Comrades

Thursday 23 February 2012

Perubahan yang mengharukan.

Assalamualaikum,

Jam 12, okeh. Pukul 12 paling tepat penggunaan BM. Kehkehkeh.

Hari rabu, specialnya tidak berapa. Cumanya menghabiskan pizza sebanyak 11 slice bukan mudah. Confirm berat badan bertambah.

11 slice? Ofkos kalau ada voucher. Kehkehkeh. 6 slice lagi diberikan kepada mereka yang dijanjikan, serta untuk seorang yang sedang berpuasa.

Assignment masih banyak, cuma selepas berkolaborasi dengan pensyarah tadi, terus ketenangan itu datang. Bukan apa, Allah permudahkan. Risau juga kalau draft tidak diterima. Itu draft. Kalau Allah tidak terima solat? Astaghfirullah. Jom kita beristighfar banyak-banyak, macam nabi selalu buat, 100x sehari. Insya Allah.

Memang tidak outing tadi, sebab mahu buat kerja. Syukur juga ada buat, daripada tiada langsung. Cumanya soalan tetap sama padahal deadline dua hari lagi. Terpaksalah boost up ni. Ish ish ish.

Rutin harian tetap tidak dilupakan, walaupun menjamah pizza. Kehkehkeh.

Lepas maghrib tadi ada usrah umum. Masih lagi mengupas atau lebih tepat bedah buku Fathi Yakan - Mengapa Saya Menganut Islam.

Menarik topiknya, dan kebanyakannya cerita tentang amar ma'ruf nahi mungkar. Bila tiba topik ini, memang susah untuk dilakukan. Tapi lakukanlah secara berhemah, guna blog, facebook dan macam-macam lagi.

Bab hudud juga disentuh. Aku setuju dengan kata ustaz. "Bagi muslimin, jangan takut dengan hudud. Kalau tak buat salah buat apa mahu takut!"

Kepada yang non-muslim, hudud ini hanya untuk Islam. Jadi anda ada hak untuk minta hakim laksanakan hukum apa. ^_^

Namun hatiku tersentuh part ustaz cakap "Sekarang ini alhamdulillah, Islam mula meningkat semula. Kesedaran Islam kini makin bertambah."

Pada mulanya, aku fikir itu hanya ayat kosong tapi sebenarnya tidak. Lihatlah ramai anak muda sekarang mula ternampak jalan sebenar. Fenomena ustaz Azhar, ustaz Don, ustaz Kazim, Dr. Asri semuanya mempengaruhi mereka. Masya Allah.

Di kampus ini juga, ramai yang dah berubah. Kini aku faham apa maksud kata-kata ustaz tersebut.

Jika dahulu jemaah masjid hanya muka-muka yang sama, kini makin ramai muka baru.

Jika dahulu, imamnya orang yang sama, kini imam baru telah memimpin makmum.

Jika dahulu, pergerakan da'wah Islamiah hanya melibatkan ahli masjid sahaja, kini makin tersebar luas.

Aku terharu dengan perubahan ini. Melihat perubahan seorang rakan, dulu jajal kini solat tak pernah lupa. Melihat perubahan seorang kawan, dulu cantik saja, kini makin comel. Melihat perubahan seorang saudara, dulu rockers kini menjadi penyebar Islam yang aktif.

Betul, Islam semakin menunjukkan sinarnya semula. Malahan ada juga beberapa orang sahabat yang lain yang memang dalam proses berubah.

Mengapa begitu? Itulah kuasa Allah. Dia berhak memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tugas kita sebagai hamba hanyalah penyebar dan penasihat. Satu tugas yang bukan mudah untuk dilakukan tapi memang seronok untuk menghadapi cabaran.

Dengan adanya kumpulan Ikatan Muslim, mudah-mudahan ukhwah di antara kita semua sentiasa mantap, kuat dan berkekalan sehingga ke syurga.

Sebenarnya, memang ramai ingin berubah menjadi baik. Mungkin faktor malu terhadap sekeliling yang menyebabkan mereka masih terkapai-kapai. Bersyukurlah menjadi warga kampus Keningau. Why? Apabila kita berubah, tiada yang memburuk-burukkan kita. Malah, lebih ramai yang akan ikut kita untuk berubah. Insya Allah.

Seorang sahabat, walaupun agak kurang dari segi akhlak pemakaiannya, namun dia tetap hormat Islam. Perlu ditarbiyah, barulah menjadi kuat. Insya Allah.

Paling signifikan, memandangkan aku rajin turun main volleyball, para pemain futsal, lebih ramai tutup aurat. Itu yang mantap!

Sekarang sebuah tugas lagi diamanahkan, menyediakan jadual imam dan muazzin.

Sekiranya perubahan itu mencapai tahap tertinggi, aku tidak akan ragu-ragu untuk menyenaraikan nama mereka untuk menjadi imam satu hari nanti. Insya Allah.

Pae - Perubahan baik, membuatkan diriku tersenyum senang, hati rasa lapang, serta terharu melihat kesungguhan mereka.

1 comment: