Comrades

Showing posts with label Alkisah STUDY. Show all posts
Showing posts with label Alkisah STUDY. Show all posts

Sunday, 13 May 2012

Harapan.

Harapan.

Sesuatu perkara yang mana jika harapan tersebut tercapai, maka kita akan gembira.

Aku tak tahu mahu definisi benda tu, well aku tak tahu macam mana mahu explain.

Harapan, harapan apa yang dimaksudkan?

Banyak, harapan result, harapan cinta, harapan MC kalah kepada QPR. Kehkehkeh.

Apapun, terlalu berharap sebenarnya menyakitkan hati.

Kita hanya boleh berharap kepada Allah S.W.T. Dialah Maha Memberi dan Maha Mengasihani.

Harapan itu satu penafian, kata-kata dalam manga Naruto. Heh.

Sekiranya kita berharap kepada makhluk, kita boleh dikecewakan.

Tapi sekiranya kita berharap kepada Allah, Allah tak pernah kecewakan kita.

Jomlah kita terus berharap kepada Allah sahaja.

Pengalaman sebenarnya mengajar untuk tidak berharap lagi, untuk tidak meletakkan harapan, dan untuk tidak memberi harapan.

Terlalu berharap boleh menyebabkan frust menungging, ya. Siapa yang pernah rasa ini semestinya sakit untuk memikirkannya.

Janganlah berharap pada cinta yang tidak pasti, tapi berharaplah kepada yang Khalik.

Memang fitrah manusia, sekiranya bercinta, pasti ada harapan yang tinggi.

Berharap untuk bersama, berharap untuk kekal, dan berharap untuk berkahwin.

Seriously, kahwin. :p

Kalau dulu, terlalu berharap merupakan satu sikap yang sukar untuk dikikis. Entah kenapa.

Asal jatuh cinta, mesti berharap dia tidak akan mengecewakan, tapi ternyata Allah sengaja bagi perasaan tersebut.

Cumanya sekarang, aku sudah cukup berharap untuk bercinta. Biarlah tiba masanya nanti, insya Allah diluahkan juga.

Bukan apa, cuma cinta itu, jika terluka lagi, sakitnya tak terperi.

Sejak kebelakangan ni, sakit hati memang sentiasa melanda.

Apapun, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua, lebih-lebih lagi pasal exam yang dah dekat.

Berharaplah kita kepada Allah S.W.T, insya Allah Dia beri keputusan yang tip-top sekiranya kita berharap kepadaNya, di samping berusaha untuk mendapatkannya.

Dah, study. Di saat aku berdiam diri pasal kahwin, rupanya ramai mahu kahwin.

Pae- Cukuplah mengharapkan cinta. Biarlah jadi sahabat sahaja, kerana malas mahu luka-luka parah di hati. Daripada cerita pasal cinta dan kahwin, afdhalnya kita fikir pasal masalah ummah, paling kurang pun pasal diri kita yang sangat sedikit ilmu ini. Study!

Friday, 28 October 2011

Entri 1/6 malam.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih bernafas. Okay, belajar lepas tidur.

Fresh, memang siok. Tadi aku tertidur pukul 9 pm lebih2, terbangun pukul 12.30 a.m. Fikir tidur lama. Jadi? Tak dapat tidur balik, baik kita layan laptop kan? <-- Lebih baik layan Qiam. =.=

Apapun, aku on laptop, bukan mahu layan game, tapi layan study. Sambil berFB. Syukurlah ada kawan prihatin dari IPSAH, bertukar-tukar la idea pasal topik exam, kan sama-sama opsyen. Keh3.

Sebenarnya, belajar lepas tidur amat seronok berbanding belajar sebelum tidur. Sebab tak mengantuk. Hehe. Aku dua jam saja tidur, boleh-boleh bangun, terus fresh habis. Apa kes? Entahlah, Allah yang bagi. Alhamdulillah. Gunakan masa sebaiknya.

Jadi mahu belajar ini, perlu ada persediaan nota. Seriously, melayan LDS dari kemarin, boleh membunuh mindaku. Clauses, Cohesive device, Word Classes, membunuh sungguh. Okay lagi melayan sastera, tapi itulah, kena usaha. Sebab LDS ini boleh dikatakan senang berbanding sastera walaupun susah berbanding sastera. Dengan kata lain, LDS killer, ES (Sastera Inggeris) membunuh. Sama kan?

Di saat berkongsi topik, chatbox FB pula bikin hal. Auto-offline. Apa kes? Mark Zuckerberg, is it a bug? Seriously, the only thing that I know that have bugs is DotA map. Takkan FB jadi DotA? Keh3.

Jadi aku menaip ini, saja menghilangkan rasa bosan melanda di hati. Ingin belajar bagus-bagus la ni. Tadi di masjid, jumpa seorang saudara lama, bernama Pakcik Jinny. Semart kan namanya? Mulalah cerita kami, dia nasihat aku supaya teruskan, tanpa berpaling, dia kata dia doakan kami semua (aku, jul, jan) agar sentiasa berjaya. Terharu jo, dalam hatiku berkata, alhamdulillah, pakcik Jinny banyak berubah. Memang baik la tu pakcik.

Dia nasihat lagi, supaya berusaha untuk mencapai cita-cita, sebab kalau dah minat, teruskan. Alang-alang menyeleku pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kan? Memang bernas nasihatnya. Aku cuba gurau sikit, pasal kahwin. Memang tiada topik lain aku ini, kahwin saja.

PJ - Tidak lama ba tu. Ko pejam, celik, pejam celik, naah. 4 tahun sudah berlalu. Terus jadi guru.
Aku - Pejam, celik, pejam, celik, kahwin. Keh keh keh.
PJ - Apapun, tumpukan belajar dulu, kalau ada kerjaya sudah, senang sudah. Tu cewek-cewek tu nanti-nanti saja. Biar dulu itu. Yang penting, belajar dulu, mencapai cita-cita. Cewek-cewek itu kemudian.
Aku - Itula tu. Saya tidak fikir pasal itu, saya manada cewek ini. Hehe.
PJ - Itulah, kalau ada kerjaya sudah, ada kerja tetap, senang saja ba itu. Ada juga tu nanti.

Tertembak di hati, tiada cewek konon, tapi cerita kahwin. Tidak fikir konon, tapi hati merindui, hmmm. Apapun, memang betul kata pakcik Jinny. Jadi tugas sebagai pelajar ialah study.

Exam kali ini, aku mahu dapat terbaik,  tapi kalau pass untuk masuk degree, syukur alhamdulillah. Sebab foundation tidak mempengaruhi, dan akan bermula dari 0. Di situ, aku terus buat sebaik mungkin. Insya Allah.

So? Sekarang fokus LDS dulu, LDV, ES dan SS. Sebenarnya mahu fokus killer subjects, sebab dua subject lain okay saja, tapi tidak boleh dipandang rendah. Hehehe.

Dengan cuti berbaki 2 hari, tolak hari ini, aku mahu belajar. Bila balik IP? Maybe tomorrow, insya Allah. Kalau ada orang sudah, i mean, kawan-kawanku di situ. Hehe. Paling-paling, si Syeikh dan Salman Al-Farisi saja stay seminggu di situ.

Okaylah, cukup setakat itu. Aku mahu sambung study dengan rakan lama, Connie Dhalia. Cantik kan nama? Tapi awas, dah berpunya. Keh3. Lupakan niat korang. Miahaha.

AvA - Oh LDS. Oh LDS. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua. Amin. ^_^