Comrades

Saturday, 24 August 2013

Mind of 360

A good quote.
Ketika scroll down melihat homepage FB, ternampak ni benda.

Allah juga berfirman dalam surah Al-Hujuraat supaya kita menjauhi buruk sangka sebab ia adalah sebahagian daripada dosa.

Kita selalu pandang sesuatu benda dengan pemikiran negatif, tidak terkecuali si penaip ini, dan selalu saja banyak rungutan.

Memang, lumrah manusia punya sikap, tipikaliti untuk lebih memandang negatif kepada positif.

Tapi manusia beriman dan lain daripada yang lain, akan sentiasa memikirkan hikmah disebalik situasi atau kejadian buruk yang berlaku.

Susah, tapi sudah semestinya benda baik susah dibuat, terutamanya melibatkan mentaliti kita. Jika kita memang dah terbiasa untuk berfikiran negatif, maka hampir setiap benda pun kita akan fikir negatif walaupun pada hakikatnya ada kebaikan yang lagi besar disebalik setiap yang kita hadapi.

Apapun, jom latih mentaliti kita. Hindari untuk berfikiran negatif dan bersangka buruk. Paling teruk jika kita bersangka buruk kepada Allah.

Nabi ada kata, dalam hadis Qudsi yang mana kalau aku tak silap, Allah berfirman: "Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu terhadapKu..." Kalau kita sangka Allah bagi kita sesuatu yang buruk, itulah terjadi. Jadi, anggaplah apa yang terjadi itu sebagai satu ujian, peringatan atau 'tebusan' dosa.

Sejak habis SBE-4 ni, aku akui aku lebih suka ke sekolah, untuk mengajar budak, memanusiakan mereka. Pernah aku rasa aku tidak patut masuk di sini, sehingga terfikir untuk keluar daripada IPG.

Tapi jika difikirkan balik, sebenarnya mungkin ketika sebelum SBE terakhir, aku tidak jumpa passion untuk mengajar budak. Setelah disuruh untuk ganti kelas kebanyakan cikgu walaupun di luar bidang major/minor, akhirnya rasa minat itu dah muncul. Sabar dulu, lepas ni ada assignment, micro-teaching, English Week, exam, lepas tu mengurus dua big events, dengan kerja-kerja yang ada, baru masuk praktikum fasa 1.

Jadi, jangan dulu kita nilai sesuatu itu tanpa fikirkan hikmahnya, kot-kot nanti kita malu tahap giga.

#Jom assignment. Dear Suzy, semoga anda sihat selalu, baliklah ke pangkuan ku secepat yang mungkin..~

1 comment:

  1. Like~ Teruskan menulis dik, pasti ada manfaatnya..

    ReplyDelete