Comrades

Saturday, 3 November 2012

Angin dan air bersatu, paper killer.

Gua saja mahu update entri.

Sejak akhir-akhir ini, entri gua semua dalam BM.

Apa tidaknya, 3 hari berturut-turut terpaksa latih tangan menulis bahasa kedua.

Heh.

Kemarin petang, secara tiba-tiba sahaja ribut datang menyerang bumi Keningau.

Apa tidaknya, gua syok-syok tengok drama "The Nanny", ketawa melihat The Butler and The Nanny, gua terdengar bunyi seolah-olah benda jatuh/kuat terhempas/entah apa lagi.

Gua terkejutlah. Gua lihat di luar, fuuh. Angin dia power, disokong oleh si air hujan.

Tiba-tiba, blackout. Syukur laptop gua ini dah ready baterinya.

"Ini angin kuat ini."

Gua terus keluar lihat situasi, masya Allah.

Menakutkan, gua sebenarnya fobia dengan ribut-ribut ni.

Apa tidaknya, ketika di kampung dulu, time tu blackout, lebih-lebih lagi dekat dengan pantai, sudah tentu guruh dan kilat mengaum di langit.

Gua pegang cermin, flash + bunyi guruh serentak tiba-tiba, dan bunyi paling menakutkan pernah gua dengar.

Bergegar jantung, gua terus duduk, diam, menggeletar maut.

Itu dulu, sejak itu gua fobia dengan bunyi-bunyi guruh dan flash.

Lagipun, gua teringat zaman ketika gua masih kecil, ya. Greg melanda Keningau.

Entah kenapa namanya ribut Greg, siapa juga orang tu.

Gua terperangkap di rumah jiran, kilat sabung-menyabung, guruh berdentum, angin bertiup kencang.

Itu dulu. Sekali dah habis, gua lihat, jalan raya penuh sampah-sarap.

Sekarang ni, kawan gua kata kesan daripada taufan Sandy, di mana ramai tidak percaya, termasuk gua pada pertama kali.

Tapi gua fikir-fikir, mana mustahil, siapa tahu Allah sengaja buat begitu.

Apa tidaknya, angin bertiup umpama pusaran, tapi tidak tereffect sangat tempat gua.

Cuma, kasihanlah mereka yang pintu biliknya menghala ke padang.

Basah!

Si Nordin pun bagitau, ada kucing terbang. Satu kucing tu terjatuh, satu lagi terselamat.

Kasihan. Gua ke bawah join the geng, gua sempat lihat di padang, cantik pemandangan, gua basah juga, tapi tidak kuyup.

Cuma, walaupun demikian, sebaik habis sahaja benda tu, guruh baru mula berdentum. Mungkin begitu agaknya patternnya.

Ketika gelap-gelap juga, gua paksa diri untuk belajar. Redha dengan ketentuanNya. Yalah. Walaupun kitaorang bergurau tentang tak payah ambil paper Methodology ni, tapi belajar tetap belajar.

Sampai sekarang gua masih baca-baca, dan serius gua stres lapar secara tiba-tiba.

Gua dah bagitau dalam entri sebelumnya, sila baca.

Dan gua tak dapat tidur dengan aman, tapi gua masih bertenanga. Wallahualam.

Tak dapat diterangkan dengan detail.

8.30 a.m, paper yang membuatkan semua pelatih guru TESL semester dua stress, yang boleh membunuh jiwa dan raga, akan gua slash, rampage.

Heh.

Memang killer, sampaikan ada yang mahu berdarah hidung belajar ni benda.

Susahnya pada pembelajaran dan penghafalan teori, di samping membingungkan.

Gua stres tau semalam pasal tu UG sahaja.

Heh.

Apapun, mudah-mudahan atas segala usaha yang telah dilakukan, Allah permudahkan urusan, walaupun diuji dengan macam-macam.

Terutamanya diri gua yang hanya tidur sejam sahaja pada waktu siang, dan sejam sahaja pada waktu dekat subuh.

No comments:

Post a Comment