Comrades

Sunday 1 July 2012

Belajar, pengalaman dan peringatan.

Setelah lama tak menaip, alhamdulillah masih lagi boleh buka blog ini dengan izinNya.

Setelah mengharungi seminggu yang sibuk, termasuklah hujung minggu, alhamdulillah masih sihat.

3 hari yang berlalu sebenarnya memberi peluang aku belajar dan muhasabah diri.

Ya, sekali lagi aku menyertai kursus kepimpinan JKM. Tahun lalu dah ikut, tahun ini ikut lagi.

Jujurnya, hati yang berbelah bahagi ini tak mahu ikut, tapi selepas fikir-fikir, baik aku ikut.

Itu sebab, hakikatnya Allah memang mahu aku ikut.

Tapi betul, keraguan dalam hati aku hilang tatkala menyertai program tersebut.

Dah namanya kursus, memang penat, kurang tidur. Teringat kata-kata seorang sahabat dahulu.

KULTUM, mengajar aku menjadi lebih berani, mengajar aku lebih mengenal Quran.

Setelah buka kitab tersebut, aku rasa bersalah sebab tertinggalkan Quran tafsir di rumah. Bukannya sengaja, tapi Allah yang mentakdirkannya.

Mungkin program ini, menegur aku kerana aku jarang buka Quran, ya. Allah Maha Mengetahui.

Tapi paling best, part KULTUM.

Oh korang tak tahu apa itu KULTUM, KULTUM bermaksud kuliah tujuh minit. Aku dengar perkataan ini pada tahun 2009 atau 2010 rasanya ketika menghadiri tazkirah seorang ustaz yang kini ditakdirkan menjadi pensyarah tidak formal bagiku.

Itu KULTUM, KULHUM pun ada juga.

Kenapa aku suka part KULTUM?

Bayangkan kena beri kuliah selama 7 minit, dan kalau boleh sertakan sumber terbesar dalam kuliah tersebut.

Walaupun ada tajuk diberi, tapi tajuk itu bukan sekadar mahu dicari isinya, tapi untuk dihayati maksudnya.

Memang sejujurnya tak pernah aku beri KULTUM kepada mana-mana manusia sebelum ini, jika nasihat bolehlah.

Cumanya aku bersyukur, sebab aku dapat timba ilmu baru, dan dapat menebus ketidakyakinan diri ini ketika bercakap.

Bukan mudah mahu bercakap, apatah lagi memberi kuliah.

Satu lagi pengalaman baru, aku memberi KULTUM lagi, tapi tanpa tajuk.

Itu bukan perkara senang, membuatkan minda ku terfikir, tapi alhamdulillah, Allah bantu aku dengan ilmuNya yang luas.

Cuma aku harap, mereka faham apa yang ku ingin sampaikan, dan aku harap aku lebih faham daripada mereka.

Ukhwah, bukan sekadar perkataan atau percakapan. Tapi praktisnya wajib supaya kita tahu apa maksud sebenar ukhwah tersebut.

Muhasabah diri, ukhwah tiada langsung. Dan rasa bersalah kerana ramai lagi saudara-saudaraku masih terkapai-kapai dengan keduniaan.

Aku berfikir secara mendalam, kenapa hal ini berlaku, jawapannya tidak lain tidak bukan. Hati.

Hati ini lalai, hati ini ego, hati ini tak kisah.

Itulah manusia zaman sekarang.

Tapi aku berfikir lagi, ketika slot peka isu semasa. Memang aku agak terkejutlah mengenai ketidakramaian yang mengetahui tentang Syria.

Penyakit hati masalah iman, benar. Ini paling tepat. Dan sebenarnya ada satu lagi penyakit.

WAHAN.

Apa itu WAHAN? Carilah di internet, aku tak beritahu.

Why? Supaya kamu rajin cari ilmu di internet, sekiranya kamu tahu, muhasabah diri. Adakah kita ada penyakit wahan.

Sebab penyakit ini sangat berbahaya. Iman boleh naik turun, tapi jika kita diserang penyakit ini, nauzubillah min zalik.

Akhir sekali, slot muhasabah, atau kata tepatnya lambaian wida'. Kenapa aku kata muhasabah? Sebab sahabat tersebut mengajak kami semua untuk berfikir dan muhasabah diri tentang amalan-amalan kami semua sebelum ini, termasuklah menunaikan hak saudara seorang muslim.

Sekalipun aku berpangkat senior daripada peserta-peserta lain (hanya ada 5 orang senior sebagai peserta tersebut including me), tapi aku juga masih belajar.

Seperti kata sahabatku dari Selangor tu, dia juga masih belajar sekalipun dia memeagan jawatan terpenting dalam organisasi JKM.

Setiap orang masih belajar, hanya mereka yang terlalu bangga dengan ilmu ialah mereka yang bodoh.

Belajarlah dan rajin-rajin cari ilmu, sebab ilmu itu memuliakan kita, sekalipun orang lihat kita ini jahil.

Dahlah, sudah cukup panjang ni, lain kali lagi ya. Insya Allah.

Oh ya, kepada peminat Euro, tak salah minat Euro. Kamu tahu bila Ramadhan? Hehe.

Aku pasti akan ketawa jika pasukan yang dijangka menang kalah, atau mengucapkan tahniah kerana berjaya mempertahankan gelaran.

I used to love and obsess with football, but I've decided to update only about latest result and latest news. Not make a deep search about its history.

3 comments:

  1. Salam ziarah. Masa akak dengar KULTUM pae,tersentuh bila mendengar pae menyebut kisah silam. Tidak semua orang mendapat peluang ni dik..teruskan. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Allahurobbi. kisah silam itu memeritkan.

    Sy xla hebat sgt kak. apapun, jazakallah kerana menjadi asbab untuk Allah menyedarkan sy. ^^

    ReplyDelete