Comrades

Sunday, 21 August 2011

Buat apa yang dicakap.

"Buang masa ja korang bercouple. Dosa banyak, zina hati. Hatta orang yang couple tak dating sekalipun. Buang masa. Huh!"

Tapi......

"Eh, awek ku miskol. Call dulu. Hello sayang...."

* *

"Pakailah tudung. Tutup aurat. Korang buat dosa, korang bagi dosa. Huh!"

Tapi......

"Bro, jom main bola!"
"Jap, aku pakai seluar pendek dulu. Baru senang nak gerak."

* *

"Solatlah korang, nanti disolatkan tak korang haru..."

Tapi......

(Azan berkumandang)
"Siok juga cerita ni. Tengoklah dulu." - End up sampai waktu solat habis.

* *

"Dalam bulan Ramadhan ni, eloklah kita meningkatkan amal ibadah kita. Buang perkara sia-sia."

Tapi......

"Eh bro. Jom kita main DotA!"
"Orait2. Sabar. Ambik laptop dulu."

* *

"Jom kita pecut kali terakhir pada fasa terakhir Ramadhan. Carilah Lailatul Qadr."

Tapi......

"Aisehmen. Baju raya tahun ini mau apa warna ya? Pink ka Pelangi? Aah. Mau raya dah. Baik aku shopping habis-habisan."

Apa tujuan aku buat semua ni?

Kita suka bagi nasihat kepada orang lain, kita suka bagi semangat pada orang lain, kita suka orang lain dengar cakap kita untuk buat kebaikan. Tapi..pernahkah kita melakukan apa yang kita buat?

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah 44)

Aku tau, aku kadang-kadang bagi nasihat, tapi jarang buat. That's why aku dah kata, andai kata aku ada salah dan silap, terus tegur. Aku terima dengan hati yang terbuka. Insya Allah.

Ayat al-Quran di atas memang sadis untuk orang yang selalu menegur tapi tak buat langsung. Sia-sia sungguh amalan kita. Fikir-fikirkanlah.

Memang nak tegur tu kita berfikir 1000 kali. Mau tegur atau tak, mau tegur atau tak. Ya. Aku sendiri pernah rasa itu. Tapi cuba kita terus laksanakannya, bak kata orang "kebenaran itu menyakitkan" betul kan?

Senang cakap, susah buat. Tapi ingat, Allah mengambil kira usaha kita berbanding hasil kita. Sebab? Allah bagi outcome kepada kita. Kita berusaha untuk mencapainya. Usaha itulah yang diambil kira oleh Allah. Jadi usaha kita untuk memberi teguran itulah amat penting. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun, sarkastik ke, sardonik ke, sadis ke, lembut ke, softnik ke, tonik ke.

Kesimpulannya, marilah sama-sama saling berpesan-pesan mengerjakan ke arah kebaikan. Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Asr

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam keadaan rugi. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (1-3)


AvA - Insya Allah. :)

1 comment:

  1. Salam Pae,teruskan menulis~InsyaAllah ada manfaatnya.
    Kaka cuma nak tambah berkaitan apa yang kamu nyatakan itu, ada juga dalam surah as-saff (Lupa ayat mana).

    Tapi, jangan sampai ayat tersebut menghalang kita dai menyampaikan kebenaran...Kita cuma penyampai, bukan pemilik hidayah ^^

    ReplyDelete