Comrades

Monday 9 January 2012

FL Studio 10

Assalamualaikum,

Kuliah berjalan macam biasa. Masa  tutorial, lecturer rileks-rileks, jadi kelasku turut merilekskan diri. Yang tak bestnya, kawan baik tidak hadir. Ada test JPJ. Hoho, kalau lulus, aku suruh dia bawa kereta. Hahaha. Malas aku mahu drive.

Cerita FL Studio 10, apa itu? Inilah first time aku review satu software. Software ini khas untuk mereka yang suka buat lagu, yang suka compose lagu, remix lagu dan buat sesuatu terhadap lagu. Hahaha.

FL Studio ini bagus untuk mereka yang belajar muzik, sebab FL Studio ajar banyak perkara, di mana aku sendiri belum lagi belajar pasal ni benda. Complex sungguh!

Ajar ku benda ni

Hah. Mantap kan? Aku serius bingung tengok ni benda. Memang wajib ada tutorial supaya lebih faham pasal ni. Kalau korang berminat buat lagulah - sebab aku minat jadi aku rekomen kepada korang kalau berminat - dan software ini dikatakan paling simple untuk buat lagu, berbanding software lain yang digunakan oleh band-band power.

Ada lagi software simple untuk buat lagu, dengan syarat korang belajar pasal tempo, pan, volume, not-not lagu, beat-beat dan macam-macam lagilah. Iaitu Guitar Pro 5. Guitar Pro 5, aku boleh katakan seperti satu draft untuk buat lagu sebelum buat di software mantap seperti yang ku nyatakan.

Aku berminat pasal ni selepas aku dengar lagu T-Ara - I Go Crazy Because Of You versi heavy mix a.k.a rock habis. Punyalah smart. Jadi teringin pula nak remix/buat lagu. At least boleh juga untuk band aku FlySweater. Kehkehkeh.

Macam mana mahu dapat software ini? Well, aku boleh bagi linknya, sebab aku pun memang bersusah payah untuk mendapatkan ini benda - damn survey - serta kredit handphone pun habis. Siapa tak mengamuk, semua menipu kononnya free. Cis.

Apapun, kalau korang dah dapat software ini, perkara paling penting ialah tutorial, cari di YouTube. Memang panjang video tu, tapi kalau ada determination, memang boleh punya. Kehkehkeh.

Kesimpulannya, aku mahu study Linguistics. Kalau nak link tu, PM me.

AvA - Complex tu benda, jangan pandang rendah. Kehkehkeh.

4 comments:

  1. mantap ni benda ..namun susah beljar tempo....hihihih

    ReplyDelete
  2. Ada kursus kalau nak..yuran buli2 la...3 hari..

    ReplyDelete
  3. https://www.youtube.com/watch?v=2GdOMvF_lV0 i made this on fl studio

    ReplyDelete
  4. i do download the FL studio version 11, but that version wasn't complete at all. meaning to say it was a trial version. so i want to get the full version of these software since i really need it for my future career. do you know where in Malaysia, especially in KL, i can get/buy the full version software ? thank you~~

    ReplyDelete