Comrades

Saturday 8 January 2011

Komen sadis? Atau anda yang sadis?

Bertemu kita pada entri kali ni. Ketika berblogdriving (aku suka driving..b.w memenatkan..ahaha..) ke blog orang lain, saja2 lah mau baca entri serta komen2 orang lain. Memang syukurlah sebab tiada orang 'saman' aku kan. Yalah, mana cukup mau bayar balik. He he he. Berbalik kepada tajuk kita ni...aku ada terbaca tentang si pengkomen orang yang bernama "tanpa nama". Orang yang menggunakan tanpa nama ini selalunya..akan mengkomen/mengkritik sadis punya. Memang konfom. Kalau tidak pun, yg menyokong saja. Okeylah tu.

Tapi dalam hal ni, aku takkan berpihak kepada sesiapa. Dalam satu blog ni, milik seorang gadis, dia telah dikritik gara2 bertudung tidak sempurna. Aku memang akui kritikan yg diberi tu CUMANYA, aku tidak bersetuju dengan caranya hatta apa sekalipun alasan yang diberi. Dalam Islam semuanya berbentuk psikologi serta lemah lembut, no offense punya melainkan ketika berhadapan musuh Islam. Kalau beri satu teguran yang keras serta cacian, makinlah dorang menyampah. Betul kan???

Teguran itu kenalah yang baik2 punya. Sebagusnya berkias lebih baiklah. Yalah kadang2 berkias ni lebih power kesannya untuk mengubah seseorang berbanding cacian. Kalau cacian punya kesan memang ada tapi geram kepada si pengkritik sadis. Hehe. Macam contoh dibawah ni..
Teguran sadis
"Huh! Ko ni pakai tudung pun salah! Masuk nerakalah ko!!" - peratus kesan yang menyakitkan sangat tinggi dan mencapai 500%

Teguran baik
"Lawanya ko ni. Tapi lebih elok kalau setakat ala kadar. Lebih sedap mata memandang tau." - peratus kesan untuk menyedarkan amat tinggi.

Ada beza?Belum faham?Contoh ini lagi.
"Pemalas betul mau solat. Masuk HELL lah ko!!." - teguran negatif
"Solatlah kamu. InsyaAllah masuk syurga." - teguran positif.

Mengapa begitu? Kalau kita tegur mengikut cara yang negatif, orang akan solat kerana takutkan neraka. Betul lah kan? Tapi adakah mereka takut Allah? Kita tidak tau. Orang solat tapi masih fasik. Tidak patut. Sebab itu nabi pernah bersabda, ada orang solat tapi masuk neraka.
Kalau yang positif pula, mestilah orang akan rindu syurga dan rindu Allah. Sebab? Di syurga orang akan dapat lihat muka Allah S.W.T. Di mana orang ni akan sentiasa buat kebaikan setiap masa. Berbeza bukan? :)

Orang yang tanpa nama ni mendakwa lagi, "aku guna 'tanpa nama'/anonymous ni sebab aku tau, bukan ramai sokong aku." Keh keh keh. Lawak bukan? Aku begini je. Siapa suruh mau juga bagi komen sadis. Baik2lah. Tidak juga orang marah. Kalau kita tegur baik2, biarpun orang lain tidak suka, biarkan mereka. Yang penting cara kita baik, orang suka dan kita doalah mereka dapat hidayah. :)

Kadang2 orang yang mengkomen ni, main serkap jarang je. Yalah. Direct trus cakap orang ni begini2lah. Main serkap jarang ni tidak boleh. Ni menunjukkan korang berprasangka buruk terhadap sesama saudara sendiri. Kita tidak boleh menilai berdasarkan luaran mereka, sebagai contoh
"Eh ko ni nama je bertudung tapi tudung pun sial. Cam telanjang pula."
Ahoi. Korang ni. Suka2 je cakap orang sial, telanjang. Bagus ke tu? Memaki pula. Cubalah baik2 sikit. Biarpun dia begitu, kita tidak tau hati dia. Mungkin amalannya lebih tinggi dari kita. Wallahu alam.

Aku tujukan ni, bukan khas utk yg berlaku pada blog je. Ini adalah universal. Tidak kiralah tegur benda apa, semuanya mesti berhemah. Jangan pandai2 korang tegur sadis. Ofkos, korang pun jadi sandih punya. Keh keh keh.
Kepada yang ditegur pula, walaupun anda ditegur begitu sadis sekali, ahoi, hehehe, anda bersabarlah. Itulah dugaan Allah tapi jangan tolak sebulat hati anda sebab dalam teguran yang sadis tu dia suruh buat benda baik. Jangan kita fikir orang itu salah, yang salah tu caranya saja. Terima saja walaupun menyakitkan kerana Allah mengurniakan kita satu kesakitan yang mempunyai kebaikan dalamnya. Tidak bermaksud penulis blog ini menyokong pengkritik sadis, aku tidak berpihak mana2 sekalipun ya. :)

Kita berdoa je agar kita dikurniakan hidayah daripadaNya. Kamu kena ingat, aku pun manusia, kurang sempurna. Jadi kalau terasa masam tu, sorilah yer. Minta maaf. :)

P/S - Pengkritik sadis, fikir2 sebelum mengkritik. Dikritik sadis, fikir2 sebelum membalas kritikan. :)

1 comment:

  1. setuju sangat.. nak kritik orang pun biarla berlapik. kritik positif itu lebih baik dan berkesan..

    ReplyDelete