Comrades

Showing posts with label Alkisah RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label Alkisah RAMADHAN. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

Kekeliruan Ramadhan.

"Jangan marah, nanti batal puasa."

"Jangan nangis, batal puasa."

"Ish, makruh ba gunting rambut time puasa."

Ayat-ayat begini standard ketika zaman kegelapan dulu. Time tiada ilmu penuh di dada.

Mencari rasionalnya memang payah, tapi tiada guna pun.

Paling sandih kalau gunting rambut, makruh.

Entah apa yang makruh.

Kekeliruan puasa sering berlaku, bukan setakat 'hukum' baru muncul, malah ada yang mewajibkan sunnah dan mensunatkan yang wajib.

Contoh? Terawih.

Ketika aku masuk masjid pada hari pertama, selepas solat Isya', memang ustaz Rusli akan bagitau mengenai terawih. Setiap tahun.

Antaranya dia sentuh pasal terawih tanpa Isya'. Di sinilah masyarakat kita tersilap.

Ada satu ketika aku terlewat untuk berjemaah solat Isya', aku tergamam melihat anak-anak muda masih lagi duduk-duduk di belakang saf padahal imam dah berada di rakaat ketiga. Memang di situ tidak tenang.

Ketika bilal memanggil untuk terawih, barulah mereka sibuk membetulkan saf. Memang tergamam, sebab mereka abai yang wajib untuk yang sunat.

Aku terfikir, apakah imam tidak bagitau tentang hal ini? Memang kurang khusyuk terus terfikir perkara tu.

Inilah kekeliruan masyarakat sekarang, jadi kita yang tahu ini wajib menyebarkan. Terawih tanpa Isya' bukan setakat tidak sah, malah berdosa besar.

Yalah, kita abaikan wajib, lagipun nabi tak pernah buat terawih sebelum buat Isya'.

Kekeliruan yang lain, mengenai marah dan menangis. Ini rasanya lucu juga kalau diingat semula zaman dulu-dulu.

Tak batal puasa jika marah atau menangis melainkan time tu kita terus telan sesuatu dari luar badan kita seperti air mata, air minum, makanan, minuman, lalat, apa-apa sajalah.

Makruh saja jika marah sebab sepatutnya orang berpuasa mengawal emosi dan nafsunya. Itulah puasa sepenuhnya.

Gunting rambut makruh, entah mana yang makruh di situ. Memang lawak.

Mungkin sebab rambut pun mahu puasa kot? Hehehe.

Janganlah terkeliru, rujuklah yang pakar terlebih dahulu barulah sejahtera.

Aku terbaca artikel mengenai amalan selawat ketika rehat di antara rakaat solat terawih.

Betul, nabi tak pernah buat, malah ada sesetengah ulama mengatakan bidaah tercela.

Namun, tak boleh terus menghukum. Mungkin saja mereka mengatakan begitu sebab ada orang kata sunnah nabi, sebab itu jadi bidaah.

Selawat antara solat terawih bukan amalan nabi, tetapi dianjurkan. Cuma, iktikad tidak boleh kata, ianya sunnah nabi.

Digalakkan untuk BERZIKIR selepas solat, nabi sendiri buat dalam mana-mana solat wajib mahupun sunat. Tapi kalau mahu berselawat pun tiada salah, tapi jangan iktikad. Kepada yang tidak buat, hormatlah mereka yang buat. At least mereka berselawat, Allah selawat ke atas mereka. Kau merendahkan mereka, apa kau dapat?

Jadi dalam bulan Ramadhan ini, jangan terkeliru. Kalau boleh cari ustaz pakar agar tiada masalah. Tapi kalau berat masalah, jangan hentam kromo saja.

Apapun, mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk beribadah ???% dalam bulan ini. Insya Allah diterima.

Selamat berpuasa. ^_^

Saturday, 6 August 2011

Ramadhan 1432 part III

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berpuasa pada hari keenam dalam bulan Ramadhan. Yeay! Dan untuk kali pertama, aku tidur di rumah setelah satu setengah bulan!! Wahaa.

Baiklah. Ramadhan Part III. Banyak part pula. Hehe. Takpa. Sebenarnya, aku nak share ilmu. Kan bagus ilmu dikongsi. Hehe.

Ada satu perkara penting. Dalam bulan Ramadhan, kata ini sangat popular. "Doa pada bulan Ramadhan sememangnya tidak akan ditolak." Ya. Doa. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita berdoa. Kenapa kita tak melaksanakannya? Atau jarang?

Sebenarnya, doa orang berpuasa tidak akan ditolak walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Tapi Ramadhan semestinya meningkatkan peratusan itu daripada 100% ke 10000%. Kita kena ingat, Allah bukan tak makbulkan doa kita. Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan ketika berdoa. Dengan kata lain adab-adab.

Pertama, kita mestilah berdoa dengan bersungguh-sungguh. Bagaimana dengan bersungguh-sungguh? Maksudnya kita duduk dalam doa. Bukan duduk berdoa. Haaa. Bingung? Maksudnya sini, time kita berdoa, seharusnya kita memahami apa yang kita minta kepada Allah. Sebabnya, Allah ingin melihat hamba-Nya bagaimana cara doa kita. Fahami doa kita, dan mintalah kepada Allah dengan penuh kesungguhan. Kalau sekadar doa saja, tiada kesungguhan, apa guna kan?

Kedua, kalau berdoa, berdoalah dengan penuh khusyuk dan merendah diri, serta rendahkan suara. Jom hayati firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 55:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Rendah diri ialah tidak berlagak sombong. Jadi kita minta kepada-Nya dengan baik-baik, bukan minta dengan sombong dan berlagak. Sama berdoa dengan suara yang perlahan. Kenapa disuruh perlahan-lahan? Kalau kita berdoa dengan suara kuat, orang akan dengar kita. Boleh jadi kita akan jadi riya'. Itu bahaya tu.

Ketiga, makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal. Ini kriteria memang penting, dan kalau diabaikan ini, semestinya doa kita tidak dimakbulkan. Bagaimana Allah mahu memakbulkan doa kita, tapi makan makanan yang sumber haram, dan minum minuman yang sumbernya haram juga? Surah Al-Baqara' ialah jawapannya dalam ayat 186:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Allah kata jangan makan dan minum bersumberkan sesuatu yang haram. Kalau kita tak ikut perintah-Nya macam mana nak doa dimakbulkan kan?

Keempat ialah pastikan diri kita ini SUCI. Pakaian, persekitaran dan diri kita sendiri serta hati kita ini suci. Kalau hati kita tak suci, macam mana Allah mahu perkenankan doa kita kan? Sucikan diri, insya Allah dimakbulkan.

Ketika bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk banyak berdoa. Tapi kalau tidak dimakbulkan dan kita sudah yakin dengan cara doa kita, kehidupan kita tiada sumber haram serta diri kita ini SUCI, mungkin belum tiba masanya Allah memperkenankan. Allah tak pernah sia-siakan amalan kebaikan hamba-Nya. Dalam surah Al-Anbiyaa' ayat 94 ada menerangkannya:

Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.

Apabila tidak dimakbulkan, bersangka baik terhadap Allah. Mungkin belum masa yang sesuai untuk diberi. Ustaz ku ada beritahu pada aku tentang hal ini. Tiga cara Allah makbulkan doa seseorang hamba-Nya ialah
1. Apabila kita minta, terus diberi. Bukan terus muncul di depan mata, adalah proses-prosesnya sebelum dapat.
2. Apabila kita minta, tidak diberi, tapi ada lebih baik menanti.
3. Allah simpan doa itu untuk di akhirat kelak selagi kita beriman.

Yang pertama ofkos faham kan? Apabila kita minta, terus Allah bagi melalui proses-proses yang telah Allah rancang. Kedua macam mana? Sebagai contohlah, ustaz ku cerita juga ni, kita mohon naik pangkat. Tapi tak diberi. Tiba-tiba tawaran pindah kerja datang, dan di tempat baru, terus dapat naik. Haaa. Begitulah sesimple-simplenya untuk faham. Kan? Contohnya lagi, kita minta jodoh baik-baik. Jumpa seorang, memang baiklah ni kononnya, tapi tidak jadi tunang. Ternyata ada lebih baik yang menunggu. Hehe. Kes ketiga? Ini konfom, walaupun Allah tidak beri di dunia, tapi selagi kita beriman kepada-Nya, insya Allah di akhirat nanti.

Jadi, time bulan Ramadhan ini, banyakkan berdoa. Sebabnya, Allah suka orang yang berdoa kepada-Nya. Dan ingatlah, time sedih pun berdoa, time gembira pun berdoa, time dapat musibah pun berdoa, time dapat nikmat pun berdoa. Hehehe. Berdoalah dalam bahasa apa pun, yang kita faham. Sebab Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita lakukan.

Kesimpulannya, jom banyak-banyak berdoa dalam bulan ini, agar pahala bertambah, dan insya Allah kita dapat apa yang kita mahu. Wallahu'alam.

AvA - Doa minta jodoh baik. Hehe.

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan 1432H part II

Assalamualaikum,

Hari kedua puasa. Alhamdulillah, walaupun diri ini dilanda sakit selsema, batuk serta demam, tapi puasa tetap tak mahu tinggal. Sebab masih boleh tahan. Insya Allah.

Okay. Baru hari kedua kan? Macam dah berhari-hari rasanya. Okaylah tu. Supaya Ramadhan kali ini lambat.

Selalunya, pada minggu pertama, ataupun paling senang, 10 hari pertama Ramadhan, masyarakat akan bersemangat untuk beribadah, yakni solat jemaah di masjid, sungkai beramai-ramai, terawih, selalu baca Quran, syukurlah sebab inilah namanya berkat Ramadhan.

Tapi ingat, selalunya orang akan ketandusan apabila Ramadhan berada di tengah-tengah dah mahupun menuju ke penghujung. Time yang menuju ke hujungnya kita kena banyak beribadah, manalah tahu kita ditakdirkan untuk tidak berjumpa lagi Ramadhan yang mulia ini.

Puasa, rata-rata kita semua berpuasa. Tapi adakah kita berpuasa sepenuhnya? Puasa, tapi masih mengumpat, puasa tapi masih mencaci, puasa tapi perangai masih macam setan, kan?

Eloklah diperbaiki amalan kita. Puasa untuk mengubah diri, dari jahat ke baik, dari baik ke terbaik, dari terbaik ke mantap, dari mantap ke hebat dan macam-macam lagi. Tapi kalau masih dengan perangai lama? Apa kes? Tiada guna puasa kalau begitu. Sia-sia saja.

Perkara paling penting, jangan kita gunakan alasan puasa untuk tidak melakukan riadah mahupun sesuatu yang perlu. Puasa bukan berletih-letihan. Kenapa? Time Perang Badar dulu, ketika tu bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa tapi tetap berperang. Dan janji Allah kepada mereka, siapa berpuasa pasti ditolong oleh-Nya. Apa pertolongan? Allah kirimkan 3000 malaikat untuk membantu umat Islam. Kalau mereka boleh kenapa bukan kita?

Dan semestinya, ada ramai mengeluh kepanasan. Mestilah, puasa kan? Adakah puasa tidak rasa panas? Ada. Bagi orang mukmin, dorang tidak rasa pun sebab dorang isi kegiatan mereka dengan ibadah kalau ada masa lapang. Hebatkan?

Kes sungkai pula. Time sahur malas nak bangun, bilang, ikut sunnah nabi, minum air cukup, yang penting berkat. Tapi time sungkai? Hoh. Berlambak dia beli. Tapi tak habis. Inilah namanya membazir. Sudah ku kata pada post lalu bulan Ramadhan ialah bulan berjimat cermat. Kan? Tapi kuih muih? Masya Allah. Mengalahkan buffet hotel.

Tu time sungkai. Time terawih? Naaa. Okay la masjid meriah sebab ada solat terawih. Tapi apa kes tak solat Isya'? Kan Isya' tu wajib, tapi diabaikan. Terawih yang diambil kita. Kemungkinan mereka terpedaya dengan hadis maudhu pasal fadhilat solat terawih tu. Betul hadis tu maudhu. Sila rujuk post sebelum ini ya untuk mengetahuinya.

Tapi sebenarnya, tidak semua begitu. Yang begitu hanyalah yang tidak tahu. Apapun, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kita untuk terus beribadah dalam bulan yang mulia ini. Insya Allah.

AvA - Sungkai time. Jom pi masjid. Hari kedua puasa, sakit tetapi gembira. Hehehe.

Tuesday, 26 July 2011

Ramadhan 1432H.

Assalamualaikum,

Yeah. Alhamdulillah sebab masih dapat bernafas lagi sehingga saat ini.

Okay, kali ni kita cerita pasal bulan Ramadhan. Jom.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Sebelum umat nabi Muhammad S.A.W lagi, puasa diwajibkan. Jadi kita tak boleh pertikaikan kewajiban puasa ini.

Okay. Apakah itu puasa? Siapa tahu? Kalau dalam PAFA (Pendidikan Asas Fardhu Ain). Puasa dari segi bahasa ialah tahan. Kalau istilah pula ialah MENAHAN DIRI DARI PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA DARI SUBUH HINGGA MAGHRIB. Kan?

Itu dari segi istilah. Memang betul. Tapi ada lagi. Puasa juga ialah menahan segala anggota badan daripada melakukan perkara sia-sia ataupun makruh. Contohnya, mengumpat, mengejek, menghina, mencaci, mencarut, hisap cerut, eh? Haram hisap cerut. Batal puasa. Hehe.

Masalah umat Islam sekarang ialah, mereka berpuasa, tapi seolah-olah tak berpuasa. Apakah ia? Berpuasakah seseorang itu, tapi matanya liar memandang gadis seksi. Berpuasakah seseorang itu, tapi tangannya masih memegang bukan mahramnya (exception for laki bini). Berpuasakah seseorang itu, jika mulut menyedut asap-asap kereta, eh rokok. Berpuasakah seseorang itu, tapi mulut tidak habis-habis mengumpat, mencaci segalanya. Berpuasakah seseorang itu, tapi tidak menunaikan solat.

Ini kes memang...masya Allah. Entahlah. Aku tak tahu nak komen apa. Tapi kita sebagai umat Islam haruslah berpuasa dengan sepenuh hati, serta berusaha meningkatkan amal ibadah kita. Bulan Ramadhan ini sebenarnya, bulan cas amal ibadah.

Handphone kalau digunakan sepenuh masa, lama-lama habislah bateri dia. Begitu juga dengan iman kita. Kalau dibiarkan saja, lama-lama jadi kurang. Jadi time bulan Ramadhan inilah, kita seharusnya berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah kita. Mudah-mudahan kita mampu melakukannya. Amin.

Bukan saja berlumba-lumba melakukan amal ibadah, tapi berusaha untuk menghindarkan diri daripada perkara-perkara makruh dan sia-sia. Seperti telah dinyatakan, apa guna puasa, kalau kewajiban tak ditunaikan, larangan diabaikan.

Apakah kebaikan berpuasa ini? Banyak sebenarnya, bukan hanya dapat pahala. Aku bersyukur kepada Allah, sebab ketika ambil PMR, time tu seminggu sebelum Syawal. Hasilnya? Cemerlang. Alhamdulillah.

Jadi apa kaitan puasa dengan ambil exam? Puasa boleh buat kita fokus. Fokus 10000% lebih daripada ketika tak puasa. Sebabnya? Kita tak fikir pasal makan, tak fikir duit nak beli makanan. Dengan izin Allah, Dia pasti tolong. Jadi salah satu kelebihan puasa ialah bantu untuk fokus lebih.

Kedua apa pula? Dapat merehatkan sistem tubuh badan kita. Tubuh badan kita ni dah penat mau cerna-cerna makanan, dengan gall bladdernya, pancreatic juicenya, asid dalam perut mau kasi hancur, usus2 bekerja, macam-macam lagilah. Jadi, bulan Ramadhan, insya Allah, boleh kita rehatkan perut kita yang penat bekerja ni. Lepas tu tak adalah masalah sakit perut lagi. Kalau kes gastrik, itu doktor punya kes lah. Hehehe.

Ketiga apa pula? Selain fokus dan rehat sistem pencernaan, kita juga boleh menguruskan badan. Hehe. Ramai antara manusia L dan XL serta ke atas ingin menggunakan bulan Ramadhan sebagai bulan diet. Tapi ingat. Puasa bukan semata-mata untuk diet. Puasa juga untuk tahan nafsu, dan puasalah kerana Allah. Sebab kalau kita niat hanya untuk keduniaan, maka dunialah kita dapat. Tapi kalau kerana Allah, insya Allah, Dia pasti menolong kita.

Seterusnya? Kita mampu untuk berjimat cermat. Naaa. Ini terpenting, khasnya untuk para pelatih guru/pelajar IPT yang ada duit berlambak-lambak tapi suka boros. Heee. Time puasa kita tak terfikir nak makan kan. Jadi savelah duit tu sikit-sikit. Lama-lama jadi bukit. Boleh cari bini sudah. Aiks? Hehe. Bulan berjimat cermat, orang selalu uar-uarkan. Tapi hampeh juga kalau ada orang kata "Aku nak berjimat bulan Ramadhan ni!" Sekali lihat, time sungkai* macam pergi makan di hotel. Sia-sia saja.

Next apa? Bulan ini ialah bulan ibadah. Para orang mukmin memang akan sentiasa berlumba-lumba untuk mendapat pahala. Ibadah sunat diperbanyakkan, zikir, Quran, solat, bersedekah dan macam-macam lagi. Tapi harap-harap kita mampu laksanakannya. Sebab memang susah untuk konsisten. Petua ustazku ialah, kita buat sikit-sikit tapi berterusan. Sebab Allah suka orang yang beribadah kecil-kecil tapi continuous. Yalah. Kalau kita degil nak buat banyak-banyak sekaligus, penatlah kita. Caranya macam mana?

Solat fadhu wajib dilaksanakan. Jika sebelum ni, kita malas-malas solat, cuba solat dengan hati serta keinginan yang kuat. Jadikan sebagai tabiat. Lepas tu, pelan-pelan upgrade, solat di masjid. Kalau sudah dapat upgrade, upgrade lagi, amalkan solat sunat rawatib (qabliyah dan ba'adiyah). Lepas dapat juga tu, upgrade lagi qiamullail. Memang nampak susah, tapi tak susah sebenarnya. Insya Allah kita semua boleh buat. Amin.

Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Ramadhan. Manakala solat yang afdhal (lebih baik) selepas solat fardhu ialah solat sunat pada waktu malam (terutama pada malam bulan Ramadhan)" Hadis riwayat: Muslim


Lepas sudah kukuhkan solat, trylah baca-baca Quran. Time Ramadhan ni, ustaz ku ada pesan pada kami, dia kata cuba khatam Quran untuk Ramadhan ini. Aku terus tunduk. Sebab aku belum pernah khatam Quran sejak aku belajar kitab ni. Mudah-mudahan Allah berikan kita kekuatan untuk melaksanakannya.

Itulah Ramadhan. Bulan ibadah. Bulan cas bateri iman. Dan paling hebat bulan ini terdapat Lailatul Qadar. Kalau tiada malam ni, memang surah Al-Qadr tidak ada dalam Quran. Kan? Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sebab time ni, Jibril dan rakan-rakannya akan turun ke dunia. Bilakah malam tu? Carilah di sepuluh malam Ramadhan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). (Al-Qadr ayat 4)

Tapi masyarakat kita pelik. Time sepuluh malam terakhir, bukan dicari malam yang mulia tu. Tapi dicarinya baju baru, seluar baru, segala-galalah persiapan untuk Idul Fitri ni. Patut ubah trend tu, tidak kemana-mana juga semua tu. Utamakan ibadah dulu. Insya Allah ada rezeki, adalah. Kalau tidak, alhamdulillah.

Kesimpulannya, inilah mampu ku ulas time Ramadhan. Banyak sebenarnya kelebihan bulan Ramadhan ni. Yang aku cerita ni berkaitan dengan azam orang-orang yang ingin jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan diet, bulan rehat. Tapi sebenarnya, semua tu boleh dicapai, kalau niat kerana Allah, disamping meningkatkan amal ibadah. Insya Allah.

Aku harap diriku serta para pembaca, mampu untuk menjalani bulan Ramadhan dengan kesungguhan dan keikhlasan. Amin.

AvA - Selamat menunaikan ibadah puasa. Jom ramai-ramai kita cas bateri. Insya Allah. Yeah!