang.
Isteri - Manada yang free time tu.
Suami - Jumpa lain hari.
Isteri - Abang ni. Ini pentinglah bang! Cemburu tahap buta sungguh.
Suami - Sebab abang adalah SUAMI sayang. Selagi abang kata tak boleh, maka sayang kena ikut kata abang.

Nampak tak perbezaan dua situasi di atas? Ofkoslah. Tapi ambil mesej tersirat yer. BF/GF selalu marah dan larang kita kalau bercakap dengan orang lain. Marah habis loh? Tapi mereka tak sedar. Mereka sebenarnya tiada hak untuk melarang sebab mereka sendiri buat begitu. Contoh, si A larang GF dia berdua-duaan dengan lelaki lain walaupun tujuan untuk belajar, tapi dia tak sedar dia juga berdua-duaan dengan GF dia dengan tujuan yang boleh mendatangkan maksiat.

Anda masih bingung? Si A marah GF dia sebab berdua dengan laki2 lain, malahan dia melarangnya. Tapi apakah hak dia? Apakah hak dia?

Tak salah menegur BF/GF kita. Tapi sedarkah anda kita sendiri melakukannya. Masih kurang faham? Kita marah BF/GF kita berdua dengan orang lain, tapi bukankah kita sentiasa melanggar perintah Allah dengan selalu berdua dengan BF/GF mereka? Tak guna menegur kalau sendiri tak buat.
Sebagai BF/GF, kita tiada hak untuk larang mereka untuk berkawan atau jumpa sesiapa, sebab kita tiada IKATAN YANG SAH dengan kekasih kita. Inilah aku maksudkan. Kita bukan suami/isteri kekasih kita yang belum ada ikatan sah, jadi apa hak kita untuk melarang dia bergaul dengan orang lain selain dari kita? Bukankah perkara itu sama saja?

Lainlah, kalau sudah kahwin. Suami kena jaga isteri baik-baik. Isteri kena patuh arahan lakinya. Kalau langgar perintah suami, dosa besarlah jawapannya. Tapi kalau BF/GF? Dua-dua dapat dosa. Sebab? BF dan GF tak pandai jaga diri asyik nak berkepit tahap orang kahwin saja, di mana berdua-dua dengan bukan mahram adalah dosa.

Aku bukan apa, sebab kadang-kadang ada ayat berbunyi,
"Aku BF ko. Ko kena ikut kata aku. Tak boleh cakap dengan lelaki lain selain aku dan keluarga lelaki kau. Faham?!"
Doh, bodoh sungguh. Ko sendiri LELAKI LAIN (lelaki yang tiada ikatan sah dengan kekasihnya), ko bukan suami dia. Manada hak kan?

Tak salah untuk tegur, tegur untuk ke arah kebaikan boleh. Seperti tegur BF supaya jangan merokok, tegur GF supaya tutup aurat. Itu boleh. Tapi ini tegur tak boleh jumpa laki/minah lain sebab HARAM? Tiada perbezaan langsung.

Kesimpulannya wahai COUPLE, fikir-fikirlah yer. Para suami isteri sekalian, mudah-mudahan anda bahagia. Amin.

AvA - Sila fahami entri ini, kerana mungkin boleh membingungkan anda.


6 comments:

  1. ahahahah....
    so kalau maw kapel bepada2 laaa...
    nda pun pigi la kawen kalau suda nda maw gf kawan dgn lelaki lain kannn... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Matik lah kalau aku ada BF gitu. Lari terus aku.
    Tapi ex-ex BF aku xda sorg pun yg mcm tu main larang2. Sbb klu dialrang gitu aku akan ckp "kahwin lah kita dulu!" hahahaha terus diam tu.

    Kalau tegur bgs2 ok lagi. Jgn yg terus melarang mcm mengongkong mengalahkan laki!

    ReplyDelete
  3. wooo~~~ i like.. agak pedas di situ.. sape mkn cili, rasa pedas wo.. nice entri bro!

    ReplyDelete
  4. Baiklah, aku faham. Hehh.
    Aku ada kwn yg bf dia mmg marah semarah marahnya bila ada lelaki (even opismet dia)cuba bcakap dgn kwn aku ne. Sampaikan buat aktiviti apa² pun kena mintak izin dgn bf dia.. maen futsal x bole, jadik mc tuk event opis pun x bole. dah mintak izin pun still ndak kena bagi hahaha. Tapi oleh sebab cinta kwn aku tu ikut jak la... mmg tiada la pertikaikan soal hak² ne. Bf dia tu pun ungkel aku jugak kehkeh.

    ReplyDelete
  5. perghh....BF tu tegur sal dy cemburulah...

    ReplyDelete
  6. @ayyu Hasmayyu Sekadar couple yang tidak halal? Kalau tu gf isteri dia takpa lah. Apa hak kita terhadap kekasih kita yang belum ada tali perikatan yang sah? :)

    ReplyDelete