Comrades

Saturday, 17 November 2012

At least they've done something.

Ketika gua sedang melayari FB, gua terlihat satu artikel, sebab ia panjang.

Lepas tu ada orang bagi note beginilah nilai sebenar untuk doakan Palestin.

Okaylah. Beginilah, alangkah baiknya jika kita bersangka baik terhadap mereka.

Ada orang share-share status, share pasal Palestin, share pasal semua berkaitan dengan Gaza.

Gua tak nafikan, ada antara begitu.

Tapi janganlah sesekali kita merendah-rendahkan usaha untuk let the world knows about Gaza.

Bagi kita, keganasan di Gaza itu tidak patut, dan wajiblah kita mendoakan saudara-saudara seagama kita.

Bagi mereka bukan Islam, keganasan di Gaza itu juga tidak patut, kerana perikemanusiaan.

Gua kadang-kadang sedih ada sesetengah orang mempertikaikan tindakan-tindakan mereka yang share status pasal Gaza, dengan mengatakan ini lagi baik daripada itu. Ia bukan begitu.

Tapi ia begini, setiap kebaikan akan dinilai oleh Allah, dan hanya rahmayNya yang membolehkan kebaikan yang kita buat diterima.

Sedangkan nabi pun kata baginda tak masuk syurga melainkan dengan rahmatNya. Jadi biarkan orang yang buat kebaikan walaupun sikit, dosanya hanya Allah tahu.

Lebih baik home page FB korang dipenuhi status pasal Gaza daripada penuh dengan status AIM yang sedang berlangsung, ataupun permainan bola sepak.

Kalau mahu tegur gua silakan, tapi berpada-pada. Gua tak kata tak terima teguran, tapi tegur dengan baik-baik.

Adakalanya gua update pasal bukan-bukan, ya, tapi gua minta maaf.

Ingat, walaupun sekadar satu status yang simple mengenai Gaza, siapa tahu betapa besarnya nilai status itu di sisi Yang Maha Esa.

Sebab itu gua kata, tak kira apa lu buat, upload pic lu ka, upload benda bukan-bukan ka, yang penting jangan lupa tanggungjawab kita sebagai muslim dan saudara kepada seagama kita di luar negara.

Biarlah usaha itu sedikit, yang penting berterusan, jangan membanding-bandingkan sesuatu yang lebih baik dengan menyindir, tapi bawalah orang untuk buat yang lebih baik.

Sekadar pandangan gua yang kurang berilmu. Wallahualam.

P/S - In Sha Allah..Gua rasa kena tanya ustaz gua untuk lebih faham.

No comments:

Post a Comment