"Sebenarnya kan, tentang apa orang bagi sama kita secara tiba-tiba, dengan niat dia minta kita balas balik kebaikan dia, bagus tak payah layan, tapi terima ja kebaikan dia tu."
A friend said to me the night before LGA paper.
Heh.
Desperate.
Sebenarnya, dah lama saya taip dalam bahasa kedua, maklumlah TESL.
Jadi hari ini, jom baca entri saya dalam bahasa Melayu.
Dan, saya akan menggunakan 'saya' sepanjang entri ini.
Saya mahu bercerita pasal hobi, membaca.
Membaca seringkali dikaitkan dengan buku, semestinya. Tapi, ramai orang jarang membaca sejak kebelakangan ini.
Sebenarnya, sangat bagus membaca, menambah ilmu, membuka minda, meluaskan pemandangan, pendapat dan banyak lagi.
Dari segenap aspek, membaca sebenarnya sangat penting, termasuklah dalam permainan komputer.
Contoh? Mempertahankan Khazanah (DotA). Hehe.
Itu satu.
Kedua? Baca berita. Dunia sekarang dah mantap, tak perlulah dah surat khabar. Buang kertas.
Kan kerajaan dah kaya.. jadi peruntukkanlah setiap manusia di Malaysia ini ada sebiji komputer atau komputer riba. Hehehe.
Atau pun, naikkan elaun kami - berharap sangat.
Bukan tak bersyukur, tapi ada berita macam tu saya dengar, malah dari orang atasan sendiri.
Kalau naik, alhamdulillah, kalau tak pun, redha.
Okay.
Ketiga, sebenarnya hobi saya suka membaca. Sesuatu yang pelik, sesuatu yang berkaitan dengan DotA (sangat penting), bola, permainan komputer, berita-berita hangat (kecuali gosip artis itu ini).
Malas mahu baca hiburan tentang percintaan artis, persembahan artis, kehidupan artis.
Tapi jika ada 'mood', baca jugalah. Tapi semestinya tak pernah jadi keutamaan ketika memilih bahan bacaan.
Dan musim peperiksaan pula sekarang ini, saya sepatutnya membaca EDU, TSL subjek yang akan berlangsung pada Jumaat ini.
Baru-baru juga, saya baca berita hiburan mengenai Gangnam.
Saya tak benci K-Pop atau pencipta Gangnam tu, tapi perlukah buat pertandingan "Saya adalah Stail Gangnam"?
Tidak. Buang masa. Buang tenaga. Buang duit.
Heh, semualah buang-buang.
Apapun, rajin-rajinkan diri untuk membaca.
Sebab orang yang membaca lebih pandai daripada orang yang tidak membaca.
Tapi orang yang mengaplikasikan ilmunya lebih bagus daripada orang yang sekadar berteori.
Dan paling bagus, orang yang membaca al-Quran dan hadis serta mengamalkannya.
Sebab itu Allah beritahu dalam quran kita digalakkan untuk membaca.
Semestinya, membaca benda yang berfaedah, bukan baca bahan lucah!
Kamu semua pasti tahu tentang berita sepasang kekasih yang memuat naik gambar-gambar 'gila' mereka di blog mereka.
Komen saya? Bodoh lagi bangang.
Apa mereka perjuangkan? Seks bebas?
360 darjah? Ya. Tak boleh dinafikan.
Kalau mereka mengakui dan meminta maaf tidak mengapa.
Sebaliknya, mereka berbangga.
Astaghfirullah al azim.
Apapun, doakan saya dalam peperiksaan kali ini. Jom membaca!
Apa kaitan kekasih tersebut dengan membaca?
Membaca menambah ilmu, mereka ada ilmu tapi tidak berilmu.
Itulah orang yang rugi, yakni tidak mengamalkan ilmunya.
Kucing pun membaca. |