Comrades

Sunday 16 October 2011

Ujian perasaan.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Selepas berpenat lelah bergotong royong, ternyata dapat juga selesai dengan izinNya. Memang tak mudah, dengan kekurangan tenaga, tapi ternyata Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Okay, hari ini aku mau cerita tentang ujian perasaan. Aku mau petik kata-kata ini dari FB.

"Ujian perasaan itu lebih menyakitkan berbanding ujian fizikal." - Pae.

Hehe. Menarik kan? Ujian perasaan, tapi kali ini perasaan cinta.

Setiap kita mesti ada seseorang kita minat. Betul kan? Kepada yang single la. Kalau dah kahwin itu tak payahlah cerita.

Apa perasaan kita kalau mengetahui si dia itu menjauhkan diri dari kita?

Apa perasaan kita kalau mengetahui si dia itu meminati seseorang iaitu kawan kita?

Apa perasaan kita kalau mengetahui kawan kita juga meminati si dia tanpa disedari?

Mestilah perasaan menyakitkan. Siapa kata tak sakit?

Setiap kali kita minat seseorang, tiap kali itulah adanya ujian. Kadang-kadang kita lihat dia seperti single, tapi sebenarnya dia serasi dengan seseorang walapun sebagai kawan. Jadi apa perasan kita?

Sakit. Itu perkataan terbaik untuk ujian perasaan.

Tak salah meminati seseorang, yang penting urus perasaan itu dengan baik. Supaya tidak terjebak cinta fitnah.

Kebenaran itu menyakitkan, tapi yakinlah ada hikmah disebalik semua itu.

Kalau kita minat dia, masukkan dia dalam doa kita. Sepertimana aku bilang pada previous entri, mohon daripada Allah meminta orang baik untuk pasangan hidup.

Bukan mudah untuk menanganinya,  tapi apa yang penting, Allah ada untuk mendengar kita.

Yang penting, simpan perasaan kita. Sebab itu saja cara terbaik untuk menyintai seseorang. Memang sakit kalau orang yang kita sayang, tidak sayang kita semula. Tapi yakinlah Allah akan bagi seseorang yang baik untuk kita, selagi kita bertakwa kepadaNya.

Mungkin tak mudah, tapi paling penting, fokus untuk memperbaiki diri. Apabila tiba masanya, maka itulah cara terbaik untuk meluahkan cinta kita.

Apakah ia? Jumpa ibu bapa si dia untuk menyatakan hasrat kita. Kalau diterima, alhamdulillah. Kalau tak? Sabar. Ada hikmahnya.

Kesimpulannya, janganlah menyentuh hati seseorang, kalau tiada niat untuk berkekalan.

AvA - "Kuatkanlah hatiku ya Allah, agar tidak terjebak cinta fitnah"

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    wow, entri hot daripada faiz..
    tkpa faiz, sememangnya menyimpan perasaan dari kejauhan lebih baik daripada kita menyatakannya sedangkan kita belum bersedia.. yakin, janji Allah itu pasti.. Lelaki yg baik, utk perempuan yang baik.. saya juga masukkan dia dalam doa saya, tp bukan minta dia dijodohkn utk saya sebaliknya minta semoga urusannya dipermudahkan.. :)

    ReplyDelete
  2. yup, btul...
    sgt setuju
    dan lelaki perlu thu hati perempuan sgt mdah tersentu
    jdi jika x nak, jgan berani2 nk sentuh~

    ReplyDelete