Comrades

Tuesday 17 January 2012

"Tak bolehkah saya berubah?!!"

"Lyn, aku rasa aku mahu berubahlah." kata Risya kepada rakannya.
"Kau biar benar?!!!!!!!!" terkejut beruk Ezlyn.
"Betul la. Dah lama buat dosa, takut mati nanti tak sempat taubat." Risya berhujah.
"Hahah!! Baru sekarang kau nak ingat mati? Pergh, tak perlulah. Kau berubah pun, kahwin nanti pasti bakal laki kau ceraikan kau sebab kau ni dulu bohsia." tajam sungguh kata-kata Ezlyn.
"Salahkah untuk aku berubah?!!!" Risya memanas.
"Well, untuk apa juga? Orang kenal kau sebagai pelacur, tiba-tiba berubah. Orang tetap takkan dekat punya, jadi teruskan sajalah jadi pelacur." Ezlyn membalas sinis.
"Lagipun, pernah sekali aku dengar ustazah ketika di sekolah dulu kata, 'laki-laki baik hanya untuk perempuan yang baik'. Baik kah kau? Jijik, kotor, segala bersarang di diri kau tu. Tak payahlah, lebih baik begini."

* * * * * * * * *

"Good girls don't like to sin." Snake Charmer.

Alhamdulillah, mesyuarat JKM tadi berjalan lancar. Aku naik pangkat jadi ketua syukbah. Mudah-mudahan dapat urus tugas dengan baik. Insya Allah.

Okay, situasi di atas itu. Anda pernah mengalaminya? Kalau pernah dan anda kekal dengan keputusan anda, tahniah! Sebab anda berjaya melawan pujuk rayu kejahatan yang dimainkan oleh iblis serta konco-konconya yang dilaknat. Kalau tidak, astaghfirullah. Bertaubatlah.

Selalunya, kalau ada seorang yang dulunya jahat tiba-tiba mahu berubah, pasti orang ramai pandang serong pada dia, terutamanya kalau dia tu terang-terang jahat atau pun tiada moralnya, seperti mereka yang menjual tubuh ataupun buat kerja haram/maksiat. Memang confirm dipandang rendah.

Seharusnya kita elakkan perkara sebegini, terutama sekali kalau kawan kita yang dulu memang sentiasa buat dosa. Kita kena sokong mereka, nasihat mereka, bantu mereka, bimbing mereka dan macam-macam lagi supaya dia tidak rasa tersisih.

Memang benar ayat Quran pada situasi tu, laki-laki baik hanya untuk perempuan yang baik namun ingat, setiap manusia di dunia ini semuanya pernah, sedang dan akan buat dosa melainkan para nabi-nabi yang maksum. Jadi maksudnya yang baik-baik sini ialah samada mereka dulu jahat dan kini telah jadi baik ataupun mereka yang sentiasa menjaga diri mereka dari perkara-perkara yang Allah larang.

Tak mustahil bagi seorang lelaki dapat perempuan yang tiada dara, tapi ingat sebabnya juga pelbagai. Boleh jadi perempuan tersebut dirogol, boleh jadi dulu dia terlanjur dan boleh jadi dulu dia pelacur. Tapi apabila dia telah bertaubat, maka tugas kita ialah membimbing dia agar dia tidak lagi terjatuh untuk kali kedua.

Pandangan manusia dan pandangan Allah sangat berbeza. Allah itu MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. Malah Dia senantiasa menerima taubat hambaNya yang dulu pernah buat dosa. Satu-satunya dosa tidak terampun ialah syirik.

Walaupun banyak kali kita buat dosa, tapi selagi kita bertaubat selagi itulah Allah tetap terima taubat kita tanpa jemu. Allah tidak terima taubat kitai apabila kiamat dah datang - matahari terbit dari sebelah barat, dan apabila nyawa kita di hujung tanduk - di mana nyawa kita telah berada di halkum. Ketika itu, pintu taubat telah tertutup. Jadi, bertaubatalah sebelum terlambat.

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. - An-Nisa 17"

Bukan makhluk yang mengampunkan dosa, tapi Allah Maha Esa yang terima taubat kita. Sebab itu salah satu kelebihan umat Muhammad S.A.W, dosa yang dilakukan dibalas di akhirat kelak, tidak seperti kaum-kaum terdahulu.

Jadi pembaca, selagi masih ada masa bertaubatlah. Kita tidak tahu bila kita akan pergi. Kepada yang mahu berubah tu, teruskan, jangan peduli kata-kata sinis/pedas/sindir orang di sekeliling. Itu semuanya ujian supaya kita menjadi lebih kuat.

Termasuklah kepada golongan mualaf. Memang kejutan bagi rakan-rakan anda yang berlainan agama melihat anda memilih Islam. Itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu ujian yang Allah bagi untuk menguji sejauh mana kita ikhlas memilih Islam. Jangan sedih, sebab Allah ada bersama orang yang beriman dan bertakwa kepadaNya, insya Allah.

Kesimpulannya, biarkan mereka yang mempertikaikan keputusan anda untuk berubah, sebab Allah yang nilai seluruh manusia berdasarkan takwa kepadaNya. Belum terlambat untuk berubah, selagi hayat masih ada.

Pae - Berubah daripada baik ke lebih baik, dan seterusnya menjadi terbaik.

2 comments:

  1. mujahadah pda dri sndiri sgt berat

    lgi2, dgan keadaan org2 disekeliling kta...
    cma, kuatkan dri, berlangkah lh dgan mengingati ALLAH ad disetiap langkah yg kta ambil utk menujunya~

    ReplyDelete
  2. nice entry fellow teslian..mohon dicedok sdikit idea untuk penghasilan komik..

    ReplyDelete