Comrades

Thursday, 8 September 2011

Kuatkan hati.

ENTRI INI SARKASTIK, SADIS, SARDONIC, MAKE YOU SICK.

Apabila aku diam, mereka bising-bising. Apabila aku heboh, mereka kebosanan.

Sememangnya kalau aku ada masalah, aku tak akan luah. Simpan saja. Biarkan. Biarkan.

Tapi kalau masalah cinta, tiba-tiba terdetik ingin berkongsi bersama. Namun demikian, mereka ialah tipikal.

Apapun, tidak kusalahkan sesiapa. Sesungguhnya berkata-berkata sesuatu benda yang sama, akan buat orang bosan.

Sama seperti blog aku, asyik cinta kahwin cinta kahwin cinta kahwin. Semestinya orang bosan.

Cumanya, aku tak kisah.

Sebab ini blog aku, suka hati aku, apa aku mau tulis.

Berbeza berkongsi masalah. Setiap orang perlukan kawan dalam hidup.

Cumanya, kita pasti terguris, sekiranya tiada respon daripada kawan kita.

Seriously, it hurts you a lot, when you talk, feels like talking to a tree.

Solusinya, sabar saja. Bukan mudah, tapi tak susah.

Perkara terpenting, Allah Maha Mendengar, Dialah sebaik-baik tempat mengadu.

Manusia memang begitu, cepat bosan.

Tapi Allah, subhanallah. Sepanjang hidup sehinggalah nyawa dicabut, sampai bila-bila, sentiasa ada untuk kita.

Dengan satu syarat.

Iaitu kita wajib BERIMAN kepada-Nya.

Insya Allah, segala jenis masalah akan dapat dihadapi dengan baik saja.

Keputusannya, biarlah kita diam saja.

Aku tahu, manusia tak senang lihat orang yang senang.

Namun, berbaik sangka terhadap mereka. Minta ampun kepada Allah, serta minta Allah mengampunkan dosa mereka.
Sebab apa??

MEREKA TAK TAHU apa yang kita rasa.

Yang penting, Allah tahu.

Tiap manusia mempunyai masalah. Dan seringkali kita mencari seseorang untuk meluahkan masalah kita. Betul. Penulis sendiri mengalaminya. Namun demikian, paling afdhal, carilah Allah, istikharah, tingkatkan amalan. Itulah sebaik-baik cara untuk menghadapi masalah. Apabila hati tenang, pemikiran boleh mencari penyelesaian masalah kita. Dan paling penting, kita haruslah bersyukur dan sabar. Syukur itu lebih utama daripada sabar. Kenapa? Syukurlah sebab kita ditimpa kesenangan dan juga kesusahan. Daripada syukur, lahirlah kesabaran. Insya Allah.

Maafkan penulis sekiranya entri ini membuat anda sakit hati.

No comments:

Post a Comment