Comrades

Wednesday 23 May 2012

Belajar kerana Allah,

"Belajar sekadar mahu lulus exam?"

Terpandang aku komen seorang kakak senior dalam statusnya, di mana amalan pembelajaran sekarang hanya sekadar belajar sahaja untuk exam (my interpretation).

Kalau dulu, orang-orang yang cintakan ilmu merantau, berhijrah ke tempat yang jauh untuk menuntut ilmu.

Tapi sekarang, mahu menuntut ilmu pun malas. Hmm...

Jadi memang tipikal, kalau musim-musim exam, barulah mahu sibuk study, dan aku tidak terkecuali.

Sebaiknya tuntutlah ilmu kerana Allah, kerana ilmu itu memuliakan kita. Biar kita dianggap jahil tapi hakikat kita berilmu, bukan dianggap bijak tapi hakikat kita jahil.

Memang perkara biasa, kalau orang study berabis ketika musim exam, memang pointer pun melebihi 7 petala cinta.

Tapi, sampai di situ sajalah. Teringat aku kata-kata seorang ustaz,

"Kita ini bijak, tapi bijak sini saja. Bukan bijaksana."

Heh, bijaksana maknanya kita bijak di dunia dan akhirat. Hehe.

Sekalipun ilmu yang kita tuntut itu hanya sekadar berkaitan dengan dunia, tapi jika dibuat kerana Allah, insya Allah menjadi ibadah, dan pembela di hari akhirat.

Konsep ibadah luas, bukan setakat yang fardhu saja.

Konsep ilmu dunia pembela akhirat sebenarnya luas untuk dibincangkan. Insya Allah, aku cuba huraikan. Kalau salah betulkan.

Sebagai guru, dalam konteks ini, aku ambil opsyen TESL sebab aku faham.

Dalam TESL, banyak benda mahu belajar. Linguistik, kesusasteraan, fonologi (??), morfologi, semantik, sintaksis, boleh gila kalau belajar benda-benda begini.

Dalam TESL juga, ilmu penguasaan bahasa inggeris dipertingkatkan.

Bagi mereka yang 'belajar untuk exam', mereka sekadar belajar di situ, tapi hujung-hujung atau lama kelamaan, mereka lupa.

Tapi bagi mereka yang cintakan ilmu, sememangnya satu kejayaan bagi mereka.

Contohlah, seorang bakal guru ini belajar linguistik. Linguistik ni, tiada kaitan dengan akhirat.

Tapi dia belajar kerana Allah, dan ia menjadi ibadah.

Walaupun result dia simple atau biasa-biasa saja, tapi dia gembira kerana itulah usaha dia dan Allah beri dia keputusan begitu.

Dari situ, Allah campakkan rasa cinta terhadap ilmu, dan dia berusaha menuntut ilmu-ilmu lain.

Ilmu linguistik itu tidak sia-sia. Why? Apabila dia jadi guru nanti, dia akan ajar anak muridnya agar faham dalam penguasaan bahasa inggeris, di samping suruh mereka belajar kerana Allah.

Dengan izin Allah, semestinya anak muridnya juga akan sukakan ilmu dan berusaha menuntut ilmu-ilmu lain, dan diutamakan ilmu akhirat.

Begitulah konsep sebenar cintakan ilmu. Apabila kita menuntut ilmu kerana Allah, insya Allah akan dicampakkan rasa cinta terhadap ilmu membuatkan kita mahu saja cari ilmu di dunia ni untuk bekalan akhirat.

Dan jangan kira ilmu linguistik itu terhad kepada pengajaran dan pembelajaran saja. Siapa tahu kita mungkin ditakdirkan untuk ke luar negara, dengan ilmu linguistik serta dakwah, sudah tentu kita dapat berdakwah kepada orang lain (terutamanya mereka yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa pertama) dengan penggunaan bahasa serta hukum-hukum linguistik yang betul dan teratur.

Insya Allah, pasti mereka tertarik dengan dakwah kita dan akan menerima dengan baik.

Kalau kita guna bahasa pasar, sudah tentu orang kurang suka, terutamanya kalau bahasa pasar itu tidak difahami.

Bukanlah aku kata, penggunaan bahasa yang terlalu strict, cuma bahasa yang mudah dan indah lagi difahami.

Dan kalau mahu tuntut ilmu, tuntutlah kerana Allah.

Gunakan dunia untuk tujuan akhirat. Tapi ingat, manfaatkan dunia ini untuk mendapat kebahagiaan di akhirat. Bukan kita puja dunia ini, dan mendapat azab di akhirat. Nauzubillah.

Setiap perkara, boleh jadi ibadah kalau niat kerana Allah. Jadi tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya. Aku teringat kata-kata Imam Malik, "Ilmu perlu didatangi, bukan mendatangi."

Kita tak dapat ilmu jika kita duduk atau malas cari. Sebabnya, kita yang bergerak, ilmu itu tidak datang sendiri.

Jika ingin memahami ilmu, berdoalah agar hati kita diterangi dengan cahaya yang boleh kita memahami ilmu itu.

Imam Malik berkata kepada anak muridnya Syafie, jangan kotori hati dengan maksiat, agar ilmu itu tidak terpadam.

Belajarlah kerana Allah, bukan exam semata. Betul exam itu penting, tapi jika kita belajar untuk lulus, ia tidak membawa kita kemana. Wallahualam.

Pae - Last paper! Last paper! ^^

1 comment: