Comrades

Monday, 18 June 2012

Cinta High Class dan Krisis.

Bagi yang mencari novel cinta Islamik,

Bacalah novel terbaru gabungan suami isteri soleh solehah yang top sekarang ini, Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha.

Novel tarbiah cinta, percayalah. Di situ kamu akan tahu erti sebenar cinta.

Dan di situ hujah kamu pasal 'berkawan' dengan kawan lain jantina akan patah.

Hihihi.

Order atau pergi ke KK kalau tiada di Keningau, aku pun tunggu dua minggu baru sampai ni buku.

Krisis? Air.

Masih teringat kata-kata nasihat diucapkan oleh ustaz ketika kuliah Maghrib tadi.

Nikmat itu ada, tapi Allah tahan sekalipun manusia sudah berusaha mendapatkannya.

Lebih kurang begitu.

Jadi bersabarlah kalau tiada air, aku pun manusia juga. Mahu juga rasa air asrama untuk semester baru ni.

Allah is testing us, bersyukurlah ketika senang, bersabarlah ketika susah.

Krisis kedua? Elaun?

Tapi don't worrylah, memang macam biasa, next month baru dapat. Heh.

Aku tak kisah, boleh kurang nafsu makan. Insya Allah. ^_^

Krisis ketiga? Tiadalah.

Hari pertama kuliah, dengan pembukaan dimulakan oleh subjek major pertama iaitu fonetik dan fonologi.

Baru aku sedar betapa pentingnya subjek linguistik yang aku pelajari musim lalu.

Cuma sekarang ini, hanya exam ditunggu, selagi belum keluar result exam tu, selagi tu hati tidak tenang.

Yalah, siapa tahu sekali keluar, terpaksa ulang paper, terpaksa belajar balik. Cumanya, berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Tadi seorang kawan bagitau, pensyarah Jabatan Bahasa kata ada '1-2' orang gagal paper tersebut.

Hatiku macam mahu pecah saja dengar, mudah-mudahan aku tidak ulang paper.

Apapun, sekarang ini doa dan usaha memohon kepadaNya sahaja, kalau ulang redha saja.

Itu tandannya Allah memberi kita peringatan, tapi jangan minta ulang paper.

Semester ini, insya Allah buat yang terhebat!

Menebus kesilapan lalu, meneruskan kehidupan dan menggapai cita-cita.

Heh, ayat tu, insya Allah.

Baca novel dulu. ^_^

1 comment:

  1. ehh
    tajuk novel tu..
    tarbiah cinta kaa?
    macam best jak..
    :)
    give me a feedback yeahh
    sb saya nak cari novel tu :)

    ReplyDelete