Comrades

Tuesday, 26 July 2011

Ramadhan 1432H.

Assalamualaikum,

Yeah. Alhamdulillah sebab masih dapat bernafas lagi sehingga saat ini.

Okay, kali ni kita cerita pasal bulan Ramadhan. Jom.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Sebelum umat nabi Muhammad S.A.W lagi, puasa diwajibkan. Jadi kita tak boleh pertikaikan kewajiban puasa ini.

Okay. Apakah itu puasa? Siapa tahu? Kalau dalam PAFA (Pendidikan Asas Fardhu Ain). Puasa dari segi bahasa ialah tahan. Kalau istilah pula ialah MENAHAN DIRI DARI PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA DARI SUBUH HINGGA MAGHRIB. Kan?

Itu dari segi istilah. Memang betul. Tapi ada lagi. Puasa juga ialah menahan segala anggota badan daripada melakukan perkara sia-sia ataupun makruh. Contohnya, mengumpat, mengejek, menghina, mencaci, mencarut, hisap cerut, eh? Haram hisap cerut. Batal puasa. Hehe.

Masalah umat Islam sekarang ialah, mereka berpuasa, tapi seolah-olah tak berpuasa. Apakah ia? Berpuasakah seseorang itu, tapi matanya liar memandang gadis seksi. Berpuasakah seseorang itu, tapi tangannya masih memegang bukan mahramnya (exception for laki bini). Berpuasakah seseorang itu, jika mulut menyedut asap-asap kereta, eh rokok. Berpuasakah seseorang itu, tapi mulut tidak habis-habis mengumpat, mencaci segalanya. Berpuasakah seseorang itu, tapi tidak menunaikan solat.

Ini kes memang...masya Allah. Entahlah. Aku tak tahu nak komen apa. Tapi kita sebagai umat Islam haruslah berpuasa dengan sepenuh hati, serta berusaha meningkatkan amal ibadah kita. Bulan Ramadhan ini sebenarnya, bulan cas amal ibadah.

Handphone kalau digunakan sepenuh masa, lama-lama habislah bateri dia. Begitu juga dengan iman kita. Kalau dibiarkan saja, lama-lama jadi kurang. Jadi time bulan Ramadhan inilah, kita seharusnya berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah kita. Mudah-mudahan kita mampu melakukannya. Amin.

Bukan saja berlumba-lumba melakukan amal ibadah, tapi berusaha untuk menghindarkan diri daripada perkara-perkara makruh dan sia-sia. Seperti telah dinyatakan, apa guna puasa, kalau kewajiban tak ditunaikan, larangan diabaikan.

Apakah kebaikan berpuasa ini? Banyak sebenarnya, bukan hanya dapat pahala. Aku bersyukur kepada Allah, sebab ketika ambil PMR, time tu seminggu sebelum Syawal. Hasilnya? Cemerlang. Alhamdulillah.

Jadi apa kaitan puasa dengan ambil exam? Puasa boleh buat kita fokus. Fokus 10000% lebih daripada ketika tak puasa. Sebabnya? Kita tak fikir pasal makan, tak fikir duit nak beli makanan. Dengan izin Allah, Dia pasti tolong. Jadi salah satu kelebihan puasa ialah bantu untuk fokus lebih.

Kedua apa pula? Dapat merehatkan sistem tubuh badan kita. Tubuh badan kita ni dah penat mau cerna-cerna makanan, dengan gall bladdernya, pancreatic juicenya, asid dalam perut mau kasi hancur, usus2 bekerja, macam-macam lagilah. Jadi, bulan Ramadhan, insya Allah, boleh kita rehatkan perut kita yang penat bekerja ni. Lepas tu tak adalah masalah sakit perut lagi. Kalau kes gastrik, itu doktor punya kes lah. Hehehe.

Ketiga apa pula? Selain fokus dan rehat sistem pencernaan, kita juga boleh menguruskan badan. Hehe. Ramai antara manusia L dan XL serta ke atas ingin menggunakan bulan Ramadhan sebagai bulan diet. Tapi ingat. Puasa bukan semata-mata untuk diet. Puasa juga untuk tahan nafsu, dan puasalah kerana Allah. Sebab kalau kita niat hanya untuk keduniaan, maka dunialah kita dapat. Tapi kalau kerana Allah, insya Allah, Dia pasti menolong kita.

Seterusnya? Kita mampu untuk berjimat cermat. Naaa. Ini terpenting, khasnya untuk para pelatih guru/pelajar IPT yang ada duit berlambak-lambak tapi suka boros. Heee. Time puasa kita tak terfikir nak makan kan. Jadi savelah duit tu sikit-sikit. Lama-lama jadi bukit. Boleh cari bini sudah. Aiks? Hehe. Bulan berjimat cermat, orang selalu uar-uarkan. Tapi hampeh juga kalau ada orang kata "Aku nak berjimat bulan Ramadhan ni!" Sekali lihat, time sungkai* macam pergi makan di hotel. Sia-sia saja.

Next apa? Bulan ini ialah bulan ibadah. Para orang mukmin memang akan sentiasa berlumba-lumba untuk mendapat pahala. Ibadah sunat diperbanyakkan, zikir, Quran, solat, bersedekah dan macam-macam lagi. Tapi harap-harap kita mampu laksanakannya. Sebab memang susah untuk konsisten. Petua ustazku ialah, kita buat sikit-sikit tapi berterusan. Sebab Allah suka orang yang beribadah kecil-kecil tapi continuous. Yalah. Kalau kita degil nak buat banyak-banyak sekaligus, penatlah kita. Caranya macam mana?

Solat fadhu wajib dilaksanakan. Jika sebelum ni, kita malas-malas solat, cuba solat dengan hati serta keinginan yang kuat. Jadikan sebagai tabiat. Lepas tu, pelan-pelan upgrade, solat di masjid. Kalau sudah dapat upgrade, upgrade lagi, amalkan solat sunat rawatib (qabliyah dan ba'adiyah). Lepas dapat juga tu, upgrade lagi qiamullail. Memang nampak susah, tapi tak susah sebenarnya. Insya Allah kita semua boleh buat. Amin.

Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Ramadhan. Manakala solat yang afdhal (lebih baik) selepas solat fardhu ialah solat sunat pada waktu malam (terutama pada malam bulan Ramadhan)" Hadis riwayat: Muslim


Lepas sudah kukuhkan solat, trylah baca-baca Quran. Time Ramadhan ni, ustaz ku ada pesan pada kami, dia kata cuba khatam Quran untuk Ramadhan ini. Aku terus tunduk. Sebab aku belum pernah khatam Quran sejak aku belajar kitab ni. Mudah-mudahan Allah berikan kita kekuatan untuk melaksanakannya.

Itulah Ramadhan. Bulan ibadah. Bulan cas bateri iman. Dan paling hebat bulan ini terdapat Lailatul Qadar. Kalau tiada malam ni, memang surah Al-Qadr tidak ada dalam Quran. Kan? Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sebab time ni, Jibril dan rakan-rakannya akan turun ke dunia. Bilakah malam tu? Carilah di sepuluh malam Ramadhan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). (Al-Qadr ayat 4)

Tapi masyarakat kita pelik. Time sepuluh malam terakhir, bukan dicari malam yang mulia tu. Tapi dicarinya baju baru, seluar baru, segala-galalah persiapan untuk Idul Fitri ni. Patut ubah trend tu, tidak kemana-mana juga semua tu. Utamakan ibadah dulu. Insya Allah ada rezeki, adalah. Kalau tidak, alhamdulillah.

Kesimpulannya, inilah mampu ku ulas time Ramadhan. Banyak sebenarnya kelebihan bulan Ramadhan ni. Yang aku cerita ni berkaitan dengan azam orang-orang yang ingin jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan diet, bulan rehat. Tapi sebenarnya, semua tu boleh dicapai, kalau niat kerana Allah, disamping meningkatkan amal ibadah. Insya Allah.

Aku harap diriku serta para pembaca, mampu untuk menjalani bulan Ramadhan dengan kesungguhan dan keikhlasan. Amin.

AvA - Selamat menunaikan ibadah puasa. Jom ramai-ramai kita cas bateri. Insya Allah. Yeah!

Monday, 25 July 2011

D.U.I.T dalam bercinta.

Assalamualaikum,

Oh, hari Isnin. Assignment semakin menggila. Eceh. Bombastik tidak sepatutnya. Ternyata aku ini ada2 saja.

Kali ini kita cerita pasal cinta lagi. Eheh. Tapi ini khas untuk individu yang jatuh cinta, yang ingin mencari pasangan, bukan dilamun cinta.

Apa maksudnya? Jatuh cinta dengan seseorang tapi tidak meluahkan perasaannya. Hanya sekadar disimpan dalam hati saja.

Bukan satu perkara mudah. Percayalah. Bukan perkara mudah. Memang susah. Tapi tak mustahil.

Tiap orang pernah jatuh cinta, hatta Saidatina Fatimah - anak Rasululullah S.A.W - jatuh cinta pada Ali, tapi endingnya? Alhamdulillah. Dia berkahwin dengan Ali.

Jadi salahkah untuk jatuh cinta? Semestinya tidak. Sebab ianya fitrah.

Kalau dah jatuh cinta, mestilah nak tengok orang yang disayangi tu senantiasa saja kan? Tapi kalau terserempak depan-depan? Tak ke haru? Mesti gelisah kan? Seolah-olah macam mau lari saja walaupun hati gembira ada dia di depan mata kita. Hehehe.

Jadi apakah cara terbaik untuk kita menguruskan perasaan cinta kita ni? Banyak cara. Paling utama ialah solat.

Solat haram ditinggalkan. Wajib ditunaikan. Subuh ialah waktu paling susah. Tapi mudah-mudahan kita dapat melaksanakannya. Amin. Dengan solat sajalah, kita mampu untuk menenangkan hati kita. Serta merehatkan minda kita. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Hanya dengan solat, kita pasti tenang. Tapi kita zaman sekarang, asal ada masalah, lain cara kita buat. Afdhalnya kita memohon kepada-Nya dulu sebelum berikhtiar untuk mencari penyelesaian. Kan?

Kedua ialah doa. Doa ialah senjata bagi orang mukmin dan muslim. Tapi kita, pernahkah kita berdoa untuk memohon kepada-Nya? Ini tidak. Minta tolong orang lain, bomohlah, dukunlah, cikulah entahlah. Segala-galalah. Kalau ada masalah seperti aku bagitau, minta pada Allah. Berdoa kepada-Nya.

Contoh, kita jatuh cinta dengan seseorang. Tapi kita tak mau rosakkan diri dengan cuba menjalinkan percintaan dengan cara yang tidak halal, jadi apa kita buat? Doa. Doa. Doa. Selepas solat, doa. Sebab Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 186 - 

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 

Dan macam mana doa ini? Minta supaya Allah ampunkan dosa2 kita, dosa ibubapa kita, keluarga, guru dan muslimin serta muslimat. Minta kepada Allah supaya memberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan. Minta jauh dari seksa kubur dan neraka. Dan kalau pasal cinta, minta supaya dikurniakan jodoh baik. Sekiranya kita minat seseorang, mengadulah pada-Nya. Sebab kenapa? Allah Maha Mengetahui perasaan, hati, pemikiran kita berbanding makhluk yang ada dalam bumi ini. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 115

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

Lepas doa? Usaha. Kalau kita suka seseorang, berusahalah untuk mengenal dia. Tapi dengan cara baik. Jumpa ibubapa. Ustaz ku ada cerita time usrah semalam.
"Kalau suka, jumpa ibu bapa. Baik-baik dengan mereka. Bagitau, 'pakcik, saya sebenarnya ada hajat. Dari dulu lagi saya dan si polan ni macam berngam. Dua-dua ahli masjid. Kalau dalam syukbah, saya ketua, dia setiausaha. Rasanya saya berkenanlah dengan anak pakcik ni. Jadi saya ni nak masuk minanglah."

Macam ni laa. Jumpa ibu bapa. Apa barang bagitau dengan tu perempuan. Kan? Hehehe. Tapi ingat, bukan sembarang tau kalau ibu bapa nak 'nilai' bakal-bakal. Kita mesti ada ilmu agama. Kan? Kalau tak pass Al-Fatihah, baik baiki diri dulu ya.

Tapi macam mana pula kalau kami masih bawah umur? Maksud bawah umur ini ialah time masih belajarlah. Alaaa. Rileks. Bagi contohlah, dalam IPG sendiri (sebab aku tak tahu kes IPT hahaha), kan 5 tahun belajar sini. Kalau jumpa berkenan, tahan-tahan dulu. Heh heh. Dalam tahan, usahalah untuk kenal sikit-sikit. Kita kena berusaha mencari pasangan, bukan tunggu macam tunggu durian jatuh. Alamat kahwin tualah. Tanya-tanya kawannya, dah tunang ke belum, dah ada yang punya ke belum. Paling penting tanya ini benda.
"Eh awak, kawan awak tu, ORANG MASJID KE?"

Tanyalah benda ini. Ambilah kira pasal masjid. Laki ka, perempuan ka sama saja. Walaupun hakikat perempuan tidak perlu solat jemaah di masjid, tapi pergilah. Dengan masjid, pasti hati tenang. Amin.

Lepas usaha apa? Kalau ikut formula D.U.I.T, istiqamah kan? Tapi aku ada kes spesel sikit. Ada solat di depan doa. (Sama saja tu) Berterusanlah berdoa, dan berusaha. Korang ingat ayat ini. Allah memandang ke arah usaha kita, bukan hasilnya. Jodoh kita telah ditentukan sejak azali lagi, tapi kita kena usaha untuk mencarinya. Susah tapi tak mustahil. Sebab jodoh itu ada di mana-mana. Maybe, korang akan kahwin dua, korang akan jadi madu, korang akan janda, korang akan duda, korang akau bujang hingga ke tua, korang akan dara hingga kedut. Haraplah tidak bujang sampai tua.

Lepas istiqamah? Tawakal. Ini ialah kita berserah sepenuhnya. Tapi ini peringkat tinggi dahlah. Kes mo kahwin. Haha. Kita dah masuk minang, tunggu kata putus saja dari pasangan anda.Ini kita terus berserah kepada Allah saja. Kalau suda kita doa, usaha, istiqamah, palingl last tunggu keputusan dan tawakal. Kita berserahlah kepada Allah. Ada dua kita boleh minta. Pertama minta supaya terbuka hati si dia, kedua minta supaya hati kita tabah menghadapi segala kemungkinan. Ini pendapat akulah. Banyak kita boleh minta.

Kan? Begitulah kalau mahu menguruskan cinta ni, terutamanya kalau mencari pasangan. Allah Maha Menyayang dan Maha Memberi. Kalau tak dapat, tak pa, mungkin ada lebih baik lagi.

Dalam Islam, tiada istilah 'kenapa tak dapat', yang dipersoalkan 'kenapa tak cuba'. Kenapa tak cuba? Siapa tahu kita dapat?

Jadi dalam percintaan, kita kena pandai manage. Sebab kebanyakan orang manage dengan cara yang macam mana? Menjalinkan percintaan tak halal. No need to comment. Jadi, insya Allah tips-tips yang aku bagi ni mampu mengurus masalah cinta tu. Terutamanya yang tak sabar mau kahwin, yang down sebab rasa diri ini tak sesuai dengan si dia. Eleh, belum try belum tahu bro. Dah try memang alhamdulillah.

Kesimpulannya, mudah-mudahan Allah memberi rahmat serta memudahkan segala urusan kita. Amin.

AvA - Huis. Panjang geng.

Wednesday, 20 July 2011

Agama yang mencantikkan segalanya.

Assalamualaikum,

Yezza. Buruk pula intro ku ini. Patut intro ku dimulai dengan bacaan alhamdulillah, selawat. Takpelah. Aku tak reti nak taipkan. Dalam hati ja ya.

Mari kita cerita lagi cinta. Yeha. Secara tetiba, idea masuk ke otak ku, diberi oleh Allah idea untuk buat entri ini.

Cinta itu fitrah, siapa-siapa menafikannya maknanya dia bukan manusia. Betul atau tidak? Heee. Boleh pusing kepala korang oo fikir-fikir ni benda. Hehehe.

Tadi sewaktu aku post itu sebagai status FB, ramai like. Ya. Makin berlainan status2 FB aku ini. Agaknya nak kahwin dah kot? Ahah.

Ada seorang kawan bertanya, macam mana kalau kita nafikan cinta kita terhadap orang yang hebat? Aku fikir orang hebat agama. Rupanya orang yang cantik, kaya dan keturunan baik.

Hmm. Ada penyelesaiannya untuk ini. Lagipun dalam hadis pun ada. Banyak kalau pasal hadis. Benar. Bukan tipu ini.

Andai kata kita suka seseorang, cubalah tahan dulu perasaan kita. Tanam niat untuk kahwin dengan orang tersebut jika kita mampu. Sebab hadis nabi ada disebut:

"Daripada Abdullah R.A berkata: bahawa Rasulullah S.A.W: Hai para pemuda! Siapa di antara kamu sanggup memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kesopanan (kesucian). Tetapi siapa tidak sanggup, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menahan nafsunya." - Hadis Riwayat Muslim (sahih)

Nampak kan? Apa nabi kata? Kalau suka terus kahwin. Betul kan?
Mungkin ada yang belum tahu pasal hukum hakam couple ini. Macam banyak ja hukumnya. Haha. Sepanjang aku hidup, rata-rata para ustaz bagitau couple itu HARAM. Diulangi, HARAM. Malahan abangku sendiri sokong pendapat ini. Kenapa? Jom rujuk hadis di atas.

"kerana perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kesopanan (kesucian)."

Ayat ini memang bermakna. Apa maksud menahan pandangan? Kata lainnya ialah menjaga pandangan. Bukan menundukkan pandangan. Tak pasal-pasal terhantuk dinding kan haru. Maksud tahan atau jaga pandangan ialah mengelakkan diri daripada melihat perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Seperti melihat aurat wanita. Kalau kes terlihat rambut tu, mungkin ada kiasnya. Aku tak tahu.

Maksud aurat yang lain ialah seperti betisnya, pahanya (seksi) dan paling penting, gambar yang tak patut jangan tengok. Kan3? Dan kalau boleh, kalau bercakap dengan perempuan, janganlah tengok matanya sangat. Tak pasal-pasal dia tergoda. Haha. Jadi camana? Sekejap-sekejap ja tengok. Dan jangan melarat tengok tempat lain. Jadi kalau couple? Sememangnya, pandangan mereka tak mungkin tak melarat ke tempat lain (pada tubuh wanita). Tidakkah begitu?

Kalau sudah nabi pesan untuk jaga pandangan, semestinya kelakuan juga harus dijaga. Wajib dijaga. Jangan pegang-pegang, jangan usik mengusik (physically), jangan cubit-menyubit. Kan? Tapi kalau couple? Adakah couple tak pegang tangan? Lainlah kalau couple tak dating. Kes berjauhan. Hehhe. Kalau belum kahwin, pegang-pegang kan dosa. Bukankah begitu?

Terus percakapan. Haa. Ini juga tergolong dalam memelihara kesucian. Kalau dah berdua-dua, segala percakapan boleh keluar, tanpa tapisan. Pandai-pandailah nak fikir apa maksud ayat ku itu. Dari tanpa tapis, terus tiada lapis. Huh. Bahaya. Kalau dah kahwin, manja tahap gila pun tiada apa-apa punya. Tiada lapis pun okay saja. Urgh!

Itu antara aspek mengapa couple ini haram. Hehe. Baiklah itu kes haram couple. Jom cerita kes meminat ini.

Seperti ku katakan, cinta itu fitrah. Jadi tak salah kita jatuh cinta pada orang lain. Fatimah sendiri pernah jatuh cinta terhadap Ali. Dan mereka berkahwin juga akhirnya. Indah sungguh. Jadi kalau kita macam mana? Ada dua, confess and married, or hold on and tawakal.

Ada 4 aspek memilih perempuan. Hadis nabi ada sebut.

Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya “Wanita dikahwini kerana empat perkara:kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu beruntung dan berbahagia."

Kan. Harta, cantik, keturunan dan agama. Dan nabi suruh kita pilih agama supaya yang lain-lain akan jadi cantik. Insya Allah.

Memang payah nak cari orang yang berilmu agama. Terus kita pasti akan berkata begini "Ko pikir senang ka mau ambik yang taraf ustazah? Aku ni sudahlah tak berilmu. Solat pun jarang-jarang."

Betul. Aku pernah kata begini dulu, sehinggalah kawanku tegur "Sebab dia taraf ustazahlah kita kena berusaha memperbaiki diri kita."

Jadi kalau korang kata begitu "Aku tak layak. Belum ada ilmu." Jangan kecik hati kalau aku kata "Jadi kenapa ko tak berubah? Bila lagi nak berubah? Tua? Ko yakinkah ko masih hidup nanti?"

Cubalah berusaha untuk berubah. Kan bagus begitu. Sebab Allah ada kata dalam Quran iaitu:

Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). (A-li'Imraan 3:10)

Cuba kita berubah, berusaha, dan berserah sepenuhnya kepada Allah. Kita boleh rasa sendiri apabila hidayah itu meresap ke dalam jiwa kita. Contoh, selama ni kita buat dosa, tapi kita tak rasa bersalah pun. Tiba-tiba satu hari terdetik di hati bahawa kita telah tersimpang jauh daripada ajaran agama. Itu boleh jadi salah satu tanda hidayah masuk ke dalam hati juga. Wallahu'alam.

Orang yang jahil, apabila diturunkan hidayah, terus berubah tu. Bagaimana pula dengan orang yang tidak jahil? Kita haruslah sentiasa meningkatkan amal ibadah kita. Sebab hidayah boleh ditarik bila-bila saja. Itu semuanya daripada Allah. Jadi kita haruslah berdoa agar kita sentiasa diberi petunjuk kepada-Nya.

Berbalik ke arah berkahwin dengan wanita solehah/lelaki soleh, kalau kita mahu pasangan kita begitu, berubahlah kita. Ada orang berkata, jodoh kita sebenarnya ada di Luh Mahfuz, namun siapakah orang itu, peribadi kita menentukannya. Sebab itu ada ayat ini:


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur26)

See? Kita baik, baiklah isteri kita. Kita jahat, nauzubillah. Haraplah tidak. Memang ada kes isteri baik dengan suami kaki disko, wanita jalang dengan suami beriman. Memang ada. Tapi sesungguhnya ada hikmah disebalik semua tu. Allah Maha Mengetahui, bersyukurlah kita kepada-Nya atas nikmat diberikan.


Kesimpulannya, mudah-mudahan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua. Amin. Serta pasangan yang baik-baik belaka.

Sweet! Aww!


AvA - Aku jatuh cinta lagi..Ups?

Tuesday, 19 July 2011

I do, but I don't.

As the dark clouds come again
I'm standing in the pouring rain
I'm waiting for someone to come
Walk with me til I get home

As the thunder struck the sky
And the world is crying out loud
I'm still waiting, keep waiting again
But no is here until the end

So I leave my notes here just for you
I hope you'll read it, and feel it too
I just want you to know about my true
My true feeling towards you

I do love you, but I don't want to be with you
I'm afraid that I have to leave you all alone
We both can't see the future, why do bother?
Don't you know that I can't be with you?

The falling rain will never stop
Until my time is running out
I can't get rid of you out of my mind
I still keep thinking of your lonely smile

I know that I have done something wrong
I hope you forgive me, before I go
I know you love me, I love you too
I leave my notes here, just for you

I do love you, but I don't want to be with you
I'm afraid that I have to leave you all alone
We both can't see the future, why do bother?
Don't you know that I can't be with you?

I do love you, but I can't be with you
I know I have to leave you all alone
I don't want to hurt you, never make you cry
There's only one thing, I'll let you know

I do love you, but I don't want to be with you
I'm afraid that I have to leave you all alone
We both can't see the future, why do bother?
Don't you know that I can't be with you?

I do love you, but I can't be with you
I know I have to leave you all alone
I don't want to hurt you, never make you cry
There's only one thing, I'll let you know

I love you, from time to time.



AvA - Apa kes ni? Haha.

Monday, 18 July 2011

Nisfu Syaaban? Tarawih? Assignment? Ramadhan! Oh yeah!

Assalamualaikum,

Ahaa. Masih bernafas lagi. Alhamdulillah. Kini kita di pertengahan bulan syaaban. Yup. Syaaban. Mesti familiar dengan nisfu syaaban kan? Aku sarankan korang ke link ini supaya paham tentang nisfu syaaban ni.

Agak lama aku tak update. Sejak SUPER JUNIOR tu, aisehmen. Macam malas aku nak cerita kisah junior ni. Takpelah. Lupakan saja dulu. Cooldown dulu.

23-24 Julai. Insya Allah akan aku sertai kursus kahwin. Heee. Terkesima? Terkedu? Terharu? Apakah? Pelik kan aku ikut kursus kahwin? Biasalah. Supaya di lewat hari, taklah kelam kabut urus itu ini.

Ada kawan kata "kalau ikut awal, tidak dapatlah ikut sama-sama partner nanti." Betul tu betul. Tapi part paling seronok, kalau ikut, kita tak tahu bakal isteri/suami kita ada sana. Nanti kalau nak kahwin, sekali lihat, rupanya pernah ikut sama-sama dulu walaupun tak kenal. Naa. Siok kan? Lainlah kalau sudah niat mau kahwin dengan orang yang dikenali. Lalalalala.

Cakap pasal kahwin ini, ternyata aku kena bersikap cooldown dulu. 5 tahun ialah perkara lama. Tidak pasal-pasal jumpa super junior (2012,2013,2014,2015) nanti, berubah hati. Aih aku tak mau. Hahaha.

Cerita cinta pula, aku rasa dah penat nak update pasal cinta. Apapun, tahan hati sajalah ya. Tak payah nak sehidup semati. Hehehe.

Dan bulan assingment bakal bermula. Dengan 4 kerja kursus dah diberi, tinggal lagi 3. Wow. Syukur ada 2 projek harus dibuat. Aku harap yang 3 lagi KKP saja. Sebab senang. Projek memang lama, tapi susah. Kena berusaha sajalah.

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan. Yeah. Dan ada solat terawih. Bukan tawarih. Hehehe. Tapi suka aku ingatkan diriku dan pembaca semua, Isyak dulu baru tarawih. Barulah dapat pahala. Sebab apa, di masjid sini, lebih prefer tarawih daripada Isyak. Datang duduk. Iqamat Isyak, masih lagi duduk. Sekali imam umum solat tarawih baru sibuk nak ikut jemaah. Masya Allah. Janganlah. Wajib dulu, baru sunat.

Dan pastinya, paling popular, fadhilat solat tarawih. Pasti setiap blog ada. Aku mahu ingatkan, sebelum kita post sesuatu, kita kena cari fakta asalnya. Siapa perawinya, sahih atau tak. Aku pun update status di FB bukan sembarangan saja. Mesti ada bukti. Kalau tak orang tuduh aku menipu. Kan?

Fadhilat solat tarawih yang sentias diuar-uarkan itu sebenarnya, hadis itu TAK PERNAH WUJUD a.k.a HADIS MAUDHU (PALSU). Aku sudah rujuk di tempat lain, ILuvIslam pun ada bagitau, disini pun ada. Bacalah, supaya lebih faham.

Itu satu. Kedua, jangan gaduh pasal bilangan rakaat yang betul 8 ka, 20 ka, 23 ka, 27 ka, 36 ka. Buatlah berapa banyak pun. Kalau imam buat 8, ikut. Kalau buat 20, ikut. Jangan gaduh-gaduh. Mana-mana pun boleh. Di masjid IPGK, kami buat 8 dan 3 witir. Di masjid pekan, buat 20 serta witir.

Dalam hadis nabi, diriwayatkan daripada Aisyah R.A iaitu
"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu."    (Riwayat Muslim)

Ini menunjukkan, solat tarawih ini sunat saja. Kalau mau faham lagi, baca di sini. Tak payahlah nak sibuk-sibuk bilang mesti-mesti. Sebab kenapa? Korang bayangkan, sepanjang tahun korang pi masjid, hanya ada satu bulan saja yang pada malamnya mesti ramai. Iaitu bulan ramadhan. Aku tak kisahlah, kalau nak tingkatkan amalan, pahala. Tapi kalau hanya sekadar memenuhi yang sunnah bukan yang wajib? Apa kes?

Tentang fadhilat tu, baca sendiri ya. Aku pun diberitahu fadhilat itu maudhu, tidak benar. Manakala nisfu syaaban pula, tiada satu pun hadis sahih mengenainya. Cuma, silalah baca apa yang aku telah kongsi supaya lebih faham.
Dengan tak lama lagi Ramadhan menjelma, bersiap-siaplah kita untuk menerima dengan penuh semangat. Orang mukmin pastinya sangat gembira menerima kedatangan Ramadhan, sebab mereka ingin meningkatkan amal ibadah mereka. Orang munafik pastinya kecewa, sebab tak boleh buat maksiat.

Kesimpulannya, tingkatkan amal ibadah kita, fokus, serta jangan tinggal solat. Insya Allah.

AvA - Cooldown. Cooldown. Hehe.

Sunday, 10 July 2011

Dimanakah kita ketika 5 waktu utama? Part I

Situasi A

(Azan subuh berkumandang)
الصلاة خير من النوم

Manusia - Subuh dah rupanya. Aduh.
Syaitan - Alaaa. Rilek la. Lama lagi subuh. 5.30 pun boleh masih. Tidurlah dulu. Sejuk ni. Siok

Maka si manusia tidur balik.

Pukul 7 pagi

Kawan - Geng. Bangun.
Manusia - Astaga. Pukul 7. Alaaa mau kuliah sudah. Mandi mandi!

Inilah namanya subuh terkejut. Yakah? Rasanya subuh tak tersahut. (Tak solat subuh)

(Kuliah)

(Azan Zuhur)
(Habis kuliah)

Manusia - Lapar pula. Ai makan la dulu.
Kawan - Geng, jom pi masjid.
Manusia - Aku kat bilik je la. Mau makan. Mana boleh solat kalau lapar kan. Tak khusyuk.

(Lepas beli dan lepas makan)

Manusia - Wah. Kenyang! Ahh! Lega pas makan. Nak bersms la dulu ngan sayangku ni. Lepas tu tidurlah.
Kawan - Geng. Dah solat ke?
Manusia - Lek la. Lama lagi asar.

Dan dia lena hingga asar. Inilah namanya tak pandai bersyukur atas sesuatu nikmat dan lalai.
(Azan Asar)

Pukul 5 petang

Manusia - Ya ampun! Jam 5! Alah latihan sukan! Aiya!
Kawan - Geng. Dah asar ke?
Manusia - Lek la geng. Nanti aku buat. Latihan sukan ni. Nanti coach marah.

Inilah namanya lalai dan tidak takutkan Allah. Takut coach marah sebab lambat, tapi tidak gentarkan kemurkaan Allah sebab tak solat. Wajarkah?

(Azan Maghrib)

Manusia - Penatnya. Siok la sukan tadi. Ai lapar pula. Ambik duit dulu la kat hostel.
Kawan - Geng. Jom pi masjid bro. Maghrib.
Manusia - Kau pergilah dulu. Aku mau pi beli makanan. Lapar ni.

(Lepas beli dan makan)

Manusia - Kenyang! Mandi dulu. Eh sayangku mesej la.
"Jumpa kat kafe karang yer."
Manusia - huh. Kena cepat ni. Karang sayangku marah pula. Mandi!

Ini lagi satu kelalaian. Sanggup luangkan masa dengan kekasih tapi dengan Allah langsung tak dipedulikan.

(Azan Isyak)
Manusia - Yang. Sayang sayang sayang.
Manusia - Sayang pun sayang sayang juga.
Kawan - Geng. Isyak. Jom pi masjid.
Manusia - Pergilah dulu.

Dating tak ingat dunia.

(Di bilik)

Manusia - Siok dating tadi. Adei. hmm. On FB dulu la.

(Jam 2 pagi)

Manusia - Ngantuknya. Tidurlah. Kroih. Kroih.

Ini tahap alpa lalai yang tinggi. Patutkah?

Demikianlah situasi A tadi. Kita boleh lihat situasi yang si manusia langsung tak peka terhadap 5 waktu utama dalam hidup kita semua yakni Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib serta Isyak. Wajarkah kita mencontohi si manusia itu? Kita menggunakan ilmu agama tapi pada tempat yang salah. Contohnya, solat time lapar. Memang betul makruh. Tapi lepas makan adakah kita solat? Tidak kan? Jadi rasional kah?

Terlajak tidur petang. Kita sanggup kelam kabut untuk sedia untuk sukan. Tapi solat petang (Asar) ditinggalkan. Wajarkah? Memang betul waktu asar ialah waktu selalu orang lalai.
Main sampai maghrib. Lepas tu bukan nak bersedia untuk maghrib. Tapi melencong nak makan. Tak pa kalau memang lapar. Tak salah. Tapi kalau lalai sampai terlepas maghrib, wajarkah?

Time Isyak. Sanggupnya kita korban masa untuk dating dengan kekasih kita. Sanggupnya kita dating berjam-jam tapi ketika solat, amat berat untuk kita lakukannya. Padahal dating dengan Allah hanya sekadar 5-10 minit saja. Tapi kenapa kita tak buat?
Benarlah ayat-ayat Quran dalam surah Al-Baqarah iaitu:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah)
Memang susah. Tapi kita boleh berusaha. Kalau kita mampu untuk menghadap FB berjam-jam, kenapa kita tak mampu menghadap Allah untuk 10 minit?
Fikir-fikirkanlah. Aku sekadar berkongsi dan ini semua untuk aku serta saudara-saudara seagama ku juga iaitu para pembaca. Kita semua memang tak lepas dari lalai. Tapi ingatlah Allah, insya Allah kita tak akan lalai.
Kesimpulannya, saling nasihat menasihati itu penting supaya kita tahu kesilapan kita. Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan urusan kita. Amin. 
AvA - Bersambung....

Thursday, 7 July 2011

Kepada perempuan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.

Ke hadapan kepada para wanita sekalian.

Aku menaip entri ini untuk memberitahu anda semua. Aku seorang lelaki berstatus single, muda masih, berumur 21 tahun. Ada lebih baik jika anda semua buka mata, buka fikiran serta buka hati untuk terus membaca entri ini.

Aku sentiasa dengar dan baca berita. Sentiasa update berita. Seringkali itulah juga, berita tentang perempuan jadi pelacur, GRO, dirogol keluar.

Setiap kali aku lihat berita tersebut, maka aku berasa kecewa. Kenapa seharusnya ini berlaku? Apa sebabnya? Adakah ianya salah lelaki? Lelaki kuat nafsu? Gila nafsu?

Asal perkara ini terjadi, mulalah kaum hawa menyalahkan kaum jantina ku. Lelaki gila seks! Oh! Sadis sungguh anda. Salah lelaki kah?

Aku rasa bukan salah lelaki sepenuhnya. Kebanyakannya berpunca daripada anda semua juga. Kenapa? SEBAB ANDA SEMUA SUKA PAKAI SEKSI-SEKSI. Faham? Seksi-seksi!

Adik perempuan ku menerima satu surat dari lelaki horny. Adikku terus berubah menjadi seorang muslimah yang solehah. Syukurlah lelaki horny tu 'memberi nasihat' walaupun dalam bentuk yang mengancam. Ternyata adikku bijak menafsir surat tersebut.

Kaum hawa sekalian, tahukah kamu golongan paling senang masuk syurga ialah kamu? Dan paling senang masuk neraka juga adalah kamu? Aku takut kamu semua masuk neraka. Kalau boleh aku mahu memimpin kamu semua masuk syurga. Sebabnya? Aku tak mahu kamu ke neraka sebab aku sayang kamu semua. Sebab dalam hadis nabi mengatakan:

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Walaupun secara kasar nabi kata sebab-sebab begitu, tapi takkan kamu tak pandai tafsir? Kekurangan agama punca kamu buka aurat. Jangan kata TIDAK KENA AJAR. KENAPA SENDIRI TAK NAK BELAJAR?

Tolonglah. Jangan pakai baju sendat, seluar ketat, pendek dan nampak, paha gebu yang berlemak, buat aku meluat, tapi nafsu lelaki horny pasti berkobar-kobar. Kenapa? SEBAB ITULAH KAMU SEMUA BANYAK KENA ROGOL. Padan muka. Aku sedih. Aku sedih tahu tak. Macam mana aku mahu kahwin dengan kamu? Kalau kamu suka seksi-seksi? Bukan senang nak jaga. Allah S.W.T ada sebut:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. An-Nuur - 26.

Walaupun aku bukanlah lelaki baik, tapi aku berusaha untuk menjadi baik, supaya aku dapat perempuan yang baik juga. Namun aku sentiasa nampak perempuan jahat, susah nak cari yang baik. Luar baik, tapi berubah kalau malam. Tutup siang, buka malam. Astaghfirullah.

Wahai kaum hawa, pleaselah, ikutlah nasihat orang yang menasihati kamu. Berubahlah jadi baik. Belum terlambat. Orang tegur untuk kebaikan. Bukan mengaibkan. Apakah dosa orang yang menegur? Kenapa harus kamu melenting? Anda akan cakap "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG." Aku bukan nak jaga tepi kain, TAPI NAK JAGA DALAM KAIN TU. SUPAYA TAK PECAH. Malahan aku juga berusaha jaga diri aku sendiri.

Anda boleh cakap, aku ni talam dua muka. Cakap tak serupa bikin. Bukan salah pun kalau aku tegur. Malah tegurlah aku supaya aku tahu kesilapan ku. Supaya dua-dua boleh berusaha menjadi baik. Mendapat keredhaan Allah.

Wahai perempuan, tiap malam aku balik dari kerja, mesti nampak anda lepak-lepak di pusat hiburan, sambil memegang botol kencing syaitan, bergaul-gaul dengan jantan lain tanpa perasaan malu. Aku malu. Aku juga tak mahu bakal isteri aku jenis begitu. Jadi perempuan, please change! Jadilah muslimah sejati, jadilah solehah. Sebab kamu senang masuk syurga. Nabi sendiri pernah sebut:

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Senang sungguh. Kalau boleh aku mahu jadi perempaun. Tapi aku tak mahu. Aku mahu pimpin kamu ke jalan yang benar. Dan kamu akan menjadi pendampingku serta penasihat jika aku tersasar. Alangkah indahnya jika kamu berubah, menjadi solehah seperti Sumaiyah, Khadijah, Aisyah, Fatimah dan ramai lagi tokoh wanita Islam.

Akhir kata dari aku, kaum hawa, belum terlambat untuk berubah. Berubahlah. Sebab aku ingin sekali mencari isteri yang solehah. Agar sama-sama menjalani kehidupan dengan tenang, indah serta sabar. Sungguh sedih jika anda tak berubah. Kemungkinan juga, aku bujang sampai ke tua. Berubahlah kaum hawa. Sebab aku sayang kamu kerana Allah, aku sayang kamu, sepertimana aku sayang ibu, kakak, dan adikku.

Ikhlas daripada
- Bakal suami anda.

Ini untuk kita semua. Bukan semestinya perempuan saja. Lelaki, kita juga kena jaga diri kita serta orang lain supaya tidak terjerumus ke dalam lembah maksiat. Jangan kata "Ko diam. Kubur masing-masing." Kalau ada orang kata begini, cakap "Betul. Tapi aku tak mahu kuburku bersebelahan dengan kubur kau. Aku sedang senang lenang, terdengar pula bunyi seksaan dari kau nanti di alam barzakh." Lebih baik kita semua saling pesan berpesan. Supaya kita tahu kesilapan kita, dan tidaklah timbul prasangka. Dalam surah Al-Asr yang bermaksud:

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ayat ini memang bermakna. Supaya kita tidak lalai. Mudah-mudahan kita diberi taufik dan hidayah daripadanya. Amin.

Indahnya kalau anda begini.

AvA - Selamat beramal semua. Ramadhan tak lama lagi. Tanamkan niat untuk tingkatkan amal ibadah.

Monday, 4 July 2011

Sorrowful day.

Criticize is good.

Sadistic comment let people down.

Be optimistic to everyone.

Tell if someone have done something wrong.

Friendship is important.

Be honest, truth is pain, yet harmless.

You're no robot. You're human.

Everyone has feeling.

Care of others.

Love them.

Be strong, together with them.

Take it as reward to change you.

Depends on you. Want it or not.

They still care about you.

Correct the mistakes, take the false step for motivation.

Forgive and forget, not better safe than sorry.

They're your family here.

Honest, wholehearted, kind, empathy, helpful.

Last but not least, ALLAH.

Today was sorrow, but memorable. It might change people, from bad to good. It's good for me, and them too.

No one seems to care, first time in life, it's all revealed.

First time in life, they will be there when you need.

4th July 2011, was a great day.

Finally, everyone is even again.

Forgive and forget.

Cause that's the way to enjoy our life.

Lastly, no more hard feelings!

Thank you, my friends!

- Alter, Bell, Shizu, Azie, Eylvera, Diane, Idah, Aga, Mer, Riizu, Acici, Siang, Theresia, Elreiy, Amni, Sri, Lala, Ain, Dayu, Tim, Padlie, Mey, Ronn, Aru.

AvA - Entry special.

Friday, 1 July 2011

Kebaikan. Julai. Yeah.

Solat itu lebih baik daripada tidur.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sebab ada lagi peluang bernafas. Hehe.

Tadi aku ke masjid bersolat subuh jemaah dengan muslimin serta muslimat lain. Lepas subuh, seperti biasa ustaz akan beri tazkirah riyadhus solihin. Antaranya ialah suruh kita buat kebaikan.

Kebaikan. Cakap senang. Buat susah. Aku sendiri pun bukan baik. Kadang-kadang kitan nak buat baik, tapi orang sekeliling kita sinis kepada kita.

Kita tidak boleh memandang remeh kepada kebaikan yang orang lain lakukan. Sebab Allah yang berhak menilai semuanya. Bukan kita.

Malahan juga, walaupun kita bertapuk dalam gua gelap di malam yang tiada bulan, Allah tetap tahu apa yang kita lakukan. Sebab itulah Allah MAHA MENGETAHUI.

Paling senang untuk membuat kebaikan ialah senyum. Seperti lagu popular yang aku tak tahu siapa artisnya, senyum tak perlu kata apa-apa. Hehe. Senyuman itu satu sedekah. Senyumlah. Aku pun mahu senyum jugalah. Jangan saja ada gadis jatuh cinta sebab senyumanku. Haha.

Kebaikan kedua, melupakan segala kesalahan orang terhadap kita dan memohon keampunan daripada-Nya sebelum tidur. Ini juga senang. Free of charge. Modal yang murah, tapi ganjaran besar. Cumanya, kadang-kadang kita semua lalai. Serta hati kita tidak cukup kuat untuk melakukannya.

Okay itu saja. Next, ya. Bulan yang ku tunggu-tunggu. Kenapa? Sebab July ialah bulan special ku. Selain daripada Muharram. Ramai kata July ini bosan. Antara 12 bulan ini, hanya April dan July saja bosan. Sebab tiada cuti. Ya itulah tu. Kesianlah orang yang lahir April dan July. Tapi ada ku kisah? Ahah.

July ini istimewa sebab ianya bulan kelahiran ku. Heeee. Bila? Cek sendiri ya. Hahaha. Sebab ramai lagi kawanku yang lahir bulan July. Hatta Dr. Fadzilah Kamsah beritahu bahawa orang lahir bulan July ada specialnya.

Bukan bangga, sebab tiap manusia ada kelebihan sendiri. So takpayah aku nak bagitau apa specialnya. Hehehe. Apapun, yang penting kita tahu apa kelemahan serta kelebihan kita. Jadi jangan gaduh-gaduh. Lalalalal.

Besok, ada satu event iaitu larian 1 Malaysia. Secara jujurnya, larian apakah ini? Bingung tapi aku 'join'. Hehe. Walaupun hati mahu ke KK, tapi terima sajalah. Lepas habis saja aku terus pecut. Haha.

Kesimpulannya, buatlah kebaikan walaupun sebesar kurma. Sebab kurma tu banyak khasiat. Sama seperti kebaikan. Siapa tahu, kebaikan itulah yang membuatkan diri kita masuk syurga. Insya Allah.

AvA - Kahwin. Kahwin. Kahwin.