Comrades

Saturday, 3 November 2012

Kahwin itu indah.

Last paper.

Gua rasa mood belajar terus tiada, gara-gara killer paper.

Terbayang-bayang wajah lecturer yang ajar gua.

Arrghh!!!

Gua malas mahu fikir tu benda. Sekarang fokus Phonetics and Phonology.

Walaupun gua dah baca habis pasal subjek ini, tapi gua harus berjaga-jaga.

Walaupun markah assignment agak tinggi, gua malas mahu transcribe benda.

Heh.

Kahwin.

Gua sudah set ingin berkahwin sejurus selepas gua graduate nanti.

Malas mahu tunggu-tunggu, lagi cepat lagi bagus.

Why?

Simple, rezeki bertambah, zina dijauhi, anak lagilah.

Sebenarnya, gua mahu bina saham akhirat.

Teringin benar mahu solat berjemaah dengan isteri, sekali-sekala. Hehe.

Teringin benar mahu mengaji dengan isteri, walaupun gua tak berapa lancar.

Teringin benar mahu beri tazkirah dan diberi tazkirah.

Apapun, semua itu perancangan, kepada Allah jua diserahkan.

Dan gua mahu laksana sunnah nabi ketika majlis nikah nanti.

Biarlah simple dan yang ada, asal tidak terbazir benda dan makanan.

Sabarlah nak, praktikum pun belum pass!!!

Walaupun ada pendapat kata boleh kahwin ketika belajar, tapi gua pilih kahwin apabila dah kerja.

Bukan apa, semestinya rezeki itu daripada Allah. Tapi jika harap pada elaun semata-mata, heh. Akhir sem nanti makan timun ja kerja.

Lagi satu, nanti pelajaran terganggu pula. Lagi pun biarlah fokus satu, barulah pindah ke satu lagi.

Nabi pun tidak tergesa-gesa untuk selesaikan satu perkara, apatah lagi gua yang sekadar orang biasa.

Hehe. Jadi gua ambil pendapat untuk kahwin apabila dah graduate. Insya Allah.

Dengan siapa? Wallahualam. Gua tak mahu uar-uarkan. Gua tak mahu berharap sangat, kalau tercipta untuk gua, terima dengan syukur. Kalau orang lain, tak apa. Pasti yang terbaik muncul.

Jadi, wahai awak, insya Allah gua dah niat mahu nikah. Gua tak kenal siapa awak, dari mana, tapi yang pasti, gua harap kita sama-sama berubah jadi baik.

Orait, lama tak cerita kahwin, muncul cerita kahwin.

Besok, paper terakhir, gua mahu bakar sampai tiada kesan.

Gua mahu cuti dalam keadaan gua tidak mahu fikir pasal exam, gua berserah kepada Allah.

Apa guna fikir pasal result, bukan ubah satu pun. Paling penting, berdoalah kepadaNya.

Allah pasti terima, bersangka baiklah dengan Allah.

Gua bersyukur sebab Allah tolong gua jawab soalan yang sangat susah tadi, semua berisi. Salah atau betul, terpulanglah kepada siapa pemeriksanya.

Kalau ada keajaiban, insya Allah.

Make Allah the king in our heart, we'll get what we want.

Heh. Sweet gila!
Heliza? Bila kahwin? Tunggu gua masuk minang? Heh. Gurauan semata-mata. ^_^

No comments:

Post a Comment