Rin turun ke dapur, makan malam sudah pun disediakan oleh Mak Yam. Ibu bapanya baru pulang dari kerja, agak lewat, namun normal bagi Rin. Dia telah terbiasa dengan keadaan seperti begitu sejak kecil lagi.
"Ibu, ayah." Rin berbahasa. Dia menuju ke Puan Azlina, menyalami tangan dan memeluk ibunya.
"Rin. Bila sampai?" Rin menuju ke arah ayahnya, Tuan Abdul Hashim, disalaminya tangan ayahnya lalu mencium kedua belah pipi orang tua tersebut.
"Petang tadi." balas Rin pendek sebelum duduk bersebelahan ibunya. Hidangan makan malam telah tersedia. Rin pula kecur liur, terutamanya terlihat ikan goreng dengan sambal lada. Rin terus mengambil ikan goreng, dan sambal lada ditarik dekat dengan piringnya.
Puan Azlina menggeleng kepalanya sahaja melihat telatah Rin. Dia maklum, sejak kecil lagi Rin memang suka ikan, terutamanya ikan goreng dan ikan bakar. Ketika saudara-mara mereka datang melawat, mereka membuat BBQ ikan bakar. Rin seorang diri menghabiskan 5 ekor, nasiblah ikan yang dibawa agak banyak untuk mereka semua.
"How's your study honey?" Puan Azlina bertanya kepada Rin.
"Same like before, nothing's changing."
"When will you finish?" Tuan Abdul Hashim pula bersuara. Rin melihat ayahnya.
"2 years more, next year will be a busy year, going to school, teach."
"Do well honey, don't be a bad teacher, don't influence your students with your gaming activity."
"Ibu, Rin tau la."
"Sekadar mengingatkan saja. Ayah tengok Rin makin kurus, sakit ke?" Tuan Abdul Hashim mengusik anaknya.
"Ayah, Rin jaga badanlah."
"Jaga badan? Banyak nasi, ikan dah ambil dua, syukurlah."
"Heee. Bukan selalu makan macam ni dekat asrama."
* * *
Rin duduk di ruang tamu, TV dipasang, astro difungsikan. Rin menekan remote Astro, mencari channel yang best untuk dilihat. Dia beralih ke channel movie.
"Hmm..silent hill, bosan. Love is blind, bosan. Takde ke movie best?"
Dia beralih ke channel cartoon.
"Upin Ipin, hmm. Fairly Oddparents, bosan. Tengok Disney pula, mengarut. Cartoon Network, Oggy and Cockroaches. Tsk. Bosan."
Dia tukar ke channel sukan.
"Hari ni hari berapa ek? Oh, hari Jumaat. Alah. Takde main bola minggu ni, semua World Cup Qualifier. Ish bosanlah rancangan TV sekarang."
Dia beralih ke Astro Ria.
"Drama, mengarut."
Dia menutup TV, dan menuju ke biliknya. Dia menutup pintu, lalu baring di katilnya. Dicapainya XBOX 360, lalu di on TV khas untuk dia bermain game.
"Let's see, AC3, dah habis. DmC dah habis." Rin teringat sesuatu. Lantas dia melihat laptopnya yang telah ber'on' sejak petang tadi. Dia tengah mendownload sitkom kegemarannya, The Nanny.
Rin mengeluh halus, dia kebosanan. Kalau di kolej, Adi yang menjadi mangsa kebosanan dia. Tiba-tiba dia teringatkan Adi.
'Nak main Dota, nanti tak siap download ni. Nak main 360, dah siap semua.'
Rin menuju ke meja, melihat sekiranya ada novel yang boleh menghabiskan kebosanan dia. Dia terpandang novel Hlovate - Anthem.
Dia kaku sebentar, teringat kata-kata Jiji.
'Rin, kau minat novel?'
'Always, why?'
'Tau tak Hlovate?'
'Err..bolehlah.'
'Aku ada buku ni. Kalau sudi bacalah.'
'Aaaa?'
'Alaa. Baca je la. Best novel ni, harap kau faham apa yang nak disampaikan.'
'Yelah. Nanti aku baca.'
Rin mengambil buku tersebut, berfikir sejenak.
"Ish, nantilah aku baca. Baik aku layan The Nanny."
Tok tok. Pintu bilik Rin diketuk.
"Tak kunci." Rin menyahut dari dalam. Ibunya, Puan Azlina masuk. Dia duduk di birai katil berdekatan dengan Rin.
"Fazreena."
"Yup ibu?"
"Besok malam, ibu ada dinner dengan orang-orang besar."
Orang-orang besar? Rin berfikir sejenak.
"Orang besar? Obes?" Rin cuba bergurau.
"Ish Rin ni, nakal. TPM, EXCO kerajaan negeri, semua orang penting dalam negara tu yang datang." Puan Azlina mencubit manja pipi comel Rin.
"Oooo. Ookay. Err..so ibu..." Rin tersengih, dia mengusap-usap pipinya.
"Ibu nak Rin turut serta majlis tu. Boleh kenal dengan orang lain, kawan-kawan."
Rin tidak segera memberi jawapan, dia tahu ibunya selalu ada saja dinner dengan orang yang berjawatan, tak kiralah TPM, PM, MB, EXCO kerajaan negeri. Dia maklum pekerjaan ibunya sebagai ahli organisasi yang memang selalu berhubung dengan orang-orang macam tu. Dulu Rin rajin ikut ibunya, tapi sekarang dia kurang minat.
"Err..tengoklah bu. Rin baru je balik dari kolej, penat. Rindu dekat rumah." Rin memandang ibunya dengan harapan dirinya difahami. Ibunya tersenyum kecil.
"Yalah. Kalau nak pergi beritahu ibu, nanti ibu sediakan pakaian untuk Rin." Puan Azlina bangun, Rin sekadar mengangguk.
"Rin nak buat apa ni?"
"Entah. Rin pun tak tahu nak buat apa. Main gamelah kot. Hihi."
"Jangan asyik game jer. Kehidupan luar pun penting." Puan Azlina meninggalkan bilik Rin.
"Ya, Rin tau." Rin bangun dan menutup pintu biliknya. Dia menghembuskan nafas halus, berfikir tentang kata-kata ibunya sebentar tadi.
Rin sebenarnya dah bosan dengan majlis bersama orang besar. Pada awal sahaja Rin rasa gembira, iaitu selepas SPM. Dia asyik ikut ibunya travel ke negeri lain, jumpa orang-orang ternama. Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali. Rin terbiasa dengan gaya hidup orang mewah. Tapi dia memang gila game, maklumlah abangnya sendiri gamer seperti dia. Tidak ramai yang tahu latar belakang Rin yang merupakan anak orang ternama, tetapi mempunyai hobi yang tidak dijangka.
Dia tidak berani beritahu sesiapa tentang hobinya, lebih-lebih lagi kekasihnya. Kecuali recent boyfriend, dia beritahu hobinya. Pada awalnya, ex-bf dia tu dapat terima, namun setelah ketagihan Rin terhadap game melebihi layanan dia terhadap kekasihnya, di situ perang meletus. Rin pegang teguh terhadap apa yang dia suka, tetapi akhirnya ketika dia tersedar dia patut berubah sedikit, dia ditinggalkan.
Namun dia bersyukur, kawan-kawannya dapat terima dirinya, hobinya, kelemahannya. Walaupun dia tidaklah sealim mereka, tapi dia masih ingat tuntutan agama - solat, puasa. Ada suara sumbang mengatakan dia ni memalukan kawan-kawannya kerana dia seorang sahaja free hair, manakala Jiji, Ain, Adi, Syafiqah semuanya bertudung. Namun Jiji mempertahankan kawannya bukan sebab dia free hair, sebab Jiji tidak seperti orang tipikal yang mengatakan 'Geng tudung labuh layak dengan geng tudung labuh sahaja'.
Rin mengeluh, mencubit pipinya untuk masuk semula ke alam realiti. Dia mengambil novel Anthem, dan baring di atas katil. Dia sempat melihat laptopnya.
"48%. Ish. Cepatlah siap download wahai The Nanny. Lepas ni ada banyak game nak didownload. Kalau bukan berjanji dengan si Khairuddin tu, memang aku main Dota 2 jer. Ish." Rin gumam bersendirian. Dia membaca novel tersebut. Namun tidak sampai dua muka surat, dia tertidur. Kepenatan sejak balik dari kolej masih terasa.
(bersambung...)