Comrades

Monday, 29 August 2011

Cinta II

Azman duduk termenung jauh di tepi tingkap pejabatnya. Terlintas di fikirannya tentang kejadian semalam. Ternyata sakitnya terasa sungguh. Melukakan hatinya.

"Man, assalamualaikum bro." Pae masuk. Happy go lucky sungguh anak ni.

"Waalaikumsalam." acuh tak acuh. Malas Azman membalasnya. Pae kehairanan melihat sahabatnya tu. Semalam hilang entah ke mana, tup tup balik rumah pukul 3 pagi. Apa kes?

"Man, hang okay tak?" tanya Pae dalam loghat Kelantan. Inilah akibatnya kerana terlalu obses dengan orang Kelantan. Sama saja seperti si Aga

"Okay je." Pae dah buat andaian. Dah agak, memang ada yang tak kena ni.

"Wei bro, apa kes ni bro? Termenung jauh je nampak. Ingat Syafiqah yer?" usik Pae. Azman tersenyum kelat. Dia tak boleh marah pada kawannya tu. Pae tak tahu lagi rupanya, bisik hati kecilnya.

"Pae, aku tak mau dah nak cinta seseorang. Biarlah, nanti kalau ada jodoh kahwinlah aku." tutur Azman serius. Pae tergamam.

"Apasal pula?"

"Aku direject Syafiqah. Dia kata dia ingin lelaki yang boleh memimpinnya. Apa kurangnya aku?" kata Azman. Sebut namanya, galau hatinya. Pae duduk di sebelah Azman. Sambil menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya.

"Man, be strong brother. Kemonlah takkan pasal ni kau kecewa? Sungguh tak patut." dalam lembut, Pae memberi sadis. Azman mengangkat mukanya. Dia tak sangka kawannya berkata sedemikian. Namun perasaan dikawalnya.

"Apasal pula?" tanya Azman tak puas hati.

"Kerana cinta manusia. Man, tak apa kalau bersedih, tapi sedih sebab direject? Apa kes? Kita patut terima. Bukan terus lari dari masalah."

"Aku tak lari la bro."

"Habis yang kau kata kau serik nak bercinta apasal?"

"Itu...."

"Man, kau takde kurangnya. Tapi mesti ada sesuatu yang buat Syafiqah kata begitu. Kau harus ingat, Syafiqah bukan sembarangan orang."

"Habis apa kurangnya aku ni? Sampai dia kata nak ada lelaki yang boleh pimpinnya? Aku dah kata baik-baik dengan dia niat baik aku tu. Aku nak memperisterikannya."

Pae berfikir panjang. Apa kes? Azman pun tak kurang hebatnya. Boleh jadi imam, bacaan quran baik, sentiasa solat berjemaah di masjid hampir tiap-tiap waktu, ada majlis ilmu tetap dia ikut. Nak kata dia ada buat salah tak juga. Nak kata dia merokok, minta maaf, Azman paling anti-rokok di office mereka.

"Macam mana kau cakap pada dia?" tanya Pae.

"Aku cakaplah, Fiqah, aku dah lama simpan perasaan ku terhadap kau. Sudikah kau menjadi isteri ku?" ayat yang boleh buat tiap perempuan gegar. Pergh.

"Di mana kau jumpa dia?"

"Di taman bunga dekat tempat kerja kita. Semalam aku jumpa dia."

Pae terdiam. Patutlah.......

"Semua okay Man. Satu ja. Cara kau."

Terdiam Azman. Cara aku? Okay apa? Jumpa si perempuan kan?

"Bukan dia harus kau jumpa." kata Pae.

"Habis tu....." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Azman menepuk dahinya. Ternyata dia buat satu kesalahan. Satu kesalahan yang memang jadi dosa besar.

"Man, niat baik, tapi cara kau salah. Bukan setakat itu, tempat dan timing pun salah. Aku tak tahu macam mana kau boleh pujuk Syafiqah ke sana. Tapi memang salah cara kau."

Azman setia mendengar.

"Kau seharusnya jumpa IBU BAPA dia Man. Kan dia masih beribu bapa. Aku rasa itu sebab Syafiqah reject kau. Ada apa-apa dia kata lagi?"

Sambil berfikir, Azman teringat sesuatu.

"Ada! Dia kata lagi, 'bukan saya yang buat keputusan. Saya hanya berserah kepada Allah. Kalau betul suka, tanya yang sepatutnya'."

"Sarkastik sungguh. Dia mahu kau jumpa ibu bapanya, bukan jumpa dia. Itu yang dia maksudkan."

"Kau biar benar? Macam mana kau tahu?"

"Dah terang-terang hint dia tu. TANYA YANG SEPATUTNYA. Eh apa kau tak fokus ke time tu?"

"Time tu dah down sangat, jadi dengar pun macam malas....." Azman diam. Pae menggeleng-geleng kepalanya.

"Bertuah punya anak. Dia dah bagi hint, kau pergilah. Insya Allah boleh tu."

"Tapi..aku takutlah kena reject lagi."

"Perasaan atau Allah? Mana satu kau pilih?" pedas kata Pae. Azman terdiam.

"Azman, yakinlah pada Allah. Jika si Fiqah itu jodoh kau, maka bersyukurlah kepada-Nya. Jika bukan, redha saja dan doakan terbaik untuk si dia. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk hamba-Nya. Insya Allah, Man." tenang sahabatnya menutur ayat itu.

Azman tersenyum. Pae, kaulah sahabatku dunia akhirat.

"Thanks bro. Betul kata kau. Cara ku salah. Kau rasa dia terima ke kalau jumpa ibu bapanya?" dalam keraguan.

"Terima tak terima, redha saja. Yang penting usaha. Allah melihat usaha, bukan melihat hasilnya. Kalau tak terima, jangan risau, doakan terbaik untuk Syafiqah. Kau carilah orang lain, Farah yang dulu kau minat tu masih ada." sempat lagi Pae mengusik. Azman menumbuk lembut bahu rakannya tu. Lantas dia bangun, dan mencari fail, sebab satu perkara penting yang dia perlu cari, yakni rumah ibu bapa Syafiqah.

Kadang-kadang kita niat betul, tapi cara tak semestinya betul. Sebab itu niat tak menghalalkan cara. Walaupun nabi kata, sesuatu amalan itu bergantung pada niat, tak semua amalan itu halal. Contohnya benda haram untuk nafkah. Memang haram walaupun niat untuk sara hidup. Fikir-fikirkanlah. Insya Allah diberi petunjuk.

Tentang jodoh pula, kita sudah berdoa untuk minta yang baik, usaha ada, dan kenalah berterusan. Maksud berterusan ni ialah sentiasa berdoa kepada Allah selepas usaha, iaitu ke arah pernikahan. Tinggal tawakal kepada Allah saja iaitu selepas memberi tahu hasrat murni kita kepada ibu bapa perempuan yang kita cintai. Dan kalau tak dapat, redha saja kerana Allah tidak mempersia-siakan amalan hamba-Nya. Ada lebih baik menanti, dan doakan terbaik untuk si dia. Kalau dapat, ucaplah alhamdulillah, dan jagalah si dia sebaiknya. Insya Allah hidup bahagia.

AvA - Alhamdulillah, terima kasih ya Allah memberi aku inspirasi membuat entri ini.

Sunday, 28 August 2011

Cinta.

"Hmmm. Bagitau atau tak, bagitau atau tak. Bagitau atau tak." Azman runsing. Dia mundar-mandir di pejabatnya. Pintu diketuk.

"Masuk." arah Azman.

"Man, sibuk ke?" Pae masuk. Dia kehairanan melihat Azman seperti cacing kepanasan. Apa kes kawan ku ni? Sawan ke?

Azman masih senyap. Mukanya keruh sambil dia menggosok-gosok dahinya.

"Wei Man!"

Azman tersentak. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke Pae.

"Oh, Pae. Aduh. Sorry. Apa hal?"

"Kau okay ke Man? Macam ada prob besar je."

"Aku okay. Huuu." Azman jawab acuh tak acuh.

"Kemon bro. Ada prob ke? Bagitau la. Kita kan best friend sejak kecik. Kau punya masalah, aku punya masalah."

"Kau memang sahabat sejati aku Pae. Kau je la yang boleh ku harapkan."

"Seram bunyi kau ni. Apa masalah kau ni? Sampai aku lihat macam cacing kena goreng." usik Pae. Azman tersenyum kelat. Dia sedang menyusun kata-kata sesuai agar Pae faham masalahnya.

"Aku jatuh cinta Pae." ucap dia lambat-lambat.

"Aisehmen. Aku dah tau cerita tu, pasal kau suka si Farah tu kan?"

"Bukan."

Pae tergamam. Seriously kawan ku ni okay ke tak?

"Kali ini bukan dia. Kalau suka dia pun, bukan dia syok kat aku. Tapi ini orang lain."

"Siapa yang bertuah tu?"

"Syafiqah..." perlahan Azman menuturkan ayatnya. Dia melihat reaksi Pae. Ternyata Pae tak terkejut walau sedikit pun.

"Macam mana kau boleh jatuh cinta padanya? Pelik betul kau ni."

"Entahlah. Sejak akhir-akhir ni, dia mesra je dengan aku. Time kerja sama-sama, mesra sungguh dia. Terus kadang-kadang dia sms aku mesej-mesej nasihat. Aku reply balik dengan cara yang sama. Sejak itu aku rasa dia suka aku. Tapi aku dapat tahu, dia dah ada yang punya."

"Dah ada? Boyfriend atau tunang?" tanya Pae.

"Sumberku kata dua-dua bukan. Kira kawan rapatlah. Tapi selalu berhubung. Kira dah ada label 'taken.'" Pae mengangguk-angguk.

"Jadi?"

"Aku cintakan dia lah bro. Tapi itulah, aku tak mau ganggu. Tapi kenapa dia seolah-olah memberi harapan kepada ku."

"Alright, aku hanya boleh cakap. Semuanya terpulang pada kau sendiri. Insya Allah. First, pasal Syafiqah. Sumber kau kata hanya kawan bukan? Jadi apa yang menghalang kau daripada untuk masuk minang si Syafiqah tu? Sekalipun mereka rapat, tapi tak bermakna ia menghalang kau dari berkawan dengan Syafiqah, rapat dengan dia kan? Why? Sebab kawan dia tu bukan SUAMI dia. Okay itu first. Kedua, pasal kau dengan Farah. Ubah niat kau. Kau mesra dia kerana Allah, kau suka dia kerana Allah, insya Allah dipermudahkan urusan kau."

Azman tergamam. Masuk akal kata-kata Pae tu. Orang yang berhak ke atas seorang perempuan ialah suaminya. Syafiqah belum kahwin, apatah lagi bertunang. Boyfriend pun tiada. Kalau sekadar kawan rapat, tidak mengapa. Tiba-tiba terlintas di fikirannya.

"Tapi Pae, bukan seolah-olah merampas ke?"

"Kenapa kawannya tak mulakan langkah dulu?" Pae membalas balik.

"Sumber kata, kawannya tu belum ada rezeki. Sebab itulah belum sedia."

"Kau dah sedia?"

Azman tergamam. Dia mencari jawapan yang sesuai. Pae ini lain sikit caranya. Memang sardonik.

"Belum."

"Kenapa?"

"Aku...." Azman terdiam.

"Man, kalau betul kau suka si Syafiqah tu, kau jumpa ibu bapa dia Man. Kalau benar kau ingin memperisteri dia, cintailah dia kerana Allah. Man, aku boleh rasa yang si Syafiqah tu juga menaruh hati pada kau. Kalau tak mustahil dia nak sms kau. Tapi ingat, itu sebenarnya ujian daripada Allah. Sejauh mana kita boleh mengurus perasaan kita. Mungkin Allah beri kau petunjuk, supaya kau kahwin. Itu sajalah cara yang Dia halalkan bagi perhubungan lelaki-wanita."
Azman tekun mendengarnya.

"Man, aku juga pernah rasa kes sebegini. Aku syok sangat sebab amat jarang untuk seorang perempuan sms aku. Jadi aku layan dia tapi sms kami bukan kosong. Semua kata-kata nasihat. Ternyata niat kami dua tu tak menghalalkan cara. Kenapa? Sebab fitnah syaitan tu tinggi. Dari kata-kata nasihat, boleh-boleh kami sms gurauan senda. Dan hampir aku kapel dengan dia. Aku juga semakin lalai dari ingat Allah. Tapi syukur, Allah beri petunjuk. Aku terus stop sms dia. Aku simpan tekad, kalau Allah izinkan, aku mahu memperisterikannya. Sejak itu, aku dan dia tak bersms lagi. Aku kini fokus untuk membaiki diri. Kau taulah aku ni paling jahil antara korang semua."

Azman memandang sahabatnya. Dia kagum dengan sahabatnya tu. Ternyata sahabatnya tu lebih arif dan lebih banyak pengalaman berbanding dirinya.

"Jahil pun, pengalaman mengajar kau. Jadi Pae, kau rasa apa harus ku buat?" tanyanya.

Sambil senyum, Pae kata "Istikharah. Afdhal. Terbaik. Nabi anjurkan. Allah suka."

Azman mengangguk. Ternyata itulah cara terbaik untuk menghadapi masalah. Dia juga akan berusaha untuk meminatinya, bukan menyukainya. Sebab dia tahu, Allah menguji dia. Boleh jadi si Syafiqah dia suka tu orang yang dibenci. Dan boleh jadi orang yang dia benci, akan dia suka. Dan dia tekad, dia rapat dengan Syafiqah sebab dia nak menjaga dirinya, di samping kerana Allah. Insya Allah.

Tak salah untuk mencintai seseorang. Tapi jadikanlah ianya fitrah bukan fitnah. Dan juga berpada-pada untuk mencintai seseorang. Kerana apa? Boleh jadi sesuatu yang kita suka, akan jadi sesuatu yang kita benci. Begitulah juga sebaliknya.

Bukan setakat itu saja. Apabila menghadapi masalah, istikharah ialah penyelesaiannya. Allah Maha Mendengar. Insya Allah Dia akan selalu bantu kita jika kita sentiasa memohon pertolongan daripada-Nya.

Penulis menaip semua ini berdasarkan pengalaman. Bukan sekadar suka-suka. Fitrah manusia ialah mencintai dan juga ingin dicintai. Lumrah manusia juga ialah sedih dan kecewa kalau mengetahui orang yang dicintai telah berpunya. Tapi ingatlah, setiap makhluk di muka bumi ini, telah Allah ciptakan pasangan. Daun dan pokok, air dan api, langit dan bumi, siang dan malam dan macam-macam lagi. Jadi insya Allah, ada pasangan kita. Kalau bukan di dunia, akhirat menanti kita selagi mana kita berpegang teguh pada agama Allah. Insya Allah. 

AvA - Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri. Maaf zahir dan batin. (^_^)

Saturday, 27 August 2011

Faham konsep agama betul-betul.

Don't judge a book by its cover.

Tipikal. Pergh, ayat yang selalu orang guna. Sadis-sadis. Keh3.

Korang faham tak maksud ayat tu? Mestilah semua faham.

Jadi, macam mana nak nilai ORANG BAIK?

Kelemahan masyarakat sekarang "Eh, aku tak tutup aurat tetap solat tau. Daripada tutup aurat tak solat! Huh!"
Korang faham konsep aurat? Agama?

Selain itu, "Eh, okaylah aku bertudung. Daripada tiada tudung langsung. Islam tak larang kan pakai lengan pendek?"
Korang faham konsep AURAT?

Heh. People selalu kata, don't judge a book by its cover. Aku rasa ini tak sesuai untuk mereka yang tak faham hukum agama.

Situasi pertama, solat tapi tak tutup aurat. Apa kes? Beriman separuh-separuh? Allah tak ajar, nabi tak ajar, malaikat penyampai wahyu pun tak ajar, sahabat nabi tak ajar, hadis tak ajar, ulama tak ajar. Sebab itu, korang faham ke konsep agama?

Solat itu sangat penting. Tiang agama. Pendapat aku, kalau solat tapi perangai suka buka aurat, solatnya bermasalah. Ada masalah solatnya. Korang bagi aku contoh para ulama yang solat, di luar solat tak tutup aurat. Kalau ada sila komen!

Kedua, kes tak faham konsep. Allah suruh tutup semua kecuali yang boleh dilihatkan MUKA dan KEDUA TELAPAK TANGAN. Ada faham? TELAPAK TANGAN? Tidak dikata lengan. Jadi? Korang faham sudah konsep aurat?

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (An-Nuur 31)

Orang yang jaga betul-betul dirinya, ialah orang yang sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara, terutamanya penampilannya. Why? Sebab kelemahan tiap manusia ialah penampilan. Why do so? Yalah. Hukum aurat sesama saudara seagama tapi bukan mahram, sesama orang lain, amat jarang ambil perhatian. Bagi kes perempuan, mereka pakai tudung labuh, lengan panjang, ada 'stongan', seluar tidak ketat. Alhamdulillah, cumanya, stokin tak pakai. EH APA KES STOKIN? Kan sudah ku kata, Allah kata tutup semua kecuali muka dan kedua TELAPAK TANGAN. Tiada pun dibilang telapak kaki kan?

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 59)

Tapi kelemahan masyarakat, mereka selalu kata, DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER. Ada suara sumbang kata, "eleh si penaip ni pun bukan bagus sangat." Depends. Aku tau aku tak baik. Tapi aku berusaha jadi baik. Tak salahkan?

Ada masih lagi orang guna alasan klise, "tunggu datang seru". Ya. Kalau yang datang tu malaikatulmaut, apa korang nak jawab?

Tunggu datang seru? Kenapa tak cari sendiri? Kawanku ada kata, orang jahil mudah dapat petunjuk sebab Allah terus masukkan dalam hatinya. Baguskan jadi orang jahil? Bagus? Janganlah. Sekali kita tak ingat Allah, Allah pun tak ingat kita. Orang jahil ialah orang yang TIDAK TAHU. Jadi kalau orang yang tidak jahil? Mestilah mencari sendiri 'seru' tersebut supaya dapat merasai nikmat iman.

Kenapa harus tunggu? Padahal ikhlas bukan dinanti, ikhlas sebenarnya yang menanti kita. Allah pandang usaha kita, bukan pandang OUTCOME kita. Bacalah ni ENTRI kalau nak faham lebih lanjut. Insya Allah.

Kesimpulannya, renung-renungkanlah. Berbaloi kah "Don't judge a book by its cover" sedangkan diri kita buat dosa free.

Perempuan, rujuk ENTRI ini untuk lebih lanjut.

AvA - Sarkastik sadis.

Sunday, 21 August 2011

Buat apa yang dicakap.

"Buang masa ja korang bercouple. Dosa banyak, zina hati. Hatta orang yang couple tak dating sekalipun. Buang masa. Huh!"

Tapi......

"Eh, awek ku miskol. Call dulu. Hello sayang...."

* *

"Pakailah tudung. Tutup aurat. Korang buat dosa, korang bagi dosa. Huh!"

Tapi......

"Bro, jom main bola!"
"Jap, aku pakai seluar pendek dulu. Baru senang nak gerak."

* *

"Solatlah korang, nanti disolatkan tak korang haru..."

Tapi......

(Azan berkumandang)
"Siok juga cerita ni. Tengoklah dulu." - End up sampai waktu solat habis.

* *

"Dalam bulan Ramadhan ni, eloklah kita meningkatkan amal ibadah kita. Buang perkara sia-sia."

Tapi......

"Eh bro. Jom kita main DotA!"
"Orait2. Sabar. Ambik laptop dulu."

* *

"Jom kita pecut kali terakhir pada fasa terakhir Ramadhan. Carilah Lailatul Qadr."

Tapi......

"Aisehmen. Baju raya tahun ini mau apa warna ya? Pink ka Pelangi? Aah. Mau raya dah. Baik aku shopping habis-habisan."

Apa tujuan aku buat semua ni?

Kita suka bagi nasihat kepada orang lain, kita suka bagi semangat pada orang lain, kita suka orang lain dengar cakap kita untuk buat kebaikan. Tapi..pernahkah kita melakukan apa yang kita buat?

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah 44)

Aku tau, aku kadang-kadang bagi nasihat, tapi jarang buat. That's why aku dah kata, andai kata aku ada salah dan silap, terus tegur. Aku terima dengan hati yang terbuka. Insya Allah.

Ayat al-Quran di atas memang sadis untuk orang yang selalu menegur tapi tak buat langsung. Sia-sia sungguh amalan kita. Fikir-fikirkanlah.

Memang nak tegur tu kita berfikir 1000 kali. Mau tegur atau tak, mau tegur atau tak. Ya. Aku sendiri pernah rasa itu. Tapi cuba kita terus laksanakannya, bak kata orang "kebenaran itu menyakitkan" betul kan?

Senang cakap, susah buat. Tapi ingat, Allah mengambil kira usaha kita berbanding hasil kita. Sebab? Allah bagi outcome kepada kita. Kita berusaha untuk mencapainya. Usaha itulah yang diambil kira oleh Allah. Jadi usaha kita untuk memberi teguran itulah amat penting. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun, sarkastik ke, sardonik ke, sadis ke, lembut ke, softnik ke, tonik ke.

Kesimpulannya, marilah sama-sama saling berpesan-pesan mengerjakan ke arah kebaikan. Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Asr

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam keadaan rugi. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (1-3)


AvA - Insya Allah. :)

Saturday, 20 August 2011

19 Ogos.

Assalamualaikum,

Skema. Keh3. Tidak ba. Okaylah. Kini kita telah masuk ke fasa terakhir bulan Ramadhan. Tapi, ready kah kita untuk menghadapinya? Fikir-fikirkan.

Semalam (kemarin) hari jumaat. Ofkoslah hari jumaat. Takkan hari sabtu. Terasa ingin ku luah di sini, tapi ada perkara yang tak boleh. Keh3.

Banyak event berlaku semalam. Dari awal pagi hingga awal pagi tadi. Kah3. Hakikat tidak tertidur sehingga sahur, nasib bangun subuh.

Awal pagi ada tazkirah daripada ustaz JAPIM, Mohd Rusli. KPM minta buat program begitu DISEBABKAN UNTUK LAPORAN RAMADHAN. Tapi IPG Keningau buat keputusan untuk melakukannya sepanjang masa sampai bila-bila. Insya Allah kalau ada lapang, aku akan mula update pasal tu benda.

Lepas kuliah macam biasa, barulah terasa macam pergi kuliah. Belajar dalam kumpulan, walaupun hakikat bercerita, tapi adalah juga disentuh pasal tugasan.

Lepas kuliah ofkoslah, solat jumaat. Ini part ni pun banyak juga cerita. Diceritakan tentang fasa terakhir Ramadhan. Insya Allah aku akan update. Eh? Dah diketahui tajuknya. Hehehe.

Lepas solat, aku dan ahli JKM pergi mencari keluarga mualaf. Besok (Ahad) aku serta geng-geng ku akan ziarah mereka secara official. Keh3.

SUNGKAI. Ini dia event penting. Ceh kunun. Haha. Untuk kali pertama dalam sejarah Ramadhan 1432, aku berbuka di luar. Hehe. Di Kak Faridah Cafe (KFC). Keh3. Kenapa? Sebab mau sambut birthday adik a.k.a kawanku, ARU! Hehe.

Kabur. Sorryla. Kamera anfon pula tu.
Itu dia. Birthday girl. Sampai nangis dia. Apa ni, bilang rockers? Heehehe. Aku tak da hadiah untuk dia. Takpelah. Aku bagi dia Aghanim Scepter ja nanti. Ups.

Memang meriah tu. Ni kes lepas azan berkumandang. Yang kes sebelum azan tu, punyalah sandih ramai orang. Sebelum masuk lagi, dah nampak dah. Junior-junior BM. Adeh. Ramai sungguh. Hmm. Takpelah. Meriah juga. Dan untuk pertama kalinya aku berbuka dengan KURMA. Keh3.

Siok juga sekali sekala sungkai di KFC, terutamanya kalau ada orang birthday. Cumanya, untuk kali pertama, aku dihidap self-Parkinson. Cis sungguh. Amatlah parkinson! Kenapa? Oh itu ialah rahsia. Tapi sungguhlah, forbidden kuari. Hahaha.

Jom lihat gambar.


Bini-bini sekalian, menjamu lah korang. Keh3. Ada banyak lagi. Jom lihat.


Ni laki2, geng2 aku juga ni. Cis. Kalau ni kamera pusing lawan jam 150 darjah, naa. Sudah parkinson. Haha.


Comel2 dan hensom kan kawan2 ku? Ofkoslah. Mereka kawanku. Kalau aku? Tak comel, hensom kurang, tapi...Mantap. Keh3. (Hensem ba.)

They made my day. Memang at first masuk di KFC tu, aku rasa macam mau balik ja. Why? Sebab ramai. Ramai2 sampai terkena parkinson. Kuari sungguh. Nasib tak pengsan. Hehe.

Tapi memang aku awal balik dengan pakcik ku. Sebab kitorang nak pergi terawih di masjid pekan. Fasa terakhir, aku berazam untuk tingkatkan amal ibadah. Korang apa macam?

Tapi memang sioklah 19 Ogos ni. Kenangan indah. Insya Allah aku tak lupa. Sampai terkena PARKINSON. Hehe.

Kesimpulannya, aku sangat happy sampai ke hari ini! Dan paling siok, anak kucing di bawah.




COMEL KAN??!! (Seriusly si Pae ni gembira sampai gila)

AvA - Untuk kali pertama juga, Allah memberi mimpi yang indah! Alhamdulillah!

Tuesday, 9 August 2011

Memandu itu penat.

Assalamualaikum,

Heh. Puasa masih terasa. Oh yeah. Memang, siok benar berpuasa. Tapi sia-sia kalau tidur ja kerja. Haha.

Siapa pernah memandu? Konfom la yang ada lesen memandu pernah memandu, melainkan dia tu fobia memandu. Hehe.

Bah. Pernah korang rasa situasi di mana korang tak mahu memandu? Mesti ramai jawab tiada, ceh pada hakikatnya, time memandu boleh rasa jemu.

Orang akan bertanya kepada kita "Ada kereta kan ko? Ko keluar pi pekan? Ikut aa." Ya. Dan ditambah begini "Ko ada kereta ba. Senang. Kalau mau jalan kaki jauh lagi." Hakikatnya, kalau dari sini ke bandar 5 km, jalan kaki pun 5 km, naik bas pun 5 km. Percayalah!

Aku beritahu korang fakta pemandu. Sememangnya, banyak. Tapi ini berdasarkan apa ku telah kaji.

1. Kalau ada pemandu lain bikin panas, semestinya, si pemandu ini akan memaki. Paling teruk dia hon.
2. Kalau ada pemandu lain curi parking, memang si pemandu ini memanas dan memaki.
3. Setiap pemandu, akan merungut pasal traffic jam.

Siapa kata memandu ini tak penat? Percayalah sebab aku pun memandu. Korang boleh kata tidak. Hakikatnya, cuba memandu kereta tiap-tiap hari dalam keadaan yang sama, semestinya korang naik muak. Miahaha.

Korang boleh kata, "Penat ba mau naik bas, mau jalan kaki. Mau pi kedai, mau jalan kaki. Mau singgah situ, mau jalan kaki." Yalah korang. Penat ka jalan kaki? Sihat badan ba. (Orang malas ja yang begitu. Hehe.) Cuba la korang try satu kali memandu, memang penat. Lebih-lebih lagi kalau musim perayaan. Hoh. Panas ja hati korang tu.

Kenapa aku kata memandu ini penat? Traffic jam, konfom. Mencari parking, oh tidak. Mau isi minyak, duit. Mau maintanance itu ini, nah kau. Haha. Kalau kereta auto senang la, set pergi D, drive. Kalau mau stop, brake, tidak perlu tekan clutch tu semua. Kalau manual? Hah. Penat kaki tekan clutch, mau imbang, mau pecut. Syukur aku pandai imbang-imbang. (Buek)

Itu kes auto-manual. Kes tiada aircond? Huh. Pernah seorang bertanya kepada ku "Kereta abang ni ada aircond?" Aku kata "Ada. Kasi turun cermin." Hakitkatnya, tiap kereta MESTI ada aircond. Kalau yang tak biasa, memang merungut, "PANAS OO!!" Nah. Syukur aku dah terbiasa. Hehe.

Tapi aku tak merungut pun, cumanya aku mau bagitau la kepada orang-orang yang suka bawa kawan jalan yang pandai memandu. Kalau sekali sekala tidak mengapa, ini tiap-tiap hari kau mau bawa. Boleh penat juga oo. Walaupun dibayarkan minyak, kan bagus kalau dibayar untuk bagi tenaga a.k.a belanja makan. Hehehe. Jadi akhir kata, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. Hahaha.

Tapi aku  tetap sayang REDDY!


AvA - Agak2 kalau gadis comel di sebelah, tak rasa penat mungkin? Haha.

Saturday, 6 August 2011

Ramadhan 1432 part III

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berpuasa pada hari keenam dalam bulan Ramadhan. Yeay! Dan untuk kali pertama, aku tidur di rumah setelah satu setengah bulan!! Wahaa.

Baiklah. Ramadhan Part III. Banyak part pula. Hehe. Takpa. Sebenarnya, aku nak share ilmu. Kan bagus ilmu dikongsi. Hehe.

Ada satu perkara penting. Dalam bulan Ramadhan, kata ini sangat popular. "Doa pada bulan Ramadhan sememangnya tidak akan ditolak." Ya. Doa. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita berdoa. Kenapa kita tak melaksanakannya? Atau jarang?

Sebenarnya, doa orang berpuasa tidak akan ditolak walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Tapi Ramadhan semestinya meningkatkan peratusan itu daripada 100% ke 10000%. Kita kena ingat, Allah bukan tak makbulkan doa kita. Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan ketika berdoa. Dengan kata lain adab-adab.

Pertama, kita mestilah berdoa dengan bersungguh-sungguh. Bagaimana dengan bersungguh-sungguh? Maksudnya kita duduk dalam doa. Bukan duduk berdoa. Haaa. Bingung? Maksudnya sini, time kita berdoa, seharusnya kita memahami apa yang kita minta kepada Allah. Sebabnya, Allah ingin melihat hamba-Nya bagaimana cara doa kita. Fahami doa kita, dan mintalah kepada Allah dengan penuh kesungguhan. Kalau sekadar doa saja, tiada kesungguhan, apa guna kan?

Kedua, kalau berdoa, berdoalah dengan penuh khusyuk dan merendah diri, serta rendahkan suara. Jom hayati firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 55:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Rendah diri ialah tidak berlagak sombong. Jadi kita minta kepada-Nya dengan baik-baik, bukan minta dengan sombong dan berlagak. Sama berdoa dengan suara yang perlahan. Kenapa disuruh perlahan-lahan? Kalau kita berdoa dengan suara kuat, orang akan dengar kita. Boleh jadi kita akan jadi riya'. Itu bahaya tu.

Ketiga, makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal. Ini kriteria memang penting, dan kalau diabaikan ini, semestinya doa kita tidak dimakbulkan. Bagaimana Allah mahu memakbulkan doa kita, tapi makan makanan yang sumber haram, dan minum minuman yang sumbernya haram juga? Surah Al-Baqara' ialah jawapannya dalam ayat 186:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Allah kata jangan makan dan minum bersumberkan sesuatu yang haram. Kalau kita tak ikut perintah-Nya macam mana nak doa dimakbulkan kan?

Keempat ialah pastikan diri kita ini SUCI. Pakaian, persekitaran dan diri kita sendiri serta hati kita ini suci. Kalau hati kita tak suci, macam mana Allah mahu perkenankan doa kita kan? Sucikan diri, insya Allah dimakbulkan.

Ketika bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk banyak berdoa. Tapi kalau tidak dimakbulkan dan kita sudah yakin dengan cara doa kita, kehidupan kita tiada sumber haram serta diri kita ini SUCI, mungkin belum tiba masanya Allah memperkenankan. Allah tak pernah sia-siakan amalan kebaikan hamba-Nya. Dalam surah Al-Anbiyaa' ayat 94 ada menerangkannya:

Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.

Apabila tidak dimakbulkan, bersangka baik terhadap Allah. Mungkin belum masa yang sesuai untuk diberi. Ustaz ku ada beritahu pada aku tentang hal ini. Tiga cara Allah makbulkan doa seseorang hamba-Nya ialah
1. Apabila kita minta, terus diberi. Bukan terus muncul di depan mata, adalah proses-prosesnya sebelum dapat.
2. Apabila kita minta, tidak diberi, tapi ada lebih baik menanti.
3. Allah simpan doa itu untuk di akhirat kelak selagi kita beriman.

Yang pertama ofkos faham kan? Apabila kita minta, terus Allah bagi melalui proses-proses yang telah Allah rancang. Kedua macam mana? Sebagai contohlah, ustaz ku cerita juga ni, kita mohon naik pangkat. Tapi tak diberi. Tiba-tiba tawaran pindah kerja datang, dan di tempat baru, terus dapat naik. Haaa. Begitulah sesimple-simplenya untuk faham. Kan? Contohnya lagi, kita minta jodoh baik-baik. Jumpa seorang, memang baiklah ni kononnya, tapi tidak jadi tunang. Ternyata ada lebih baik yang menunggu. Hehe. Kes ketiga? Ini konfom, walaupun Allah tidak beri di dunia, tapi selagi kita beriman kepada-Nya, insya Allah di akhirat nanti.

Jadi, time bulan Ramadhan ini, banyakkan berdoa. Sebabnya, Allah suka orang yang berdoa kepada-Nya. Dan ingatlah, time sedih pun berdoa, time gembira pun berdoa, time dapat musibah pun berdoa, time dapat nikmat pun berdoa. Hehehe. Berdoalah dalam bahasa apa pun, yang kita faham. Sebab Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita lakukan.

Kesimpulannya, jom banyak-banyak berdoa dalam bulan ini, agar pahala bertambah, dan insya Allah kita dapat apa yang kita mahu. Wallahu'alam.

AvA - Doa minta jodoh baik. Hehe.

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan 1432H part II

Assalamualaikum,

Hari kedua puasa. Alhamdulillah, walaupun diri ini dilanda sakit selsema, batuk serta demam, tapi puasa tetap tak mahu tinggal. Sebab masih boleh tahan. Insya Allah.

Okay. Baru hari kedua kan? Macam dah berhari-hari rasanya. Okaylah tu. Supaya Ramadhan kali ini lambat.

Selalunya, pada minggu pertama, ataupun paling senang, 10 hari pertama Ramadhan, masyarakat akan bersemangat untuk beribadah, yakni solat jemaah di masjid, sungkai beramai-ramai, terawih, selalu baca Quran, syukurlah sebab inilah namanya berkat Ramadhan.

Tapi ingat, selalunya orang akan ketandusan apabila Ramadhan berada di tengah-tengah dah mahupun menuju ke penghujung. Time yang menuju ke hujungnya kita kena banyak beribadah, manalah tahu kita ditakdirkan untuk tidak berjumpa lagi Ramadhan yang mulia ini.

Puasa, rata-rata kita semua berpuasa. Tapi adakah kita berpuasa sepenuhnya? Puasa, tapi masih mengumpat, puasa tapi masih mencaci, puasa tapi perangai masih macam setan, kan?

Eloklah diperbaiki amalan kita. Puasa untuk mengubah diri, dari jahat ke baik, dari baik ke terbaik, dari terbaik ke mantap, dari mantap ke hebat dan macam-macam lagi. Tapi kalau masih dengan perangai lama? Apa kes? Tiada guna puasa kalau begitu. Sia-sia saja.

Perkara paling penting, jangan kita gunakan alasan puasa untuk tidak melakukan riadah mahupun sesuatu yang perlu. Puasa bukan berletih-letihan. Kenapa? Time Perang Badar dulu, ketika tu bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa tapi tetap berperang. Dan janji Allah kepada mereka, siapa berpuasa pasti ditolong oleh-Nya. Apa pertolongan? Allah kirimkan 3000 malaikat untuk membantu umat Islam. Kalau mereka boleh kenapa bukan kita?

Dan semestinya, ada ramai mengeluh kepanasan. Mestilah, puasa kan? Adakah puasa tidak rasa panas? Ada. Bagi orang mukmin, dorang tidak rasa pun sebab dorang isi kegiatan mereka dengan ibadah kalau ada masa lapang. Hebatkan?

Kes sungkai pula. Time sahur malas nak bangun, bilang, ikut sunnah nabi, minum air cukup, yang penting berkat. Tapi time sungkai? Hoh. Berlambak dia beli. Tapi tak habis. Inilah namanya membazir. Sudah ku kata pada post lalu bulan Ramadhan ialah bulan berjimat cermat. Kan? Tapi kuih muih? Masya Allah. Mengalahkan buffet hotel.

Tu time sungkai. Time terawih? Naaa. Okay la masjid meriah sebab ada solat terawih. Tapi apa kes tak solat Isya'? Kan Isya' tu wajib, tapi diabaikan. Terawih yang diambil kita. Kemungkinan mereka terpedaya dengan hadis maudhu pasal fadhilat solat terawih tu. Betul hadis tu maudhu. Sila rujuk post sebelum ini ya untuk mengetahuinya.

Tapi sebenarnya, tidak semua begitu. Yang begitu hanyalah yang tidak tahu. Apapun, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kita untuk terus beribadah dalam bulan yang mulia ini. Insya Allah.

AvA - Sungkai time. Jom pi masjid. Hari kedua puasa, sakit tetapi gembira. Hehehe.