Comrades

Friday 22 April 2011

Bangga dengan kesilapan sendiri.

Assalamualaikum,

Agak lama aku tak update. Ini pun men ringkas je kot. Sebab nak cat background scene. Kehkeh.

Sedang aku memeriksa page Guru Pelatih Seluruh IPG, aku bacalah setiap wall post. Ada yang tanya pasal assignment, pasal syllabus, tak kurang juga berteka-teki. Alhamdulillah, ramai yang respond. Okaylah tu.

Sedang aku mencek lagi, tiba-tiba ternampak satu wall post. Bunyi dia... "DENGAN BANGGA, AKU MENGATAKAN ELAUN AKU DAH HABIS. KPM SILA TAMBAH ELAUN KAMI."

Bangga oo. Nampaklah kelemahan serta kesilapan dia di situ, bermaksud dia tidak pandai urus duit. Betul kan?
Nak tahu tak cikgu pelatih, anda memang kurang pintar membuat pengakuan begitu. Seolah-olah anda mendedahkan bahawa anda memang suka berbelanja. Ya mungkin perlu banyak bayar. Tapi kenapa baru bulan April ini baru post? Maknanya anda tidak bersyukur, serta tidak pandai bersabar untuk menghadapi ujian Allah.

Aku akui, bulan April memang bulan membayar. Sehinggakan kawanku yang super power save duit pun boleh jatuh bulan ini. Aku turut jatuh. Tapi takpa. Sebab kami dah biasa. Yalah, kena biasakan diri maa. Heheh.

Lepas tak tahu malu untuk bangga dengan kelemahan sendiri, tak tahu malu pula dia dengan KPM minta naik elaun. Kalau nak minta naik, pergi propose di pejabat KPM. Bukan di page. Itu namanya anda menarik perhatian orang ramai untuk...
1. Disokong
2. Dikutuk
3. Disadiskan
4. Anda jadi sadis

Tak payahlah nak kata, "aduh elaun dah habis guna. aii." Cuba stop post benda mengarut. Seriusly, sebab ia mendedahkan kelemahan kita. Optimis sikit, mungkin ini ujian. Sebab bulan lalu rilek je kan? Tiba-tiba bulan ni cepat habis. Mungkin bulan ni ada banyak belanja penting berbanding bulan lalu. Kalau tiap-tiap bulan cepat habis, itu lain cerita. Samada
1. Anda kuat belanja
2. Anda tak pandai urus wang

Ada orang bagi nasihat belajar urus wang. Lepas tu dibalas balik, macam mana nak urus kalau tiap langkah perlukan duit? Aku panas tengok ni orang, aku reply, selangkah pun guna duit ke? Maknanya satu langkah fizikal kita kena bayar duit kot? Hehe.

Daripada bising elaun habis, baik mendiamkan diri untuk berbelanja secara berhemah. Kan3? Ini tidak pandai cari usaha untuk menjimatkan belanja. Agaknya kuat guna duit kot sebab itulah habis elaun. 

Kesimpulannya, kalau ada duit tu pandai-pandai jimat. Aku pun kadang-kadang boros tapi tidak selalu. Cuma aku akui, bulan April kali ini cekik darah sungguh. Tapi mungkin ujian penebus dosa kan. Jadi aku sabar je lah.

Okay, aku nak sambung buat kerja. Chow!

AvA - 21 April. Hunny Anne, aku telah berjaya menghubungi anda. :)


2 comments: