Assalamualaikum,
Heh. Puasa masih terasa. Oh yeah. Memang, siok benar berpuasa. Tapi sia-sia kalau tidur ja kerja. Haha.
Siapa pernah memandu? Konfom la yang ada lesen memandu pernah memandu, melainkan dia tu fobia memandu. Hehe.
Bah. Pernah korang rasa situasi di mana korang tak mahu memandu? Mesti ramai jawab tiada, ceh pada hakikatnya, time memandu boleh rasa jemu.
Orang akan bertanya kepada kita "Ada kereta kan ko? Ko keluar pi pekan? Ikut aa." Ya. Dan ditambah begini "Ko ada kereta ba. Senang. Kalau mau jalan kaki jauh lagi." Hakikatnya, kalau dari sini ke bandar 5 km, jalan kaki pun 5 km, naik bas pun 5 km. Percayalah!
Aku beritahu korang fakta pemandu. Sememangnya, banyak. Tapi ini berdasarkan apa ku telah kaji.
1. Kalau ada pemandu lain bikin panas, semestinya, si pemandu ini akan memaki. Paling teruk dia hon.
2. Kalau ada pemandu lain curi parking, memang si pemandu ini memanas dan memaki.
3. Setiap pemandu, akan merungut pasal traffic jam.
Siapa kata memandu ini tak penat? Percayalah sebab aku pun memandu. Korang boleh kata tidak. Hakikatnya, cuba memandu kereta tiap-tiap hari dalam keadaan yang sama, semestinya korang naik muak. Miahaha.
Korang boleh kata, "Penat ba mau naik bas, mau jalan kaki. Mau pi kedai, mau jalan kaki. Mau singgah situ, mau jalan kaki." Yalah korang. Penat ka jalan kaki? Sihat badan ba. (Orang malas ja yang begitu. Hehe.) Cuba la korang try satu kali memandu, memang penat. Lebih-lebih lagi kalau musim perayaan. Hoh. Panas ja hati korang tu.
Kenapa aku kata memandu ini penat? Traffic jam, konfom. Mencari parking, oh tidak. Mau isi minyak, duit. Mau maintanance itu ini, nah kau. Haha. Kalau kereta auto senang la, set pergi D, drive. Kalau mau stop, brake, tidak perlu tekan clutch tu semua. Kalau manual? Hah. Penat kaki tekan clutch, mau imbang, mau pecut. Syukur aku pandai imbang-imbang. (Buek)
Itu kes auto-manual. Kes tiada aircond? Huh. Pernah seorang bertanya kepada ku "Kereta abang ni ada aircond?" Aku kata "Ada. Kasi turun cermin." Hakitkatnya, tiap kereta MESTI ada aircond. Kalau yang tak biasa, memang merungut, "PANAS OO!!" Nah. Syukur aku dah terbiasa. Hehe.
Tapi aku tak merungut pun, cumanya aku mau bagitau la kepada orang-orang yang suka bawa kawan jalan yang pandai memandu. Kalau sekali sekala tidak mengapa, ini tiap-tiap hari kau mau bawa. Boleh penat juga oo. Walaupun dibayarkan minyak, kan bagus kalau dibayar untuk bagi tenaga a.k.a belanja makan. Hehehe. Jadi akhir kata, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. Hahaha.
Tapi aku tetap sayang REDDY! |
AvA - Agak2 kalau gadis comel di sebelah, tak rasa penat mungkin? Haha.
Kann. Dulu amsa budak2 aku eksaited betul mau memandu. Skarang sudah kerja, hari2 kena drive, jammed, parking semua tu. Haishhh penat jugaaa tuuu. Malas lagi kadang2. Rasa mau cari driver
ReplyDelete@Cinoi Haha. Bikin stress kan? Aku first2 pn gitu. skarang ni walaupun ada kereta, tpi malas kluar. hahaha.
ReplyDelete