Menyertai KBS sesuatu yang sangat bermakna. Untung, faedah, manfaat semua dapat ketika menyertainya.
Itulah ku kira program pertama aku serta untuk tahun ini. Tahun lalu kursus kepimpinan. Heh, tua sudah aku ni.
Cerita hujung mingguku. Sebenarnya ada lagi cerita lain.
Rata-rata blog akan cerita bersih, tapi kali ini aku mahu cerita KFC.
KFC? KFC? KFC la bro. Kentucky Fried Chicken. Tak faham?
KFC la, ayam goreng. Okeh continue.
Selepas zuhur aku keluar, niat asal mahu ambil kawan yang berada di bandar. Maklumlah terlalu banyak barang mereka kata. Aku kebetulan belum makan, keluar.
Tapi aku tak ambil dorang dulu, aku prefer pergi ke KFC dulu.
Seperti ku jangka, ramai. What can you expect except that?
Mata ku meliar juga tengok-tengok manatau ada orang IPG. Yalah, kalau ada...tegur kalau depan-depan, sekadar melihat jika jauh dari aku.
Sedang tunggu order, aku melilaulah ragam manusia, ragam pekerja.
Melihat mereka yang memasukkan tudung ke dalam baju, which shows their...err...well, you can think yourself, teringat aku pemakaian tudung yang beritahu oleh Ustaz Azrul ketika KBS.
Seriously, istighfar. Make up comel - if she didn't wear make up, tapi penonjolan tu bikin bergegar. Astaghfirullah.
Sedang menunggu lagi, tertoleh secara spontan dan...aduh. Comel, pakai tudung, tak ketat, sekali...nampak leher.
Seriously, pusing mana-mana, ada saja godaan. Yang lain tu lainlah, mereka tak sama, sebab mereka bukan saudara seakidah.
Aku berfikir juga, tudung ni sekadar perhiasan ke? Sekadar lilit-lilit? Sekadar pakai?
"Weh, gua pakai tudung apa walaupun ketat, lebih baik daripada mereka yang takda tudung!"
Okaylah, itu pendapat mereka. Tapi seriously, tiada guna pakai tudung, tapi nampak lengan tangan, baju ketat, nampak leher.
Macam ku mahu bagi penampar, tapi itu bukan diajar oleh Nabi. Aku cuba bersangka baik, mungkin dia berubah nanti.
Melihat-lihat lagi, lepas beli terus jalan. Sekadar take away. Dan lepas ambil kawan, terus balik.
Yalah, buat apa buang minyak.
Dan itulah cerita KFC ku.
Jadi muslimah, jangan bertudung sekadar tutup, tapi labuhkan.
Seriously, tudung yang besar - labuh atau simple berlabuh, comel. Kehkehkeh.
Tengok I, kecik dah bertudung, korang besar kenapa tak pakai? |
Pae - Allah perintahkan kita untuk tutup aurat, bukan sekadar bertudung. KFC itu halal, tapi jadi haram jika kita beli dengan duit judi.