Comrades

Wednesday 25 January 2012

Ngo-Blog II - Riadah dan Kesihatan

Assalamualaikum,

Hari tanpa makan nasi. Memang mencabar, tapi tak rasa lapar. Alhamdulillah! Hehehehe.

Paling berat pun layan mi goreng ja tadi, itu pun pelan-pelan makan. Heh.

Badminton, sukan favorite sejak kecil, kalau time kecik-kecik dulu asyik kalah saja lawan abang atau kakak. Tapi sekarang, pergh, korang kalah. Haha. Temberang sungguh. Main tadi memang seronok. Nasib juga tidak pengsan. Hehe.

Sebut badminton, ingat exercise atau pun riadah. Tapi kalau sebut riadah mesti dalam pemikiran korang piknik-piknik kan? Jangan tipu. Haha.

Riadah dibenarkan dalam Islam, malah sangat digalakkan supaya umat Islam sentiasa sihat dan bertenaga, terutamanya untuk beribadah.

Malahan nabi S.A.W sendiri juga beriadah. Ketika dia lumba lari dengan Aisyah R.An, menunggang kuda juga satu riadah ketika zaman dulu.

Riadah dibolehkan dengan syarat syariat Islam tidak dilanggar. Tapi korang maklum kan, orang riadah mesti pakai seluar pendek - bagi lelaki, dan tidak bertudung bagi perempuan.

Itu tidak dibenarkan dalam Islam. Biarlah kita beriadah full tutup aurat, pahala ada, kesihatan ada, masya Allah, 2 in 1!

Dalam hadis nabi riwayat Muslim, nabi S.A.W bersabda


المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير

Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”

Jelas sini, Islam suruh kita beriadah/bersenam supaya tubuh badan kita power. Eceh, dan semestinya membolehkan kita beribadah tanpa rasa jemu.

Kisah nabi S.A.W berlumba dengan isterinya pun ada. Dalam hadis nabi S.A.W riwayat Abu Daud


أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.

Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”

Jangan malas beriadah, paling bagus beriadah tutup aurat. Barulah macho, barulah cantik. Kehkehkeh.

Islam merangkumi kehidupan manusia, dari kecil sampai besar, dari hal kecil sampai hal besar. Islam tidak larang beriadah, Islam tidak haram hiburan, Islam tidak tegah bersuka ria, Islam tidak benci bersosial. Islam hanya haram sekiranya benda kita buat itu bertentangan dengan syariat yang Allah tetapkan.

Seperti bersosial, Islam tak benci. Yang penting peraturan mesti kena ikut. Pergaulan bebas tanpa batas itu yang diharamkan. Jadi jangan salah anggap Islam ini terlalu strict, padahal ia mudah. Dan jangan mengambil mudah tentang Islam, sebab ada peraturannya.

Jadi kepada yang jarang beriadah, pergilah beriadah. Alah, pakai seluar panjang, pakai baju sukan, kasut sukan, turun padang. Hehe. Selain menyihatkan badan, lemak dalam badan pun kurang, stamina pun insya Allah bertambah. Hehehe.

Okay, tadi beriadah. Badminton 3 set lawan best friend. Sandih juga lawan dia ni, aku semput. Haha. Akibat tidak menyenamkan diri selama 4 hari kan. Hehe. Apapun, insya Allah lepas ini istiqamah. Supaya banyak tenaga. Hehe.

Selain itu pemakanan juga harus dijaga. Kunci utama untuk sentiasa sihat ialah makanan, sepertimana nabi S.A.W tidak pernah sakit sebab baginda menjaga makanannya, dan juga sepertimana Imam Syafie r.a dapat hafal Quran ketika 9 tahun kerana tidak pernah kenyang. Tiada guna kuat exercise atau riadah kalau pemakanan tidak baik.

Imam Syafie ada bagi tips untuk jadi sihat kan? Aku cilok dari blog oranglah. Yalah, ilmu baik harus dikongsi kan? Hehehe.

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh)/onani
2. selalu cemas/panik
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Tips Imam Syafie yang aku dapat dari blog rawatanislam.com. Cari di sana insya Allah ada.

Daging! Daging yang dimaksudkan sini ialah daging yang banyak manfaatnya seperti daging kambing. Daging kambing banyak khasiatnya berbanding dengan daging lembu. Itu cek sendirilah, sebab ini pendapat aku secara kasar saja.

Banyak minum air, hah. Makan sambil minum air. Secara logiknya, ofkos korang cepat kenyang. Hmmm. Minum air digalakkan, tapi makan time minum cubalah elakkan.

Benda masam? Why? Benda masam memang bagus untuk menyingkirkan lemak dalam badan - pendapat saja, tapi sebenarnya ia mempengaruhi otak. Otak kita - ustaz ku inform - mengecil sebab makan/minum benda asam, terutamanya kalau terlalu masam.

Paling senang dibuat, rajin berus gigi/bersugi. Haaa. Selain mengikut sunnah nabi, ini juga boleh menajamkan pemikiran seperti mana imam Syafie bagitau. Satu lagi, bau kurang enak nafas korang dapat diselesaikan. Senang saja mau bersugi ini, yang penting istiqamah, insya Allah.

Sebelum berwudhu', rajin-rajin berus gigi atau bersugi. Insya Allah. Lima waktu kan solat, jadi sebelum wudhu' tu beruslah gigi. Nah, lima kali sehari oo. Punya mantap tu. Dan paling bagus, lepas bangun tidur, terus berus gigi, supaya mulut segar. Hehehe. Insya Allah, yang penting niat ikut cara nabi.

Okaylah, itu sahaja cerita ngo-blog ini. Mudah-mudahan ada manfaat bagi korang ya, terutamanya mereka yang ingin menguruskan badan tu. Hihi. Apa yang penting, untuk capai kejayaan, niat kerana Allah, minta kepada Allah dan istiqamah sampai bila-bila.

Insya Allah, kalau kita sihat, senang saja beribadah, senang bangun malam, TIDAK MENGANTUK MENDENGAR KULIAH AGAMA, hehe. Why? Sebab darah dalam badan jadi aktif kerana bersenam. Hehe. Tanya orang sains ya.

Pae - Semput. Namun gembira dapat menggerakkan badan, dan juga dapat bertemu cikgu sekolah menengah dulu. Thanks teacher for sharing your knowledge and experience about education. Insya Allah will visit you next time.

3 comments:

  1. minum air ketika makan juga mampu membuatkan anda mempunyai ingatan yg lemah~

    btw, buat msa skrg ni, x perlu dlu p beli bku sbab kdai buku sesak dgan pemegang baucer buku~

    ReplyDelete
  2. Ngntok dgr kuliah agama..hehe~

    Kdng2~

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.
    bermain badminton? sgt menarik. ia juga sukan yang ana minat sejak kecil. moga nnt, ad pertandingan beregu, supaya dpt saing ngan enta.

    petua imam syafie memang agak baik, baca benda tu berkali-kali tapi tak hadam dlm otak. jom lepas ni, kita cuba amal, insya Allah. syukran perkongsiannya^_^

    ReplyDelete