Comrades

Sunday 13 May 2012

Harapan.

Harapan.

Sesuatu perkara yang mana jika harapan tersebut tercapai, maka kita akan gembira.

Aku tak tahu mahu definisi benda tu, well aku tak tahu macam mana mahu explain.

Harapan, harapan apa yang dimaksudkan?

Banyak, harapan result, harapan cinta, harapan MC kalah kepada QPR. Kehkehkeh.

Apapun, terlalu berharap sebenarnya menyakitkan hati.

Kita hanya boleh berharap kepada Allah S.W.T. Dialah Maha Memberi dan Maha Mengasihani.

Harapan itu satu penafian, kata-kata dalam manga Naruto. Heh.

Sekiranya kita berharap kepada makhluk, kita boleh dikecewakan.

Tapi sekiranya kita berharap kepada Allah, Allah tak pernah kecewakan kita.

Jomlah kita terus berharap kepada Allah sahaja.

Pengalaman sebenarnya mengajar untuk tidak berharap lagi, untuk tidak meletakkan harapan, dan untuk tidak memberi harapan.

Terlalu berharap boleh menyebabkan frust menungging, ya. Siapa yang pernah rasa ini semestinya sakit untuk memikirkannya.

Janganlah berharap pada cinta yang tidak pasti, tapi berharaplah kepada yang Khalik.

Memang fitrah manusia, sekiranya bercinta, pasti ada harapan yang tinggi.

Berharap untuk bersama, berharap untuk kekal, dan berharap untuk berkahwin.

Seriously, kahwin. :p

Kalau dulu, terlalu berharap merupakan satu sikap yang sukar untuk dikikis. Entah kenapa.

Asal jatuh cinta, mesti berharap dia tidak akan mengecewakan, tapi ternyata Allah sengaja bagi perasaan tersebut.

Cumanya sekarang, aku sudah cukup berharap untuk bercinta. Biarlah tiba masanya nanti, insya Allah diluahkan juga.

Bukan apa, cuma cinta itu, jika terluka lagi, sakitnya tak terperi.

Sejak kebelakangan ni, sakit hati memang sentiasa melanda.

Apapun, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua, lebih-lebih lagi pasal exam yang dah dekat.

Berharaplah kita kepada Allah S.W.T, insya Allah Dia beri keputusan yang tip-top sekiranya kita berharap kepadaNya, di samping berusaha untuk mendapatkannya.

Dah, study. Di saat aku berdiam diri pasal kahwin, rupanya ramai mahu kahwin.

Pae- Cukuplah mengharapkan cinta. Biarlah jadi sahabat sahaja, kerana malas mahu luka-luka parah di hati. Daripada cerita pasal cinta dan kahwin, afdhalnya kita fikir pasal masalah ummah, paling kurang pun pasal diri kita yang sangat sedikit ilmu ini. Study!

2 comments:

  1. huhuuu... terasa dengan entry ni . sekarang mau berharap dengan exam . chaiyo chaiyo ! =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapakah kak Ella terasa? Keh3. Semoga berjaya kak. Insya Allah, saya doakan kak berjaya dlm exam. ^^

      Delete