Cuti dah nak habis. Seriously aku malas mahu kembali ke asrama tapi apa boleh buat.
Memandangkan cuti dah nak habis, aku manfaatkan sepenuhnya masaku di rumah, aku malas keluar ke mana-mana saat-saat terakhir cuti, kecuali jika perlu. Sepanjang minggu terakhir aku cuti, paling pun aku keluar ketika ambil ibuku dari tempat kerja dan pergi masjid.
What did I do? Aku tengok anime. Yeah anime. Mungkin tiada orang sangka, budak macam aku ni tidak minat anime.
Tapi, aku taklah fanatic sangat seperti mana mereka yang meminati Korea. ^_^
Di antara kawan-kawan aku di IPG, aku saja yang suka tengok sesuatu benda itu berulang kali. Yup, di kala kawan-kawanku suka tengok anime baru, aku cenderung melihat anime yang pernah dan berkali-kali aku tengok. Entahlah, aku rasa anime yang aku tengok tu tidak membosankan. Hehe.
Bukan setakat anime, kadang-kadang aku tengok video yang aku download dari Youtube berulang kali walaupun orang akan kata jemu melihatnya. Bagiku, kita tidak boleh jemu tentang sesuatu perkara walaupun ianya sentiasa benda yang sama.
So, entri kali ini, aku share 4 anime yang aku suka tengok, dengan dua daripadanya merupakan anime yang paling ku suka sepanjang zaman. Heh.
Sukuranburu |
Yup. Inilah anime kegemaran ku sejak aku kenal pada tahun 2006, i guess so. Dari manga hinggalah ke anime, kini siri ini telah pun tamat. Kan bagus kalau ada lagi untuk season 3.
Lawak yang dibuat oleh anime ini kreatif, seriously. Pada permulaan tengok, CD, subtitlenya hancur. Kurang faham tentang ceritanya. Yalah, mahu ketawa pun susah juga, tapi sejak download semula benda ni, dengan subtitle ENGLISH (aww), memang ketawa.
Kenapa aku katakan kreatif? Sebab anime ini membuat jalan cerita yang kadang-kala menggambarkan tentang anime lain. Eh? Atau kata lain, parody. Heh. Memang bikin lucu berabis, sebab tidak terjangka langsung peristiwa seterusnya. Apapun, ini merupakan no.1 untuk kategori favourite anime.
K-On!! |
No. 2. Anime ini masih baru lagi, rasanya. Kira-kira, 2009 kot. Hehe. Malas mahu tahu sejarahnya. Tapi memang animenya lebih siok daripada manga. Why? Sebab bergerak, bentuk 2D.
K-On ini cerita pasal muzik. Of course I like it since I also interested in music. Cuma berbanding dengan Sukuranburu, lawaknya tipikal sekalipun wataknya comel-comel belaka. Tapi tidak secomel watak sukuranburu.
Why typical? Sebab memang lawak yang dilihat dalam anime atau kartun lain, tapi tetap mantap sebab ada muzik. Of course aku belajar serba sedikit pasal muzik. Heh.
Anime ketiga.......
Sorry tiada. Walaupun dulu ketika kecil-kecil aku selalu tengok tu Dragonball dan Sailormoon (aww), tapi tidak berjaya menarik minat ku terhadap kedua-dua anime ini sejak dulu. Dan banyak lagi anime yang aku lihat, tapi kebanyakannya memang agak kurang berbanding di atas ni.
Sudah tentu ada pengajaran dalam anime yang aku tonton. Sebab itulah bukan suka-suka aku buat entri ini.
Terutamanya dalam Sukuranburu, memang di situ budaya Jepun sangat kuat. Sekalipun moden, tapi ingat, di Jepun masih ada negeri atau tempat yang kuat budayanya sehingga orang sini kata "orang kampung". Dengan pemakaian kimono, yukata (summer kimono I guess), dan satu lagi, bahasa Jepun senang belajar dan faham. Tapi bukan aku minat sangat mahu belajar bahasa tu, bahasa Arab lebih utama, manakala Inggeris untuk pengajaran. Insya Allah.
Cuma dari segi kerohanian mereka, tidak berapa ketara, sehingga kadang-kadang Jepun, kadang-kadang agama lain. Ya, ini saja kelemahan Jepun, I guess. Sekiranya masyarakat Jepun kuat agama, sudah tentu lebih hebat, terutama sekali jika beragama Islam.
Orang Jepun, setakat ku tahu, mereka tidak pernah mengaku kalah dan putus asa. Dalam kebudayaan mereka pula, sentiasa terserlah identiti bangsa mereka as origin.
Kita? Jarang. Tapi apapun, bukan bangsa yang menentukan akhirat kita. ^^
Tapi memang menonton anime ini mengajar dan memotivasikan diri ini untuk tidak mengaku kalah. Sekalipun ianya anime, dan tiada unsur Islam dalamnya, tapi jika kita berfikir secara lebih terbuka, kita boleh lihat pengajaran yang Allah bagi. Insya Allah.
Macam lagu Move Along, dia suruh kita sentiasa berusaha sekalipun kita jatuh banyak kali. Begitu juga dalam Islam, Allah tidak suruh kita putus asa sebab rahmatNya luas.
Dalam anime ini mengajar aku erti untuk berusaha dan kuatkan agamaku. Ya, Jepun memang bangsa yang tak kenal putus asa, tapi jika mereka Islam dan kuat iman mereka, Allahuakbar, memang Jepun pasti mantap kerana iman dan takwa mereka.
Mungkin setakat ini sajalah, yalah. Lama tidak update, tiba-tiba muncul, cerita anime. Apapun, harap ia memberi manfaat, aku tak recommend sangat kalau mahu tengok anime, tapi berpada-padalah untuk buat sesuatu yang kita suka. Kalau terlalu minat, boleh jadi gila tak boleh juga. Utamakan agama dalam kehidupan, memang pesanan ini khas dan wajib untuk diriku dan anda semua.
Jadikan hobi boleh, tapi jangan lalai. Apapun, dengan cuti dah habis, kembali ke mode kuliah, insya Allah semester ini, aku mahu buat yang terbaik, urus yang terbaik, assignment yang terbaik, exam yang terbaik dan diri yang terbaik.
Doakan kejayaan examku dan rakan-rakanku. Result belum keluar. -.-
haaahh ... kak pun suka rewind2 . salu rewind hya 1 lagu sampai rumet pon bole hafal suda lyric dia .
ReplyDeleteerr mybe jiran seblah pun dah hafal lirik bkenaan (--")