Comrades

Friday, 2 November 2012

Sistem saraf diserang.

Dia bangun dari pembaringan. Memikirkan tentang masalahnya.

Tiba-tiba dia rasa lain macam, seolah-olah dia ingin makan coklat. Dia rasa gelisah, risau, macam penagih dadah tetapi dia tidak hisap dadah. Apatah lagi mahu sentuh rokok yang didakwa sangat sedap oleh perokok-perokok.

Dia menuju ke tempat kawannya. Melihat kawannya sedang melayan komputer ribanya, dan dia pun bertanya.

"Ada makanan tak?"

Dengan sempoinya dia minta makanan, muka memang tak tahu malu. Tapi dia tak kisah, secara tiba-tiba pula dia rasa lapar, walhal dia sudah makan tadi petang, ayam dan kentang goreng, macam KFC tapi bukan. Jauh sekali dari McD yang memang dia tak pernah suka.

"Tiada ni, biskut saja."

Dia diam. Lalu balik ke biliknya, menyelongkar almari yang sememangnya hanya ada dua bungkus Mi Segera sahaja, itu pun yang dia muak sudah makan.

Tekadnya, dia mahu makan. Dia tidak kisah pasal masalahnya, masalahnya sekarang ialah dia mahu isi perutnya yang tiba-tiba menyerang sistem sarafnya, dia makan milo, belum cukup. Dia buat keputusan untuk makan Mi Segera, yang dia beli pada beberapa hari yang lepas.

Dia ke bilik kawannya, mengambil tiga benda yang boleh mengisi perutnya. Di samping meminta sebungkus biskut, sekadar mengurangkan rasa laparnya.

Dia tak kisah berapa bungkus dia makan, yang penting sistem sarafnya kembali normal.

Puncanya satu, dia stres belajar, dan itulah kali pertama dia stres lalu lapar, syukur juga tidak terdampar, entah-entah masuk hospital pula gara-gara lapar.

Gila!

Nasib stres lapar, kalau stres benda lain?

Kesimpulannya, jangan stres, siapa suruh belajar last minit.

Heh.

Syukurlah Allah uji stres lapar. Kalau stres, lapar, terus diuji lagi benda lain? Heh.

No comments:

Post a Comment