Comrades

Sunday, 28 August 2011

Cinta.

"Hmmm. Bagitau atau tak, bagitau atau tak. Bagitau atau tak." Azman runsing. Dia mundar-mandir di pejabatnya. Pintu diketuk.

"Masuk." arah Azman.

"Man, sibuk ke?" Pae masuk. Dia kehairanan melihat Azman seperti cacing kepanasan. Apa kes kawan ku ni? Sawan ke?

Azman masih senyap. Mukanya keruh sambil dia menggosok-gosok dahinya.

"Wei Man!"

Azman tersentak. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke Pae.

"Oh, Pae. Aduh. Sorry. Apa hal?"

"Kau okay ke Man? Macam ada prob besar je."

"Aku okay. Huuu." Azman jawab acuh tak acuh.

"Kemon bro. Ada prob ke? Bagitau la. Kita kan best friend sejak kecik. Kau punya masalah, aku punya masalah."

"Kau memang sahabat sejati aku Pae. Kau je la yang boleh ku harapkan."

"Seram bunyi kau ni. Apa masalah kau ni? Sampai aku lihat macam cacing kena goreng." usik Pae. Azman tersenyum kelat. Dia sedang menyusun kata-kata sesuai agar Pae faham masalahnya.

"Aku jatuh cinta Pae." ucap dia lambat-lambat.

"Aisehmen. Aku dah tau cerita tu, pasal kau suka si Farah tu kan?"

"Bukan."

Pae tergamam. Seriously kawan ku ni okay ke tak?

"Kali ini bukan dia. Kalau suka dia pun, bukan dia syok kat aku. Tapi ini orang lain."

"Siapa yang bertuah tu?"

"Syafiqah..." perlahan Azman menuturkan ayatnya. Dia melihat reaksi Pae. Ternyata Pae tak terkejut walau sedikit pun.

"Macam mana kau boleh jatuh cinta padanya? Pelik betul kau ni."

"Entahlah. Sejak akhir-akhir ni, dia mesra je dengan aku. Time kerja sama-sama, mesra sungguh dia. Terus kadang-kadang dia sms aku mesej-mesej nasihat. Aku reply balik dengan cara yang sama. Sejak itu aku rasa dia suka aku. Tapi aku dapat tahu, dia dah ada yang punya."

"Dah ada? Boyfriend atau tunang?" tanya Pae.

"Sumberku kata dua-dua bukan. Kira kawan rapatlah. Tapi selalu berhubung. Kira dah ada label 'taken.'" Pae mengangguk-angguk.

"Jadi?"

"Aku cintakan dia lah bro. Tapi itulah, aku tak mau ganggu. Tapi kenapa dia seolah-olah memberi harapan kepada ku."

"Alright, aku hanya boleh cakap. Semuanya terpulang pada kau sendiri. Insya Allah. First, pasal Syafiqah. Sumber kau kata hanya kawan bukan? Jadi apa yang menghalang kau daripada untuk masuk minang si Syafiqah tu? Sekalipun mereka rapat, tapi tak bermakna ia menghalang kau dari berkawan dengan Syafiqah, rapat dengan dia kan? Why? Sebab kawan dia tu bukan SUAMI dia. Okay itu first. Kedua, pasal kau dengan Farah. Ubah niat kau. Kau mesra dia kerana Allah, kau suka dia kerana Allah, insya Allah dipermudahkan urusan kau."

Azman tergamam. Masuk akal kata-kata Pae tu. Orang yang berhak ke atas seorang perempuan ialah suaminya. Syafiqah belum kahwin, apatah lagi bertunang. Boyfriend pun tiada. Kalau sekadar kawan rapat, tidak mengapa. Tiba-tiba terlintas di fikirannya.

"Tapi Pae, bukan seolah-olah merampas ke?"

"Kenapa kawannya tak mulakan langkah dulu?" Pae membalas balik.

"Sumber kata, kawannya tu belum ada rezeki. Sebab itulah belum sedia."

"Kau dah sedia?"

Azman tergamam. Dia mencari jawapan yang sesuai. Pae ini lain sikit caranya. Memang sardonik.

"Belum."

"Kenapa?"

"Aku...." Azman terdiam.

"Man, kalau betul kau suka si Syafiqah tu, kau jumpa ibu bapa dia Man. Kalau benar kau ingin memperisteri dia, cintailah dia kerana Allah. Man, aku boleh rasa yang si Syafiqah tu juga menaruh hati pada kau. Kalau tak mustahil dia nak sms kau. Tapi ingat, itu sebenarnya ujian daripada Allah. Sejauh mana kita boleh mengurus perasaan kita. Mungkin Allah beri kau petunjuk, supaya kau kahwin. Itu sajalah cara yang Dia halalkan bagi perhubungan lelaki-wanita."
Azman tekun mendengarnya.

"Man, aku juga pernah rasa kes sebegini. Aku syok sangat sebab amat jarang untuk seorang perempuan sms aku. Jadi aku layan dia tapi sms kami bukan kosong. Semua kata-kata nasihat. Ternyata niat kami dua tu tak menghalalkan cara. Kenapa? Sebab fitnah syaitan tu tinggi. Dari kata-kata nasihat, boleh-boleh kami sms gurauan senda. Dan hampir aku kapel dengan dia. Aku juga semakin lalai dari ingat Allah. Tapi syukur, Allah beri petunjuk. Aku terus stop sms dia. Aku simpan tekad, kalau Allah izinkan, aku mahu memperisterikannya. Sejak itu, aku dan dia tak bersms lagi. Aku kini fokus untuk membaiki diri. Kau taulah aku ni paling jahil antara korang semua."

Azman memandang sahabatnya. Dia kagum dengan sahabatnya tu. Ternyata sahabatnya tu lebih arif dan lebih banyak pengalaman berbanding dirinya.

"Jahil pun, pengalaman mengajar kau. Jadi Pae, kau rasa apa harus ku buat?" tanyanya.

Sambil senyum, Pae kata "Istikharah. Afdhal. Terbaik. Nabi anjurkan. Allah suka."

Azman mengangguk. Ternyata itulah cara terbaik untuk menghadapi masalah. Dia juga akan berusaha untuk meminatinya, bukan menyukainya. Sebab dia tahu, Allah menguji dia. Boleh jadi si Syafiqah dia suka tu orang yang dibenci. Dan boleh jadi orang yang dia benci, akan dia suka. Dan dia tekad, dia rapat dengan Syafiqah sebab dia nak menjaga dirinya, di samping kerana Allah. Insya Allah.

Tak salah untuk mencintai seseorang. Tapi jadikanlah ianya fitrah bukan fitnah. Dan juga berpada-pada untuk mencintai seseorang. Kerana apa? Boleh jadi sesuatu yang kita suka, akan jadi sesuatu yang kita benci. Begitulah juga sebaliknya.

Bukan setakat itu saja. Apabila menghadapi masalah, istikharah ialah penyelesaiannya. Allah Maha Mendengar. Insya Allah Dia akan selalu bantu kita jika kita sentiasa memohon pertolongan daripada-Nya.

Penulis menaip semua ini berdasarkan pengalaman. Bukan sekadar suka-suka. Fitrah manusia ialah mencintai dan juga ingin dicintai. Lumrah manusia juga ialah sedih dan kecewa kalau mengetahui orang yang dicintai telah berpunya. Tapi ingatlah, setiap makhluk di muka bumi ini, telah Allah ciptakan pasangan. Daun dan pokok, air dan api, langit dan bumi, siang dan malam dan macam-macam lagi. Jadi insya Allah, ada pasangan kita. Kalau bukan di dunia, akhirat menanti kita selagi mana kita berpegang teguh pada agama Allah. Insya Allah. 

AvA - Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri. Maaf zahir dan batin. (^_^)

No comments:

Post a Comment