Comrades

Sunday 16 October 2011

Korea?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selamat subuh semua ya. Hehehe. Masih hidup lagi sampai sekarang. Hehe.

Kawanku ada kata, "Kalau mau cari bini janganlah yang ketagih Korea."

Aku ketawa melihat ayat itu (di FB) dan aku bersetuju dengan ayat tersebut.

Why? Heh. Korang nak sarcastic atau sadistic? Hehe. Tidaklah. Gurau je.

Kenapa pula tak payah cari bini yang gila Korea?

Yalah. Kalau dah gila Korea, manatau tugas memasak sanggup ditangguh!

Kalau dah gila Korea, time akad nikah, ada rancangan Korea, minta tangguh!

Kalau gila Korea, bahasa pun jadi Korea. Annyeon sae yo, Saranghae you, yo yo yo. Cajena. Sudah, melangut aku ini. Hehe.

Sebenarnya, aku tengok Korea, tengok artisnya, tengok pelakonnya. Macam biasa saja. Apa beza? Siok lagi tengok drama Jepun. Hait!

Kenapa pula Korea ini macam biasa saja? First, cerita cinta. TIPIKAL. Diulangi, TIPIKAL. Walaupun cara berbeza, tapi memang tipikal. Apa kes? Kalau nak tahu, cek sendiri. Apa aku maksudkan dengan tipikal.

Kedua, K-Pop. Aku akuilah K-Pop itu lebih baik dari J-Pop, tapi yang penting M-Pop itu peniru terbesar di dunia la. Keh3. Kenapa dengan K-Pop? Well, kalau rancak-rancak punya lagu, confirm menari dia pun yang ala-ala Beyonce. Eh? hehe. Sorry sorry. Bagi tau nilai K-Pop itu, pada lagunya atau pada music videonya (tarian)

Ketiga, kalau rancangan bersama artis, memang siok tengok dorang lawak. Tapi lawak itu muncul kalau aku bosan dah dengan rancangan lain di TV. Haha.

Keempat, ini paling menanglah. Ada ka anime versi Korea? Bagitau. Hehehee.

Sebenarnya, Korea ini satu fenomena, terutama bagi bini-bini ataupun gadis-gadis. Sanggup mendownload movie Korea, drama Korea, lagu Korea. Banyaklah.

Aku bukan tak suka Korea, tapi aku hairan kenapa orang suka Korea. Aku dapat rasakan kata-kata sinis "biarlah ba saya suka korea. Bukan saya kacau kau kan?" Alasan klise. Aku tanya sebab kenapa suka, dibalas dengan begitu. Mungkin minat, mungkin saja-saja, dan banyaklah lagi. Apapun, aku hormati sebab itu lebih baik daripada mereka yang suka tengok benda bukan-bukan, suka buat benda bukan-bukan. Kan3?

Tapi apa kaitan Korea dengan bini? Saya sarankan pada bini-bini dan bakal-bakal bini sekalian, kalau dah kahwin tu janganlah layan Korea sangat. Why? Sebabnya, kalau korang minat K-Pop, terutamanya K-Pop lelaki, dahlah lelaki tu handsome, yang korang selalu kata cute, nanti jeles pula suami korang. Nah. Ada suami yang macho di depan, Korea juga dilayan. Hmmm.

Apapun, masing-masing ada hobi tersendiri. Selagi hobi itu tidak melanggar fitrah dan syariat Islam, maka ianya diharuskan. Kepada bini-bini, minat Korea berpada-pada okay. Paling penting, jangan hasut laki korang untuk join tengok Korea. Why? Nanti ada gadis seksi, tidakkah korang terharu nanti melihat laki korang nanti terpaku mata mereka? Heeee. Pandai-pandailah.

Aku harap dapat bini yang tidak terlalu obses terhadap Korea. Hehehe. Tidaklah juga dia melekat depan TV saja nanti.

Kesimpulannya, carilah bini yang minat kepada suaminya kerana Allah. Insya Allah bahagia.

AvA - Korea. Korea. Korea. DotA pula bagaimana? Hahaha.

1 comment: