Comrades

Monday 9 January 2012

Indahnya Iman

Assalamualaikum,

Hujan turun, Allah beri rahmatNya yang luas. Aku ada terbaca satu artikel mengenai hujan di mana, berdoa pada waktu hujan memang mustajab sebab ketika itu pintu rahmatNya terbuka luas. Betul atau tidak, bukan jadi persoalan. Yang jadi persoalan ialah berapa kerap kita berdoa.

Tadi di masjid bersama pelatih guru yang baru - Guru Sandaran Tidak Terlatih - mendengar ceramah Ustaz Sobri. Memang sudah jadi lumrah untuk MPPB, bukan, untuk tiap selepas solat maghrib, ada saja ceramah-ceramah yang bermanfaat untuk para jemaah. Alhamdulillah, ada kekuatan juga akhirnya untuk menghadirkan diri bersama rakan seakidah yang lain.

Walaupun bilangan muslimin GSTT tidak ramai, haraplah mereka akan sentiasa memenuhi masjid. Muka-muka baru juga muncul di masjid, alhamdulillah, Allah telah beri petunjuk juga akhirnya kepada mereka.

Iman manusia sentiasa berubah-rubah, seperti selalu kita dengar, manusia bukan malaikat, walaupun demikian, kita semua makhluk Allah yang Maha Esa. Kan?

Tadi di kelas bercerita dengan rakan mengenai beruntungnya mereka yang tidak pernah rasa apa itu IMAN dan apa itu ISLAM, dapat merasai kemanisannya sejurus mendapat petunjuk daripada-Nya. Masya Allah, memang aku tak boleh bayangkan. Sehingga kawanku kata andai dia mati hidup balik, dia ingin try hidup tanpa kedua benda itu, dan ingin merasainya apabila setelah diberi petunjuk.

Pendapat aku, beberapa orang yang merasai nikmat IMAN dan ISLAM sebenar ialah mereka yang banyak buat dosa, mendapat petunjuk daripada Allah. Kedua, mereka yang sentiasa takutkan Allah dan sentiasa mencari redha-Nya dan terakhir, mereka yang tidak tahu Islam 100%. Siapa itu? Mereka yang lahir sebagai bukan Islam, setelah mendapat kebenaran, akhirnya memilih untuk menjadi muslim, kata nama lain, mualaf.

Walaupun demikian, haruslah kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Islam sebab indahnya iman dan manisnya Islam. Namun, lihat saja keadaan sekarang ini, Islam dipermainkan. Malahan yang paling teruk ialah memaki saudara seagama sendiri. UAI buat baik, korang senang-senang je maki dia. Dia mahu anak muda rasa iman dan Islam, korang pula tak puas hati tuduh macam-macam. Adakah patut.

Memang tiap manusia tidak akan lari daripada ujian, dan cabaran ini sentiasa datang walaupun kecil dan kita pastinya tak sedar bahawa kita sedang diuji oleh Allah. Semakin tinggi ujian itu, semakin tinggi kesakitan, semakin tinggi darjat kita di sisiNya. Namun demikian, ada juga orang yang diberi ujian, tapi merungut maut macamlah dunia ini dah nak kiamat. Pergh, apaitu.

Orang sebegini kurang bersyukur terhadapNya sebab itu merasakan ujian itu satu kesusahan yang melanda, padahal kalau bagi orang yang beriman, ujian itu satu cabaran untuk sentiasa bergantung kepada Allah S.W.T. Jauh beza kan?

Memang susah untuk mencari nikmat tersebut, namun demikian, semakin kita terluka mencari kenikmatan Islam, janganlah berputus asa. Itulah jalan yang benar kita lalui. Tuan Baharom - Timbalan Pengarah IPG - pernah kata, jika terluka, menangis dan sedih, jangan risau, itulah jalan yang betul kita lalui.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - Az-Zumar 53

Memang susah, demikian kita sering mendengar berita, gejala murtad, Islam difitnah, dan macam-macam lagi. Namun Allah itu Maha Adil, di saat itu Dia beri petunjuk kepada mereka yang tak pernah tahu apa itu Islam yang sebenar. Demikianlah kuasaNya, siapa kita untuk melawanNya?

Jangan kita takut menghadapi cabaran, tapi takutlah kepada Allah, kesalilah dosa-dosa yang lalu. Insya Allah, hidup kita pasti tenang saja, walaupun dengan ujian yang melanda.

Apapun, aku berharap kita semua mampu menghadapi hari-hari yang hanya Allah saja Maha Mengetahui keadaannya, dengan kesyukuran, ketabahan dan ketenangan. Indahnya hidup, jika diisi dengan iman yang sebenar.

Kesimpulannya, La Tahzan everyone. Setiap berlaku ada hikmahnya, walaupun ianya perkara kecil.

Pae - Okay, ISL mode, activated.

3 comments: