Comrades

Tuesday, 12 June 2012

Jaga aib orang.

Well....

Korang dah tengok video?

Aku jumpa di FB, heboh satu Malaysia mengenai kebiadapan seorang budak terhadap pengemis.

Bagi aku budak tu memang biadap, sungguh.

Tapi yang bodohnya orang yang tolong rakam dan biadap.

Dan yang bengongnya orang yang upload di FB.

Dan stupid sungguh mereka yang share.

Dosa itu terus tersebar.

Ya, sekalipun untuk pengajaran, alangkah baiknya jika kita tidak share benda tu.

Kalau mahu share juga, edit video tersebut, blur kan muka pesalah dan pemangsa.

Why? Sebab Rasulullah S.A.W tidak suruh kita buka aib orang, melainkan ianya memudaratkan kepada diri kita DAN orang lain.

Seperti pemimpin yang zalim, itu diharuskan membuka aibnya.

Kan? Free-free kita dapat dosa sebab share keburukan orang.

Kalau betul kita mahu betulkan kesalahan orang, kita kena pakai cara yang berhemah, jangan sampai aib orang lain terbuka.

Sekalipun budak tersebut biadap, adakah kebiadapannya mengganggu masyarakat dan keharmonian negara?

Tidak kan?

Bukan mahu membela budak tersebut, tapi fikirkanlah dan pandang bukan sekadar daripada 2 cara.

Tapi pandang secara menyeluruh, adakah ia tidak memberi kesan kepada kita atau orang lain?

Remaja tersebut mungkin malu sehingga masyarakat membenci dia dan terus menghukum dia.

Sebaiknya kita nasihatkan dia, bukan suka-suka buka aib dia. Paling baik doakan dia.

Itu lebih baik, agar aib kita juga ditutup oleh Allah S.W.T.

Mungkin korang akan berpegang teguh dengan pendapat bahawa share kebiadapan mereka itu lagi bagus supaya jadi pengajaran.

Tapi bagi aku, kalau tidak memudaratkan masyarakat, tak wajar.

Pendapat saja, dari korang ja. ^^

Cumanya, nabi ketika mengajar atau menegur seseorang, pernahkah baginda menggunakan cara yang aibkan orang?

Tidak, carilah mana-mana hadis sekalipun, tidak ada satu pun yang sahih lagi mutawatir mengenai nabi buka aib orang.

Hati-hatilah, sebab Allah akan buka aib kita sekiranya kita buka aib orang, sekalipun kita berada di rumah!

Ohya, satu lagi dosa kita dalam share-share ni. Kita dapat dosa sebab memaki hamun.

Peace, sekadar pandangan. ^^

No comments:

Post a Comment