Comrades

Tuesday 19 April 2011

Wanita.

Tatkala sakit itu datang,
tatkala erangan itu keluar,
Dia berusaha, sedaya upaya...
Doktor, jururawat hanya mampu memberi semangat...
Setelah bertarung dengan kesakitan, yang mampu mendatangkan maut, selama beberapa jam...
Akhirnya keluar juga kandungannya...
Itulah dia, anak yang ditunggu-tunggu, oleh suaminya, dan dirinya.
Dia senyum lega, gembira, atau lebih tepat, tiada yang boleh memperkatakan perasaannya.
Dia berjaya melawan kesakitan, dia sungguh kuat.
Lelaki secara fizikal memang kuat, mampukah mereka menghadapi saat-saat yang mencemaskan seperti seorang wanita yang ingin melahirkan anak?
Wanita, anda memang sungguh special.

Air mata tumpah. Peneman hidup sepanjang hayat telah pergi selama-lamanya.
Dia menangis, namun dia redha. Allah sayangkan kekasih dia.
Tinggalah dia dengan permata yang ditinggalkan, anaknya.
Tipu kalau kata dia tak sedih, tapi dia kena tabah, demi anaknya.
Dialah ibu, dialah bapa.
Bekerja tak kenal erti penat, mahupun lelah.
Anak harus diberi makan, biarlah diri kebuluran.
Ujian besar pun dihadapinya.
Disara hidupnya, terutamanya anaknya, dengan segala yang ada,
Termasuk pendidikan, agama tidak dilupakan.
Kuat sungguh hatinya.
Lelaki secara mental memang kuat, tapi ketabahan seorang wanita lebih hebat daripada 70 orang tentera.
Wanita, anda sungguh special.

Dia melihat penjaganya, ibunya sendiri, penat bekerja.
Dia turut terharu, melihat kesungguhan ibunya.
Ingin dia tolong, tapi apakan daya, ibunya melarang keras.
Utamakan pelajaran, itulah yang akan ubah segalanya.
Dia akur, selagi perintah tidak bercanggah dengan agama, selagi itu dia patuh.
Apa yang dia buat, ialah belajar bersungguh-sungguh.
Dia ada IQ yang tinggi, diwarisi oleh nenek sebelah arwah bapanya.
Dia ada paras rupa yang menarik perhatian, diwarisi oleh ibunya.
Tapi agama mengatasi segalanya. Dia cukup menjaga dirinya.
Didikan sempurna, mantap membentuk dirinya, walaupun tanpa seorang bapa.
Itu semua anugerah Allah, dia cukup bersyukur.
Dia sayangkan ibunya, dia rasa, sebab dia juga, seorang wanita.
Wanita, anda sungguh special.

Hujan tidak semestinya renyai, cerah tidak semestinya tenang.
Sentiasa datang ribut tak terduga, sentiasa datang mendung yang gelap.
Di saat menghadapi SPM, ibunya pergi menghadap Ilahi.
Terpana, terkejut, sedih, tangisan gugur jua.
Tapi, dia mewarisi apa yang ibunya ada, yang diberi oleh Allah,
Ketabahan yang sangat kuat.
Dia hadapi dengan senyuman, senyuman untuk menjadi kuat.
Wanita, anda sungguh special.

Selepas mendapat keputusan yang hebat, tawaran belajar datang
Kedoktoran, kejuruteraan, multimedia, pengurusan ekonomi, kesihatan, perubatan, macam-macam lagi termasuklah perguruan.
Ketika dilema datang, manakah satu yang harus dia pilih, kawan-kawannya yang setia membantu.
Menyarankan agar memilih profesion yang hebat-hebat belaka. Semuanya ada biasiswa.
Guru tempat rujukan, saudara mara menjadi sokongan dia.
Tekadnya kini, hanya menjadi guru. Sebab di situ, ada sesuatu.

Menghadapi kursus, berjumpa rakan baru, sesuatu menarik.
Cuma kesedihan melanda, apabila ketika pendaftaran, dia berseorangan. Dia tidak nangis.
Ketika cuti, dia berseorangan. Saudara mara datang lawat. Rumahnya, di asrama. Itulah rumahnya.
Seringkali melihat gambar arwah ibunya, dan juga arwah bapanya, yang dia tidak kenal, yang dia tidak pernah sempat bermanja. Air mata tetap gugur.
Tipu kalau tak kata rindu, semua orang perlukan kasih sayang.
Allah, tempat mengadu. Al-Quran pengubat hati. Solat itu pelerai masalah.
Wanita, anda sungguh special.
Di akhir kursus, dia telah menjalani apa yang patut.
Ketika berjalan-jalan di supermarket, dia didatangi oleh seorang teman lama.
Bercerita, dan bertukar cerita. Temannya, terkejut, mengapa dipilih profesion perguruan.
Dipersoalkan, sebab masih banyak profesion yang menjamin kerjaya.
Dia senyum, ternyata temannya berfikiran sempit.
Perguruan dipilih, bukan sebab mahu kerjaya.
Dari situ, dia akan curahkan segala ilmu, segala pengetahuan, yang ibunya beri,
Kepada anak-anak muridnya.
Dari situ, dia akan menyayangi semua anak muridnya, terutamanya yang anak yatim piatu.
Kerana dia tahu, apa rasanya semua itu. Dari situ, dia mempunyai anak angkat.
Dia jaga anaknya, sepertimana dia dijaga oleh ibunya.
Wanita, anda sungguh special.

Ramai jejaka ingin memiliki hatinya, tapi semuanya ditolak.
Dia tahu hukum agama, kalau haram, haramlah ia.
Dia ingin seorang lelaki, yang boleh bimbingnya, dalam agama, agar tidak jatuh.
Tapi ternyata, tiada seorang jejaka pun yang mempunyai sifat malu.
Berterus terang menyatakan cinta, bukan begitu caranya.
Jalan terbaik ialah bernikah.

Saat yang tiba, seorang lelaki datang melamar.
Dengan penuh hemah, dengan mempunyai orang tengah, dia dilamar.
Dia diam, tunduk, malu.
Tipu kalau kata diri tidak ingin bersuami, berkasih, berkahwin.
Itu adalah fitrah setiap manusia.
Tunduknya dia kerana dia takut, apabila bakal suaminya tahu dia anak yatim,
maka dia akan ditinggalkan. Tapi dia serahkan jodoh pada Allah. Jodoh tertulis di Lauhul Mahfuz, bukan di tangannya.
Dia redha, dan dia terima apa yang ada.
Anda memang special.

Menggunakan wali hakim, dia bernikah. Lelaki tersebut gembira. Syukur alhamdulillah.
Sekadar ala kadar, sudah cukup. Tidak perlu persandingan.
Ketika malam pertama, mereka bercerita. Masih lagi malu-malu.
Maklum, dua-dua sangat menjaga diri. Hinggakan ketika bernikah pun, tidak melihat muka sesama sendiri.

Kebenaran dia tahu, kini dia telah tahu siapa lelaki itu.
Lelaki itu sama seperti dia, seorang anak yatim piatu.
Betapa terkejutnya dia, menangislah dia.
Suaminya memeluk kasih, menenangkan hatinya.
Si isteri terharu, sememangnya ada yang senasib dengannya. Tidak terjangkau pemikirannya, jodohnya sama sepertinya.
Dia redha, dia tahu itulah terbaik. Sememangnya, suaminya seorang yang baik.
Dijaga penuh kasih oleh nenek datuknya, menjadi orang beriman.
Si isteri kini tidak berseorang lagi. Suaminya, itulah peneman hidupnya.
Syukurnya kepada Allah, kerana mengurniakan nikmat yang baik.
Sememangnya Allah tahu apa yang baik utntuk hamba-Nya.
Ketika wanita lain tengah berpeleseran, si dia kini menjadi isteri kepada seorang lelaki yang baik.
Ternyata, kehidupan yang dia hadapi, tidak dijadikan satu alasan untuk jatuh. Tapi jadikannya sebagai kekuatan.
Wanita, anda sememangnya sungguh special.

Hargailah wanita, terutamanya ibu anda, yang telah banyak berkorban untuk anda. Wanita memang special berbanding lelaki, banyak kelebihan seorang wanita berbanding lelaki.
Memang benar, tanpa lelaki, kita tidak lahir. Tapi tanpa wanita, kita tetap tidak lahir. Buktinya? Kalau Allah tidak ciptakan Hawa, memang Adam akan berseorangan di syurga. Sebab itu wanita sangat special.

Apa yang penaip ingin tekankan sini, sayangi wanita. Wanita memang special. Tapi jarang lelaki menghargai seorang wanita, tidak dikisah perasaan seorang wanita. Wanita sentiasa perlukan kasih sayang. Lelaki buat dek ja tidak kisah.
Kepada para suami, sayangi isteri anda. Jaga mereka, agar mereka tidak lari cari jantan lain. Kepada para isteri, jadilah isteri baik, jaga suami anda. Agar mereka tidak mempergunakan anda sebagai alasan untuk mencari isteri kedua.

Pesanan untuk para wanita, tolonglah, jaga diri anda. Jadilah mukminah, muslimah baik. Labuhkan segala untuk menutup segala, kecuali yang dibenarkan. Anda sungguh special, anda sungguh istimewa, kalau tidak, sudah tentu lelaki tak tertarik dengan anda.


1 comment: