Comrades

Monday 21 November 2011

Menangnya Malaysia kerana izinNya. Alhamdulillah.

"Menang!!!"

"Harimau baham garuda!!"

"Malaysia power!!!"

"Khairul Fahmi!!!"

"Abang Faiz Ava, **** rindukan abang....." <--- ?

Eh? Hehehe. Para blogger dah maklum negara kita dapat emas dalam bola sepak.

Jadi mau ulas?

No need. Blogger lain akan ulas untuk anda. Lagipun, aku tak tengok dari awal, so susah nak ulas secara detail. Nanti tak pasal-pasal salah taktik, strategi lain, formasi lain, gantian lain, foul lain, offside dan segalanya.

Apapun ini saja aku mahu ulas.

Kan bagus kalau umat Islam menang seperti dulukala, seperti pada zaman Nabi S.A.W, Khulafa Ar-Rasyidin dan selepasnya.

Kan bagus kalau umat Islam dapat menghadiri subuh di masjid berdekatan dan memenuhkannya, seperti menghadiri perlawanan bola sepak.

Kan bagus kalau umat Islam tidak berkata-kata kesat, sebab ia menghancurkan ukhwah, seperti Manchester United vs Liverpool. Eh?

Apapun, tak salah meminati bola sepak, yang penting jangan lalai.

Dan aku berharap kita tak subuh terkejut pagi nanti, tahulah siok sangat bagitau satu dunia Malaysia menang emas di Sukan SEA.

Fikir-fikirkanlah dan ingatlah saudara-saudaraku, kemenangan sebenar ada pada agama Islam. Islam sememangnya sudah berjaya, tapi umatnya harus berusaha untuk mencapai kejayaan. Insya Allah.

Aku boleh agak status para FB, bergembira. Kehkehkeh. Believe me.

Apa yang penting, subuh jangan lupa. Hehehe.

Kesimpulannya, bersyukurlah kepada Allah yang membantu negara Malaysia untuk menang emas.

AvA - Pergh, Bola bola juga. Yang tercegat di stadium tu dah solat Isya' atau belum? Lalalalala.

2 comments:

  1. yeahh..! sy bgga jd rakyat malaysia.. ^^

    ReplyDelete
  2. yup,indahnya umat Islam bersatu demi kejayaan Islam seperti mana mereka berstu utk kejayaan M'sia dlam Sea Game~

    ReplyDelete