Assalamualaikum,
Hari kedua puasa. Alhamdulillah, walaupun diri ini dilanda sakit selsema, batuk serta demam, tapi puasa tetap tak mahu tinggal. Sebab masih boleh tahan. Insya Allah.
Okay. Baru hari kedua kan? Macam dah berhari-hari rasanya. Okaylah tu. Supaya Ramadhan kali ini lambat.
Selalunya, pada minggu pertama, ataupun paling senang, 10 hari pertama Ramadhan, masyarakat akan bersemangat untuk beribadah, yakni solat jemaah di masjid, sungkai beramai-ramai, terawih, selalu baca Quran, syukurlah sebab inilah namanya berkat Ramadhan.
Tapi ingat, selalunya orang akan ketandusan apabila Ramadhan berada di tengah-tengah dah mahupun menuju ke penghujung. Time yang menuju ke hujungnya kita kena banyak beribadah, manalah tahu kita ditakdirkan untuk tidak berjumpa lagi Ramadhan yang mulia ini.
Puasa, rata-rata kita semua berpuasa. Tapi adakah kita berpuasa sepenuhnya? Puasa, tapi masih mengumpat, puasa tapi masih mencaci, puasa tapi perangai masih macam setan, kan?
Eloklah diperbaiki amalan kita. Puasa untuk mengubah diri, dari jahat ke baik, dari baik ke terbaik, dari terbaik ke mantap, dari mantap ke hebat dan macam-macam lagi. Tapi kalau masih dengan perangai lama? Apa kes? Tiada guna puasa kalau begitu. Sia-sia saja.
Perkara paling penting, jangan kita gunakan alasan puasa untuk tidak melakukan riadah mahupun sesuatu yang perlu. Puasa bukan berletih-letihan. Kenapa? Time Perang Badar dulu, ketika tu bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa tapi tetap berperang. Dan janji Allah kepada mereka, siapa berpuasa pasti ditolong oleh-Nya. Apa pertolongan? Allah kirimkan 3000 malaikat untuk membantu umat Islam. Kalau mereka boleh kenapa bukan kita?
Dan semestinya, ada ramai mengeluh kepanasan. Mestilah, puasa kan? Adakah puasa tidak rasa panas? Ada. Bagi orang mukmin, dorang tidak rasa pun sebab dorang isi kegiatan mereka dengan ibadah kalau ada masa lapang. Hebatkan?
Kes sungkai pula. Time sahur malas nak bangun, bilang, ikut sunnah nabi, minum air cukup, yang penting berkat. Tapi time sungkai? Hoh. Berlambak dia beli. Tapi tak habis. Inilah namanya membazir. Sudah ku kata pada post lalu bulan Ramadhan ialah bulan berjimat cermat. Kan? Tapi kuih muih? Masya Allah. Mengalahkan buffet hotel.
Tu time sungkai. Time terawih? Naaa. Okay la masjid meriah sebab ada solat terawih. Tapi apa kes tak solat Isya'? Kan Isya' tu wajib, tapi diabaikan. Terawih yang diambil kita. Kemungkinan mereka terpedaya dengan hadis maudhu pasal fadhilat solat terawih tu. Betul hadis tu maudhu. Sila rujuk post sebelum ini ya untuk mengetahuinya.
Tapi sebenarnya, tidak semua begitu. Yang begitu hanyalah yang tidak tahu. Apapun, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kita untuk terus beribadah dalam bulan yang mulia ini. Insya Allah.
AvA - Sungkai time. Jom pi masjid. Hari kedua puasa, sakit tetapi gembira. Hehehe.
No comments:
Post a Comment