Assalamualaikum,
Kurang 120 jam agaknya daripada cuti. Heh! Hari ditunggu oleh bebudak sekolah, guru sekolah, serta bakal guru sekolah. Percayalah. Memang ramai yang tunggu cuti ni.
Agak lama juga cuti. 3 minggu. Haa. Aku mesti rancang untuk membuat sesuatu time cuti ni. Supaya tidak terbuang masa begitu saja.
Memang cuti sentiasa ditunggu-tunggu. Ada family rancang nak balik kampung, melancong ke sana sini. Pasti ada punya. Itupun bagi yang mampu, kalau tak mampu, sabarlah. Lebih baik tambah ilmu kan?
Tapi agak merisaukan juga time cuti ni. Yalah. Anak-anak tak ke sekolah. Ofkosla dorang 'agak bebas' nak buat sesuatu yang dorang tak dapat buat time sekolah. Apakah ia? Nak aku senaraikan?
Dating.
Lepak.
CyberCafe.
Mengurat.
Berbagai-bagai lagi.
Merisaukan bukan? Walaupun suka-suka, takut nanti terjangkit sampai ke tua. Tak kah haru namanya?
Jadi siapakah yang patut mengambil peranan di sini? Semestinya ibu bapa. Time cuti, guru-guru punya peranan kurang sikit. Melainkan guru kelas tambahan time cuti atau tuisyen lah. Itu pun kalau ramai hadir. Lalalala.
Ibu bapa harus tetapkan peraturan yang membolehkan mereka mengawasi anak-anak mereka semasa cuti, sebab kebanyakan remaja menjadi liar time cuti. Apa tidaknya? Aku pernah nampak bro. Rakan-rakan di sekolah dulu. Amatlah tidak normal. Ups sorry.
Apakah yg ku maksudkan? Well, bayangkan kawan korang, sepanjang di sekolah hitam ja rambut. Sekali time cuti terjumpa, fulamak, artis palsu yang tersesat. Haaaaa. Maksudnya, tendency dorang mewarnakan rambut tu memang tinggi. Dari hitam ke coklat, perang, emas, perak segala jenis warna. Termasuk warna warni.
Lagi? Style la. I used to be schoolboy juga kan. Ini paling ketara. Kebanyakan mereka juga, mo dekat cuti, malas mau pendekkan rambut. Sebab apa? Mau kasi panjang. Bagi aku la, pendek ka, panjang ka, kalau perangai tidak bagus, tidak juga hensem. Lalala. Kadang2 di sekolah, macam budak baik ja rambut, keluar sekolah, tutup sebelah mata, tinggi bertambah, macam-macam lagi la.
Pemakaian. Betul, don't judge a book by its cover, tapi perlukah pakai pakaian yang ketat2? Perempuan ka laki ka sama ja. Perlukah? Bagi aku, tidak. Apa la best pakai ketat2 aa? Bagi komen dulu.
Apalagi? Ni uncommonly rare. Maksudnya dah jadi trend. Telinga beranting-anting besar serta berkilau untuk pompuan. Itu tak pa lah. Tapi kalau lelaki pula? Yang besar sehingga ibu jari kaki boleh masuk? Apa kes?
Apa lagi? Entahlah. Segala permasalahan timbul. Time cuti release tension dengan game ka, tengok tv ka, jalan2 ngan family ka, kawan2 ka (bukan kekasih) atau segalalah. Atau lebih baik tambah ilmu agama ka, belajar Quran ka. Ini time cuti tambah tensen kasi warna rambut, pasang anting2, panjangkan rambut, ketatkan pakaian. Korang tension tu lama2. Hehe.
Aku sekadar memperingatkan, kot2 ada remaja baca blog ini. Aku tahulah, blog ialah dunia orang dewasa. Remaja sekarang tahu dua sja. Kalau perempuan, FB dan Tumblr. Kalau laki2? DotA dan FB. Korang kata tipu? Tanyalah budak2 sekolah game apa masih top. DotA jawapannya.
Jadi kepada adik2 remaja, time cuti ni buatlah perkara berfaedah. Bersenam ka, belajar ilmu agama ka, belajar ka. SPM dan PMR, naah. Itu penting tu terutamanya SPM.
Jadi, kepada bercuti itu, selamat bercuti. Adik2 remaja, jangan buang masa dengan buat perkara tak berfaedah. Aku juga akan tidak buang masa dengan menghadap laptop saja. Hahaha. Baguslah hadap laptop. Sebab aku jenis tak keluar rumah punya. Hehehe.
Time cuti ni, ada la sunyi sikit. Kengkawan IPG balik rumah masing2. Ada orang juga akan dirindui. Aish, len macam. Tapi cuti ini, memang gelisah, resah, dan entah. Hahaha.
Kesimpulannya, time cuti, jangan ingat dating, lepak. Ingat Allah banyak2.
AvA - Kan bagus kalau cuti dekat2 dengan tut.