Comrades

Monday, 29 August 2011

Cinta II

Azman duduk termenung jauh di tepi tingkap pejabatnya. Terlintas di fikirannya tentang kejadian semalam. Ternyata sakitnya terasa sungguh. Melukakan hatinya.

"Man, assalamualaikum bro." Pae masuk. Happy go lucky sungguh anak ni.

"Waalaikumsalam." acuh tak acuh. Malas Azman membalasnya. Pae kehairanan melihat sahabatnya tu. Semalam hilang entah ke mana, tup tup balik rumah pukul 3 pagi. Apa kes?

"Man, hang okay tak?" tanya Pae dalam loghat Kelantan. Inilah akibatnya kerana terlalu obses dengan orang Kelantan. Sama saja seperti si Aga

"Okay je." Pae dah buat andaian. Dah agak, memang ada yang tak kena ni.

"Wei bro, apa kes ni bro? Termenung jauh je nampak. Ingat Syafiqah yer?" usik Pae. Azman tersenyum kelat. Dia tak boleh marah pada kawannya tu. Pae tak tahu lagi rupanya, bisik hati kecilnya.

"Pae, aku tak mau dah nak cinta seseorang. Biarlah, nanti kalau ada jodoh kahwinlah aku." tutur Azman serius. Pae tergamam.

"Apasal pula?"

"Aku direject Syafiqah. Dia kata dia ingin lelaki yang boleh memimpinnya. Apa kurangnya aku?" kata Azman. Sebut namanya, galau hatinya. Pae duduk di sebelah Azman. Sambil menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya.

"Man, be strong brother. Kemonlah takkan pasal ni kau kecewa? Sungguh tak patut." dalam lembut, Pae memberi sadis. Azman mengangkat mukanya. Dia tak sangka kawannya berkata sedemikian. Namun perasaan dikawalnya.

"Apasal pula?" tanya Azman tak puas hati.

"Kerana cinta manusia. Man, tak apa kalau bersedih, tapi sedih sebab direject? Apa kes? Kita patut terima. Bukan terus lari dari masalah."

"Aku tak lari la bro."

"Habis yang kau kata kau serik nak bercinta apasal?"

"Itu...."

"Man, kau takde kurangnya. Tapi mesti ada sesuatu yang buat Syafiqah kata begitu. Kau harus ingat, Syafiqah bukan sembarangan orang."

"Habis apa kurangnya aku ni? Sampai dia kata nak ada lelaki yang boleh pimpinnya? Aku dah kata baik-baik dengan dia niat baik aku tu. Aku nak memperisterikannya."

Pae berfikir panjang. Apa kes? Azman pun tak kurang hebatnya. Boleh jadi imam, bacaan quran baik, sentiasa solat berjemaah di masjid hampir tiap-tiap waktu, ada majlis ilmu tetap dia ikut. Nak kata dia ada buat salah tak juga. Nak kata dia merokok, minta maaf, Azman paling anti-rokok di office mereka.

"Macam mana kau cakap pada dia?" tanya Pae.

"Aku cakaplah, Fiqah, aku dah lama simpan perasaan ku terhadap kau. Sudikah kau menjadi isteri ku?" ayat yang boleh buat tiap perempuan gegar. Pergh.

"Di mana kau jumpa dia?"

"Di taman bunga dekat tempat kerja kita. Semalam aku jumpa dia."

Pae terdiam. Patutlah.......

"Semua okay Man. Satu ja. Cara kau."

Terdiam Azman. Cara aku? Okay apa? Jumpa si perempuan kan?

"Bukan dia harus kau jumpa." kata Pae.

"Habis tu....." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Azman menepuk dahinya. Ternyata dia buat satu kesalahan. Satu kesalahan yang memang jadi dosa besar.

"Man, niat baik, tapi cara kau salah. Bukan setakat itu, tempat dan timing pun salah. Aku tak tahu macam mana kau boleh pujuk Syafiqah ke sana. Tapi memang salah cara kau."

Azman setia mendengar.

"Kau seharusnya jumpa IBU BAPA dia Man. Kan dia masih beribu bapa. Aku rasa itu sebab Syafiqah reject kau. Ada apa-apa dia kata lagi?"

Sambil berfikir, Azman teringat sesuatu.

"Ada! Dia kata lagi, 'bukan saya yang buat keputusan. Saya hanya berserah kepada Allah. Kalau betul suka, tanya yang sepatutnya'."

"Sarkastik sungguh. Dia mahu kau jumpa ibu bapanya, bukan jumpa dia. Itu yang dia maksudkan."

"Kau biar benar? Macam mana kau tahu?"

"Dah terang-terang hint dia tu. TANYA YANG SEPATUTNYA. Eh apa kau tak fokus ke time tu?"

"Time tu dah down sangat, jadi dengar pun macam malas....." Azman diam. Pae menggeleng-geleng kepalanya.

"Bertuah punya anak. Dia dah bagi hint, kau pergilah. Insya Allah boleh tu."

"Tapi..aku takutlah kena reject lagi."

"Perasaan atau Allah? Mana satu kau pilih?" pedas kata Pae. Azman terdiam.

"Azman, yakinlah pada Allah. Jika si Fiqah itu jodoh kau, maka bersyukurlah kepada-Nya. Jika bukan, redha saja dan doakan terbaik untuk si dia. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk hamba-Nya. Insya Allah, Man." tenang sahabatnya menutur ayat itu.

Azman tersenyum. Pae, kaulah sahabatku dunia akhirat.

"Thanks bro. Betul kata kau. Cara ku salah. Kau rasa dia terima ke kalau jumpa ibu bapanya?" dalam keraguan.

"Terima tak terima, redha saja. Yang penting usaha. Allah melihat usaha, bukan melihat hasilnya. Kalau tak terima, jangan risau, doakan terbaik untuk Syafiqah. Kau carilah orang lain, Farah yang dulu kau minat tu masih ada." sempat lagi Pae mengusik. Azman menumbuk lembut bahu rakannya tu. Lantas dia bangun, dan mencari fail, sebab satu perkara penting yang dia perlu cari, yakni rumah ibu bapa Syafiqah.

Kadang-kadang kita niat betul, tapi cara tak semestinya betul. Sebab itu niat tak menghalalkan cara. Walaupun nabi kata, sesuatu amalan itu bergantung pada niat, tak semua amalan itu halal. Contohnya benda haram untuk nafkah. Memang haram walaupun niat untuk sara hidup. Fikir-fikirkanlah. Insya Allah diberi petunjuk.

Tentang jodoh pula, kita sudah berdoa untuk minta yang baik, usaha ada, dan kenalah berterusan. Maksud berterusan ni ialah sentiasa berdoa kepada Allah selepas usaha, iaitu ke arah pernikahan. Tinggal tawakal kepada Allah saja iaitu selepas memberi tahu hasrat murni kita kepada ibu bapa perempuan yang kita cintai. Dan kalau tak dapat, redha saja kerana Allah tidak mempersia-siakan amalan hamba-Nya. Ada lebih baik menanti, dan doakan terbaik untuk si dia. Kalau dapat, ucaplah alhamdulillah, dan jagalah si dia sebaiknya. Insya Allah hidup bahagia.

AvA - Alhamdulillah, terima kasih ya Allah memberi aku inspirasi membuat entri ini.

2 comments:

  1. as salam,,
    terima kasih kerana menghasilkan cerpen yg menarik..sememangnya, saya sebagai perempuan pun pernah terfikir, kalau ad orang yang berkenan pada diri, biarlah dia terus berjumpa dengan wali saya,, jangan pernah dia menganggu hati saya, kerana hati perempuan sangat sensitif.. moga ia benar2 menjadi inspirasi buat kamu dan sekaligus buat kaum adam d luar sana.. syukran..;)

    ReplyDelete